Tuesday, December 14, 2010

Aku sayang kamu

Dah lamaaaaaaaaaaaa sangat rasanya tak online...sayang sungguh..
bila kita merasa baru tau pentingnya ia..
bila kita kehilangan..baru tau erti perpisahan..

ehh..apa aku torak ni..

Selama setahu setengah tak kerja..berbagai perkara yang berlaku...sedih dan susah..senang dan gembira .. kami anak beranak melalui bersama ..dengan yang terdekat..tiada yang terdekat.. kami dan keluarga kami .. nak cerita tak semestinya orang akan faham malah akan lebih medatangkan fitnah barangkali...jadi biarlah kami melalui denga tenang dan tabah.. aku tak mahu orang menganggap kami membebankan atau kami ni sajaaaa je..

eh.. melalut lagi..

Dalam banyak2 perkara anak2 paling utama. Hati ini akan gundah melihat anak entah bagaimana. Cuba sebaik mungkin..cari cara seelok mungkin..tak mampu juga...airmata pengganti kesedihan... marah kerap menguasai diri ..istigfar bergema di hati...apa jua ujian haya DIA Maha Mengetahui...

laa...melalut lagi...

Alisha dah 2 tahun.
Iman nak masuk 5 tahun..tahun depan tadika
Aida nak masuk darjah 2
Adilah nak naik tingkatan 1...kat mana ye...
Izzati nak naik tingkatan 4... kat mana ye...
Ain semester 2 UITM....
Nizam nak masuk kerja dah...


waaaaaa.....besar dah anak aku....
Alhamdulillah..segala pengalaman dan kepahitan adalah ubat yang mujarobah
yakin kasih sayang antara kami anak beranak adalah penawar kesedihan

AKU SAYANG KAMU SEMUA...

Aku merinduinya..vol 5


‘Amir, kalau Amir dah tak sayang ibu, ibu faham. Ibu terima sebab melahirkan dan membesarkan Amir adalah sesuatu yang amat berharga bagi ibu. Tak apa,cukuplah apa yang telah ibu miliki setakat ini.Tapi tolong sayangi Nadia. Kalau ibu dah tak ada. siapa lagi yang Nadia ada untuk dikasihi. Tolong la ibu…’rayuku. Simpati yang meruah pada Nadia membuat aku sebak.
Segera Amir berlutu dan menggenggam jemariku.
‘Ampunkan Amir bu. Ampunkan Amir. Amir yang salah sebab cemburu tengok ibu asyik layan Nadia. Amir jauh hati dengan ayah yang tidak pedulikan Amir. Amir keciwa sangat.’
Kesian anakku ini, tidak patut suami ku mengenepikan Amir yang sewaktu kecil dulu amat dimanjakan.
‘Tapi…sekarang Amir sedar. Selama ini sayang ibu tidak pernah surut pada Amir Cuma Amir yang tidak nampak. Amir yang buta kerana cemburu tak bertempat. Ampunkan Amir bu,AMmr janji Amir akan ubah sikap Amir. Amir akan layan Nadia sebaik-baik seorang abang. Amir berdosa dengan Nadia ibu,’ tangis Amir mengundang pilu di hati ini.
Kesian Amir….
‘Ibu…’ suara lembut dan halus mencuri perhatian kami. Segera kami memandang wajah comel yang terpisat-pisat sambil memeluk anak patungnya. Amir bangun dan segera mendukung Nadia. Si kecilku yang kehairanan segera ketawa riang bila abangnya mencium pipinya bertubi-tubi.
‘Maafkan abang ye sayang. Lepas ni abang tak akan tinggalkan Nadia lagi ye. Teruk abang kan.’
Nadia memeluk leher Amir seperti enggan melepaskan dia pergi. Ah..rindu anak kecil itu begitu kuat sekali. Alhamdulillah….lapang dadaku melihat anak-anakku itu.
‘sudah tu, mari sarapan. Ibu dah tak larat nak berlapar lagi ni,’gesa ku.
Amir tersenyum lantas segera dia menuang air milo sebelum ia sejuk. Kami bersarapan dengan senda gurau yang terlalu lama aku rindukan. Alhamdulillah….
Suamiku...ahh..biarlah..aku lelah mengejar cintanya...

Monday, December 13, 2010

Resepi biskut ala ala famous amos




Resepi ini saya ambil dari blog orang lain iaitu blog. sedap...
Selamat mencuba



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


 Kalau rasa nak makan biskut Famous Amos ni, buka blog ini, amik resepi, pastu try cuba sendiri.

Wednesday, October 6, 2010

Buat renungan bersama...

Aku, Lim, Islam & Hidayah... 

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambungRisalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Friday, August 6, 2010

sayangku alisha


Alisha tak pernah kenal jemu kacau mama dia. masa aku sedang mengacau coklat sekalipun. Kalau dia nak aku layan dia, dia akan tarik baju aku maka kaki aku terikut tarikan dia tapi tangan dan kepala serta sebahagian badan tinggal kat meja sedang kacau coklat. Tergelak besau abah dia tengok si dara keciknya.

Alisha tido sekarang ni...aku tinggal dengan dia saja sebab suami aku bawa Iman dan Aida ikut atuk mereka pergi Kepong. Fuhh lega dia tido. Sebelum tu sekejap2 dia depang tangan pada aku yang sedang sibuk update blog coklat aku dan membaca email yang dah lama tidak di baca.

Maaaa...kokong....kong ma...

Lembut sekali suara si kecilku. Dah kokong ..automatik dia landing cantik2 atas peha aku dan...

maaa....nen ma.....

Tak pelah Icha..demi Icha ma sanggup walau tengah sibuk...hahahaha...nasib baik aku tak pandai chatting..kalau tak alamat Alisha menangis meraung sebab ma dia tak layan..

Student coc aku, Fifi, datang tadi memulangkan bekas besar yang aku pinjamkan untuk isi coklat selepas habis kelas. Sambil tu dia ambil kesempatan bertanya apa2 yang tertinggal dan terlupa masa kelas. Biasalah....kita pun kalau belajar memang akan rujuk balik pada cikgu kan...saya suka student macam ni.

Wednesday, July 7, 2010

buah hati aku

Buah hati? Yang mana satu?Yang tersenyum tiap kali balik kerja sambil tegur, hai sayang..'
atau yang jumpa kat tengah jalan yang kata..hai manis..boleh kenal?
atau mungkin juga yang sering terjeling2...

Atau buahati yang tersorok dalam jiwa?

Wuhuuu jangan main api...nanti masuk neraka...

Buahati aku adalah Alisha..sapa lagi kan. Kalau dulu masa Nizam tecik, dialah buahati. Pastu bila ada Ain, dia lak buahati, pulak tu anak perempuan sulung. Lahir Izzati, dia pulak buahati. Pastu Adilah... Aida... Iman.... nnnnn Alisha...sebab apa tau...ada je anak2 aku bising...

ma jangan la manjakan Icha tu...sudah2lah peluuk cium dia......

Amboi....ni ma nak bagitau...korang dulu macam ni la...ma manjakan..ma peluk belai..ma gurau senda... ma lambung2...ma dodoikan...satu hari tak cium rasa ada yang tak kena..satu hari tak gurau macam makan nasi tanpa lauk....asik rengek je sama la tu..ma tak bezakan sapa2 pun...

hahahha...ayat sinonim kata dorang...memang la semuanya aku manjakan..dah besar takkan nak tidur kat ketiak lagi kan kan kan..

Kenapa alisha Buahati yang mucuk mucuk?

senyum dia je dah wat aku tak leh tinggalkan Alisha lama2...huhu..winduuu sangat...
muka selamba jek..



masa kat BIMB buka akaun Ain..bukan main ligat dia dengan Iman.tak larat aku nak layan



masa kat CMR..gaya dorang macam naik keta Avanza tu kan...mudah2an Ain dapat keta tu ye ain.... nasib baik ain sabar layan kerenah dua beradik yang tak reti duduk diam ni..tq ain


Ni masa 3 beradik serangkai setali main susun kerusi wat pondok2...Alisha pakai baju bola no 9.bukan main lagi anak dara ni..
sebenarnya 1 untuk Iman n 1 lagi untuk Alisha..last2 semua untuk ALisha sebab atuk beli tecik je heheh...Alisha suka betul jersi kuning dia













NI DIA....gaya2 sensasi Alisha hahahaha..memandai je mama dia kan..












Apa pun sayangi lah anak anda....

Sunday, July 4, 2010

Ahli baru keluarga kami

Kami dah dapat ahli keluarga baru. Mula2 ada 3 pastu yang satu dah terbunuh di mulut ibu sendiri malah depan mata aku,suami dan Nizam. Aku tengok sendiri dia menggeletak kesakitan...maknye memang tak senonoh betul!! Aku memang letak kengkucing tu semua pagi2 kat luar. Tak disangka sang ibu sanggup menggonggong anaknya naik ikut siling umah. Mengiau2 anak dia kesakitan sebab terlanggar sana sini pastu mak dia gigit sakit masa tu kot. Kali pertama ok lagi la.Kali kedua secara tak sengaja dia terlepas anak dia jatuh terus ke lantai. Ain tak sempat sambut tapi dia masih hidup.Kali ke tiga dia bawa lagi terus mati. Leher dia luka dalam rasanya atau leher terkehel sebab sepanjang dibawa anak kecik tu mengiau tak henti.

Ish....tak semenggah betul mak sekor ni. Tinggallah 2 ekor yang aku dan anak2 panggil Wati hahaha...kucing tu jantan weh ..asalnya nak panggil White dah Nizam singkatkan terus jadi Wati.

Yang sekor hitam legam Adilah punya..dia nak namakan ikut nama Korea Shi Nee...kalau tau pasal Korea taulah kot nak sebutnya tapi aku usik Dilah..aku panggil dia Black tapi tukar jadi Blak (sebut ikut Melayu nyer sebutan ek) hahahaha bengang Adilah.

Satu perangai budak2 2 ekor ni,sampai sekarang masik menetek mak dia.dah besar jugak. Mak dia ni berjiwa penyayang.Si bebudak tu asyik main tunggang langgang, mak dia heret seketul ayam dari dapur untuk beri anak dia makan.Mengiau2 panggil buahati dia datang makan.Berebut budak2 tu makan. Macam apa tau..macam mak lion yang carikan anak2 makanan. Suka sangat aku tengok. Wati tu kedekut..dengan mak dia pun dia dengki. anak derhaka tul!


Inilah mak dia yang cute miut..nama dia Gohana...betina dari si Gohan hahaha..aku ada kucing nama Gohan dulu sebenarnya...

Sekarang ni budak2 2 ekor tu makin besar..yang tak bestnye Wati rajin kencing dalam rumah...aku dah lupa petua nak biasakan mereka membese di luar rumah..

Thursday, May 20, 2010

Adakah bermakna hari ibu itu

Hari ibu dah lama berlalu. Aku masih lagi melengung.Masih lagi memikirkan pertemuan tersebut. Tiap patah perkataannya bagai baru terdengar. Adakah benar ia terjadi ke atasnya tapi tak mampu aku nafikan melihat dari keadaan rumahnya itu. Pasti si ibu menanggung tekanan perasaan yang hebat akibat anak yang lupa diri.

adakah hari ibu membawa kesedaran pada anak2 tentang pengorbanan ibu yang sanggup lakukan apa saja untuk anak tersayang?

Adakah hari ibu membawa pengertian yang mendalam untuk lebih mengasihi dan mengasihani ibu yang letih dan penat meladeni anak dari bayi lagi.

Adakah benar2 ada perasaan sayang dan perihatin terhadap ibu?

Biarlah dorang nak buat apa Na, akak dah tak kisah dah. Dorang nak lupa akak pun tak apa. Yang penting akak dah jalankan tanggungjawab akak menjaga dan mendidik mereka. 

Puas akak nasihat, jenuh akak marah, tak sedikit akak pujuk...tapi ...entah la...biar la. Akak serah pada Dia. Akak pasrah jika anak akak tak ingat dan tak ambil tau pasal akak.

Kak Tun diam. mungkin teringat anak2 yang amat dirindui.

Macamana marah sekalipun akak dengan dorang, akak tetap ampunkan mereka walau sebesar zarah. Akak tak nak dorang masuk neraka Na. 

Titis airmata melusuri pipi tua kak Tun. Aku ikut sedih melihat keadaannya. Kak Tun yang aku kenal dari muda hingga tua mengabdi diri pada keluarga. Hidupnya kerja dan pulang ke rumah mengadap suami dan anak2. Puas melayan mereka, dia mulakan tugas di dapur. Ketang ketung periuk belanga di dapur saban malam bagi mengisi perut anak dan suami. Letih dan penat dihalau ketepi. Suami membantu mana yang patut namun kak Tun adalah tunjang keluarga. Kasihnya tidak berbelah bagi. Dia tidak pernah ambil peduli keperluan dan keinginan untuk diri sendiri. Tidak ada dan tidak pernah.

Hingga tuanya menjelang, tulangnya kiah rapuh dan tenaganya kian berkurang. Kiranya anak2 akan menjadi sandaran membantu mengurangkan lelah, malang sekali, puas di kerah baru jalan itupun lepas Kak Nab mula naik angin. Saban waktu itulah yang berlaku hingga dia naik bosan. Akhirnya dibiarkan saja.

Dia tidak termampu nak lakukan semua dalam satu waktu. Sedih tapi terpendam di dalam. anak yang sudah diasuh dididik kini mencari ruang sendiri meninggalkan kak Nab terkapai2. Suaminya meninggal 5 tahun lalu maka apalagi yang tinggal pada Kak Nab...

Anak Kak Nab seramai 5 orang namun tiada satu pun yang tinggal dengan kak Nab. Mereka hanya datang menjenguknya sesekali atau mahu makan saja. Rumah yang dulu berseri dibiar sepi dan tanpa ada rasa tanggungjawab untuk dibaiki. Malah dibiar bersepah tidak dikemasi. Kak Nab sudah tidak mampu melakukan sendiri sementelah sakit belakang yang kian kerap dihadapinya. Tidak adakah sedikit kenangan yang mampu menyedarkan mereka akan segala kasih sayang orang tua mereka?

Na, jaga anak Na elok2. Sabar dan selalu doa untuk mereka supaya mereka jadi anak soleh dan solehah ye. Kak Nab sentiasa doa untuk mereka.Belum terjawap doa akak barangkali. Tak apa, akak tak putus asa Na.

TAPI, KALAU KETIADAAN AKAK MAMPU MERUBAH MEREKA MENJADI ANAK YANG SOLEH, AKAK REDHA NYAWA AKAK DI AMBIL. AKAK RELA NA DEMI MELIHAT ANAK AKAK BERJAYA DI AKHIRAT,

Sampai ke situ doanya. Aku terkedu.

Kasih ibu tanpa sempadan.Biar punah tubuh tapi ingatan pada anak tetap berkekalan. Aku doakan anak2 Kak Nab kembali pada ibunya yang amat merinduinya dan aku pohon agar mereka insaf dan sedar akan segala pengorbanan ibu tua mereka.

Jangan jadikan hari ibu hanya kenangan, lakukan ia setiap hari demi ibu yang berkorban darah untuk sedikit cahaya pada anak. Riang seorang ibu adalah doa untuk anak2.

Tuesday, May 4, 2010

Pertemuan members Homechoc

Tarikh 1 May 2010 mencatat sejarah tersendiri pada warga Homechoc. Kak Ainee telah menganjurkan pertemuan tersebut di kedai barunya. Apa yang aku boleh aku katakan ianya happening! Apa taknya .Kebanyakan kami tidah pernah bersua muka sekadar jadi kawan mesra di alamaya. Bila dah jumpa, macam dah kenal bertahun lama.

Memang seronok. Makanan jangan cakap la. Semuanya sedap belaka. Dah nak balik baru aku teringat nak tangkap gambar. Tapi aku sempat bergambar hanya dengan beberapa members saja sebab kebanyakannya dah balik termasuk kak Rikha aku.

Jom layan gambar!

Ini Kak Ainee..tuan rumah...makanan yg dijamu semua sedap2 belaka..lauk kambing, kek coklat... so yummy..terima kasih pada Kak Ainee dan suami serta mereka yang lainnya


Ni pula Mamazieza.....mama jadi tukang lekat nama kat tudung atau baju members..senang nak tau dengan sapa kita bercakap..kan mama kan


Ini pula Rozi dan adiknya dari RND Chocolate Labs. Coklat2 yang dibawa sungguh menawan hati.


Minta maaf ..dah puas aku ingati nama member sorang yang manis ini..tapi tak mampu nak mengingatinya..

Nak snap gambar lain, encik abang dah balik dari hantar kak Ha ke LRT Star. Lepas duduk bersila memilih mold lain yang cun melecun, terus aku jumpa kak Ainee ...hehehe...tapau lee..kek coklat dia memang sedap.. kek lapis dan macaroon  Nomie juga menawan hati aku...makanan lain tak kurang sedapnya..

Seronok jumpa member alamaya..Leen,Rizaini, Uji, Nomie, Sha,Nellie,Suraiza dan ramai lagi....encik abang tak terkata apa..dibiar ister tersayang ni bergelak ketawa dan berborak sakan hehe...

Harap leh jumpa lagi di lain masa.

Thursday, April 29, 2010

Terlukakah hati ini


Kenapa hati berdebar
rasa kuatir datang dan pergi
aneh..mengapa rindu mengetuk hati
puas ku usir menjauhi
ku pejam mata hati
masih jua ia bertandang
hadir tanpa diundang.
 
 
Pisah diri dari mengingati
memandang jua tidak kuingini
kalau hati ini ingin disakiti
biarlah..
biar sepuas hati
aku rela
tapi..
aneh...rindu ini masih mengetuk
perlahan..
dan..suara itu bergema
bergetar...
membisik..
yakin dan pasti..
 
adakah...itu namanya
benci tapi rindu
menjauh tapi sayang
mengundur tapi kasih
lara dihati hanya DIA yang tau...
 
i.n.a

aku merinduinya 4


Tinggal aku dan si kecil Nadia. Sunyi  mengisi hati yang kian lara. Waktu-waktu sebegini ingin sekali aku bersama keluarga bersantai dan bercuti kemana-mana saja. Walau Nadia mampu mengubat sunyi ku tapi aku tidak mampu berbohong terasa ada ruang yang kosong yang tidak terisi.
‘Amir, Amir dari mana. Tak dengar pun Amir bagi salam.’
Amir memandangku termalu. Segera dia memberi salam dan aku jawab dengan hati yang senang.
‘Ibu masak apa ye. Amir laparla. Keluar tadi tak sempat nak sarapan,’manja Amir masih seperti dulu.
‘Ibu masak mi sup kesukaan Amir. Mari makan dengan ibu ye. Ibu pun dah lapar.’
Amir tersenyum senang.
‘Amir tolong susun pinggan ye. Ibu nak ajak Nadia sekali.’
Wajah Amir terus bertukar. Keruh.
‘Tak apalah ibu. Ibu makanlah dengan Nadia. Amir naik dulu,’ujarnya seraya bangun.
Segera ku tahan Amir dan dengan isyarat mengarahkan dia duduk. Amir akur.
‘Kenapa Amir?Kenapa Amir membenci Nadia. Amir tak kesian ke dengan Nadia. Dia rindukan abang dia. Ibu tak tau macamana nak pujuk Nadia lagi yang sedih sebab Amir tak seperti seorang abang pada dia,’ luahku. Hatiku rasa keciwa dengan buahati ku seorang ini.
Amir diam tanpa jawapan.aku duduk di sebelah Amir dan menggenggam jemarinya.
‘Amir, Amir cemburu dengan adik ke?’
Amir tunduk. Aku tersenyum. Tekaan ku benar belaka.
‘Ibu rindu dengan Amir yang dulu. Ibusayang Amir macam dulu walau Amir dah besar panjang macam ni. Amir buahati ibu yang tiada dua. Nadia lagilah sayang dengan Amir cuma dia tidak tau macamana nak beritau Amir. Ibu tidak ada sesiapa lagi selain anak-anak ibu. Kalau Amir buat ibu macam ni dan terus tidak mahu menerima Nadia…ibu faham.’ujarku seraya melepas genggaman tanganku perlahan-lahan.
Amir memandang wajahku. Keliru. Ah,anak bujang ini lambat sungguh berfikir.
‘Sayang ibu pada Nadia juga tiada dua sebab dia satu-satunya anak perempuan ibu. Dia juga yang sekarang ini menghiburkan ibu sebab Amir sendiri makin jauh dari ibu apa lagi ayah…Ibu rasa….ibu rasa macam ibu dan Nadia tidak diperlukan saja di rumah ini. Ibu rasa..Amir dan ayah hanya perlukan ibu bila kamu berdua dalam kesusahan.’
Ada titis di pipi yang segera ku seka.

Yang tak wajar kelihatan wajar di mata kita

Banyak kali jumpa situasi begini. Menyakitkan mata! Tapi orang keliling termasuk aku dah tebal lidah nak menegur perkara ini. Bila ada saja bayi yang dibuang semua orang bersuara. Semua orang marah. Semua orang mengutuk sesiapa saja yang bertanggungjawab.

Lalu bagaimana kita ini ye. Dengan senang hati melihat saja remaja kita berdua-duaan,berpegang tangan, berpeluk-pelukan tanpa ada rasa malu dan silu. Kita yang dewasa ini hanya membiarkan saja.

Anak2 kita kalau buat macam tu kita marah tak? Pasti marah kan ( aku memang marah... malu sih..)
anak2 jiran kita bagaimana pulak? Kalau kita baik dengan jiran leh la jugak cakap slow slow pasal anak dia..itu punnnnnn kalau jiran kita nak terima..silap2 'oi,kau jaga tepi kain ko je!!!' rosak kejiranan sekarang.

Kalau dapt jiran yang kurengggg..lagi la...kita mampu ke nak doa saja sedangkan maksiat ada depan mata kita. Peliknya mak bapak biarkan je..bangga lagi ada..na'uzubillah..

Apapun aku berharap sangat pihak berwajib adakan kerjasama dengan jabatan agama  atau NGO atau dengan apa saja pertubuhan agar perkara yang kita tidak suka ni dapat dikurangkan dan akhirnya dapat dibenteras.

Wednesday, April 21, 2010

BERSIHKAN TELUR SEBELUM DIGUNAKAN

Perkara ni dah lama jadi isu iaitu sejak aku dara sunti lagi.

BASUH TELUR SEBELUM DI MASAK. JIKA MASIH ADA NAJIS MELEKAT,BERSIHKAN IA SEHINGGA HILANG.

SAtu waktu dulu, aku pernah singgah makan di rumah seorang teman yang mana abang dia kerja di kantin sebuah universiti terkenal di kuala Lumpur (satu waktu dulu). Abang dia rajin bawa pulang makanan lebihan yang  tak dimakan dek student termasuk sebesen penuh telur rebus. Aku bantu dia untuk membersihkannya. Mau termuntah aku...telur separuh masak yang bercampur aduk dengan yang sudah pecah bersama kulit telur yang masih KELIHATAN TAHI AYAMNYA! Kawan aku selamba saja mengambil yang masih elok samada yang sudah pecah atau belum. Jadi kalau yang dah pecah ia pasti dah bercampur gaulkan. Makan tengahari tu aku tak sentuh langsung lauk telur!

Friday, April 9, 2010

Pesanan

"Kalau ada anak lelaki, biasakan mereka juga tahu menguruskan diri sendiri,bersihkan bilik dan bantu apa yang sewajarnya dibantu. Jangan hanya mengharap anak perempuan saja membantu di dapur dan kena rajin belajar sedangkan anak lelaki dibiar main bolasepak dan main games!
Orang tua dulu tak biasakan anak2 lelaki membantu ibu di dapur seperti cuci pinggan, masak yang simple ke... dan bila mereka dah jadi suami orang dan ada anak perangai tak membantu isteri berterusan dan asik mengarah itu ini. Lebih menyedihkan, isteri yang bekerja kelam kabut nak urus anak,suami,rumah,kerja sekaligus! Betapa kuatnya wanita menanggung setiap keletihan dan kepayahan..

Memang susah nak jumpa lelaki yang turut bantu isteri seperti mana isteri membantu suami MERINGANKAN BEBAN DENGAN BEKERJA. Mungkin tak ramai lelaki nak menerima apa yang isteri dah buat untuk dirinya. baginya itu dah seperti tanggungjawab isteri bekerja dan cari duit untuk kesenangan dan kemudahan.

Agaknya kalau lelaki diberi peluang mengandung dan merasai kesakitan bersalin dan berpantang, barulah mereka menghargai ibu dan isteri..

DENGAR TAK???

Aku terpinga2...ouch...sakitla...
alahai..aku tertidur masa tengok drama...cit!


Tapi apsal lak tetiba mimpi macam tu ek...laki aku...eh...dia rajin tolong... anak bujang aku...rajin gak..buang sampah memang tugas dia.antar adik2 gi sekolah tiap pagi dah jadi rutin untuk dia..


Ah..nak mandi lah..

Ledakan api marah dan siraman salji sabar

''BARANGSIAPA MENAHAN KEMARAHANNYA SEDANGKAN DIA BOLEH SAJA MELEPASKANNYA, MAKA KELAK PADA HARI KIAMAT, ALLAH AKAN MEMANGGILNYA DI DEPAN SEKELIAN MAKLUK. KEMUDIAN, DISURUH MEMLIH BIDADARI SEKEHENDAKNYA."

HR. ABU DAWUD - AT TIRMIDZI

Bagus sungguh untuk insan yang amat pemarah ini. Meledak api lava marah. Membuak2. Hati bagai dicarik,dipekik,dibisik sebisik bisiknya dengan segala perkara yang jahat2 dan menyakitkan.

Agggghhhh!!Geram dan bengang yang amat sangat. Kalau ada pisau mahu saja ditakik2 computer ni!!

Tiba2 alunan Istigfar bergema perlahan dari satu sudut.Kemudian diikuti dengan sudut lain. Perlahan dan lembut lantas kian bersemangat dan nyata.

Bisikan2 itu masih terus bergema. Melontar dan seperti ingin menyahkan Istigfar.

Kau sabar pun nak buat apa!!!!Dorang masih jugak tak dengar cakap kau! Marah saja dorang dengan kata2 bisa kau tu!!Lepaskan saja!!Peduli dengan apa dorang nak cakap!!Yang penting kau dah lepas rasa geram engkau sebab engkau benar!! Ye! Engkau yang memang betul dan dorang tu saja je nak buat kau marah.

Istigfar tetap beralun.

Aggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Astagfirullah hal'adzim...
Lahaulawa kuwataila billahil'aliyil'adzim...

Sejuk.....
Tenang...


Yang tinggal puing2 asap kotor
yang hadir rajuk yang pinta dipujuk...

Thursday, April 8, 2010

Aku merinduinya 3


Amir sekali lagi terlibat dengan acara bolasepaknya hingga dia tiada masa langsung di rumah. Untuk bertanya kabar ibunya sendiri dia sudah lalai. Suamiku seperti biasa, akan keluar awal tiap pagi, termasuk hujung minggu. Kemana dia pergi tidak pula aku tau kerana dia tidak pernah menjawab bila aku bertanya. Akhirnya aku diamkan saja.

Nadia. Nadia saja satu-satunya yang menghiburkan. Beza usia Amir dan Nadia yang begitu jauh menyebabkan si kecil rasa diketepikan apatah lagi Amir memang sentiasa tiada di rumah. Sesekali bila dia balik, Nadia seperti rindu dan ingin bersama abangnya namun Amir tidak pernah melayan adik kecilnya malah kerap aku perasan bila Nadia menghampiri Amir akan segera angkat kaki. Simpati yang melimpah ruah untuk Nadia tidak pernah surut.

Siska. Hairan juga kerana sejak akhir-akhir ini dia suka melaram. Aku sering terlihat dia mengenakan gincu bibir dan bedak muka. Pakaiannya dijaga rapi. Rambutnya di dandan kemas. Untuk siapa dia sebegitu cantik. Oh ya..baru aku teringat. Siska sering termalu-malu bila berhadapan dengan suami aku. Sesekali aku nampak matanya mencuri memandang lelaki ku dan tidak kurang suamiku seperti mengambil peluang yang sama. Benarkah mereka…tidak mungkin!! Hati ini menolak prasangka yang mula menyusur perlahan dalam diri.

Siska bercuti tiap hujung minggu dan aku yang menghantar dia ke rumah makciknya. Sejurus aku pulang, segera aku menyiapkan sarapan untuk keluarga kecilku namun hampa. Suamiku sudah keluar tanpa memberitahu dan Amir juga tidak kelihatan. Anak dan bapa sama saja, suka keluar tanpa notis.

Wednesday, March 31, 2010

Aku merinduinya 2


Rindu ini bertamu lagi. Entah kali ke berapa. Puas sudah ku usir pergi. Jenuh ku menutup hati namun ia tanpa jemu menjenguk tiap kali aku kesepian.

‘Akma dah makan?’
‘Err..dah..kau?’
‘Belum. Tunggu Akma,’candanya,.
Aku tertawa kecil. Bahagia.
‘Kita makan sama ye,’pintanya.
Aku serba salah.Kuatir harga diri sebagai isteri menjadi taruhan.
‘Maaf Am.Kau tau siapa aku kan. Dan kau tau prinsip aku kan..’
Dia diam. Terdengar keluhan di hujung sana.
‘Maaf. Kadangkala hati aku bagai menafi yang kau milik orang.’
Aku terdiam. Perasaan yang ujud datang tidak berjemput. Namun tidak pula aku menghalaunya pergi.
‘Am, carilah orang lain bagi mengisi hati kau. Antara kita tidak mungkin akan bersama. Aku milik orang Am..’
Tiada suara bersambut di sana. Aku tahu Amri tidak akan menerima cadanganku ini. Sejak dulu lagi. Sejak Amri memgucap sayang. Sejak aku  sedar hatiku bagai ..agh! Tidak sanggup melafaz kata. Terasa malu dengan status isteri yang aku usung, masih tergamak aku menyayangi lelaki lain. Puas sudah cuba kukuburkan rasa ini, namun makin diusir, makin ia melekat di hati. Tuhan ampunilah kami…
‘Akma, selagi ada cinta di hati, aku tetap menanti,’ kata putus Amri menggugat sanubari.
‘Tapi..’
‘Shh..tak perlu kau gusar. Aku tidak akan menggugat istanamu. Biar saja aku jadi pemerhati dari jauh. Kalau kau bahagia, aku lebih lagi. Namun kalau kau derita, doa ku panjat agar kau kuat dan tabah,’ tambah Amri. Yakin.
Lidah ku kelu. Hatiku luluh. Mengapa bukan suamiku yang mengucap semua ini. Mengapa? Aku terlalu rindu akan gurau senda dan bisik manja suami ku. Amat rindu sekali. Acap kali aku lihat waktu bercanda kami di isi dengan menungannya. Ada masa aku mendekatinya tapi dia bagai enggan menerima kehadiranku malah dia merenungku dengan rasa sebal kerana mengganggunya. Hati ini jadi robek melihat lelaki ku yang berubah laku. Apa salah aku?

Sukar tidak semestinya jatuh

Pagi2 aku termenung.

Malas? err...adala cikit cikit..hehe

Marah? tak lah!

Geram? geram kat sapa ek..geram sayang kat Icha, Iman,Aida, Dilah, Ati, Ain dan Ejam adala..

Fikir? emmm...rasanya la...

Sampai la ni aku ada dengar orang sebut..

Dah tau anak ramai yang gatal berenti keje tu apasal.. ni nak gi mana2 pun semput..anak tak boleh bawa semua..tak ke menyusahkan orang lain... (am I?speechless?but I knew everyone around me did not say kinda words)

Tak leh berenti berenti beranak ke...dah tua buat la cara tua...asik nak beranak je...

etc  etc  etc

Alhamdulillah....itu ayat pertama yang aku ingat.
Aku berenti kerje bukan sesaja..aku ada sebab yang tidak mampu aku catatkan walau dimana2 kartu..walau dimana2 dada akhbar waima walau dimana2 kulit kering...

Ia ada di hati dan ia akan terus di situ untuk aku kongsi dengan yang sentiasa mendengar dan menolong aku... kala aku kesedihan..waktu aku kesempitan..hanya DIA yang membantu dan mencari jalan keluar...
jadi untuk apa aku bersedih hati sebab segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Walau cabaran dan ujian hebat namun hati aku dipenuhi dengan ketenangan...insyallah.

terutama melihat Alisha ku membesar depan mata..yang sentiasa aku dengar dia memanggil manja namaku..terlalu indah untuk mendengar suara lembutnya memanggil 'maaaa..' hati yang sedih bisa ceria  dan memandang wajah mulus itu..ahhhhh... tak tertulis perasaan ini..



Melihat keletah Iman yang kerap menduga sabar..ada saja soalan yang keluar dari bibirnya dan soalan cepumas adalah

KENAPA?

aisyaman...tak ada soalan bernas lain tau..tengok ikan berenang kat laut pun dia tanya kenapa..hahaha.. challenge kan..hingga Fariz dan Amalina (anak kakak aku, Noraini atau adik pada  pengantin yang baru lepas diraikan) tak larat nak layan soalan Iman yang  bertubi2.. itu baru jumpa 2-3 jam aje tu...hahaha

Lagi? anak2 yang lain pun ada kerenah masing2 walau dah besar panjang. Kerap hati ini penuh dengan api kemarahan tapi aku pendam tapi bila dah meletup ...gunung berapi Karakatoa puunnnn kalah.... tanyalah Izzati dan Adilah...dorng asik kena je...kesian anak dara aku tu....ishhh...marah2 pun aku sayangggg .. nak didik mereka...

Seronok  bila aku sambut berita gembira Nur Farahain dapat 6A dalam SPM nya...yang boleh aku beri adalah pelukan dari seorang mama...huhu...tiada hadiah ....dan harijadi Ain 30.3 yang ke 18 tahun baru lepas ni pun disambut lewat sehari...kesian Ain... aku buat black forest cake... seronok sebab kami sekeluarga berkumpul dan makan sama2 dengan telatah Iman dan Alisha yang selalu mencuit hati. Seronok kan?


BFC untuk Ain sempena harijadi dan SPMnya...

Nizam pulak asik sibuk dengan assignment dia..hati yang tersentuh ada masa berkata2...ejam dah lupa ma ke? Teruk kan? anak belajar punnnn nak pening...



Anak2 belum disambar orang,aku dah kesunyian. Sib baik ada si kecil. Aida makin bijak walau asik gaduh dengan Iman tapi mereka adalah good friend...

So...inilah syurgaku... walau letih menghadapi pelbagai kerenah dan adakala rungutan tapi hati aku terima segala dengan redha..sabar....dan tenang.sesekali badai melanda adalah perkara biasa kan.

Kekasih hati sentiasa ada di sisi walau dalam situasi apa sekalipun. Bergurau, bercanda, bergaduh adalah perlu untuk mencukupkan asam garam rumahtangga...kalau tak ada itu semua... alahai..macam makan nasi tanpa lauk la...

Dalam hati ini sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak2 yang aku kasihi... tiada lagi yang terindah selain mendapat mereka sebagai anak...

Jadi..walau apa orang kata...aku  terima dengan senyum manis kerana senyum adalah sedekah dan ia daalah pengubat hati yang mujarab. Allah ketemukan aku insan2 yang kerap membantu aku dan saling bertukar fikiran, seperti:

Ana - sahabat karib dari tingkatan 5 yang tidak pernah aku lupa. Walau jauh tapi hati kami sentiasa dekat. Luv u Ana!!

Yasmin - pertemuan di Klinik Global membuahkan persahabatan yang kekal dan utuh hingga kini.Kami kerap berdating dan berbincang berbagai isu terutama ideanya yang sentiasa up untuk coklat aku. Kerap Yasmin datang ke rumah jalan2 makan angin sebelum fetch anak dia dari tahfiz.

Hanum - apalagi..sentiasa kami sama2 berbincang tentang bisnes kami...dan kini aku jadi cikgu coklat atas dorongan dan kerjasama dia

Bekerja tidak semesti di pejabat... tapi aku tidak nafikan kerja pejabat lebih tersusun pendapatannya. Apapun aku kena terus fight untuk kesejahteraan semua...doakan aku ye...

Thursday, March 25, 2010

Aku merinduinya

Aku merinduinya. Amat rindu. Namun malu seorang wanita, memendam rasa hati yang sedang tersiksa ini. Keinginan bermanja, bermesra, bercanda, membuak-buak memukau rasa.Kerap Istigfar memenuhi ruang hati agar kesabaran mampu memahami diri.

‘Akma, abang lewat sikit.Bye,’ ujar suamiku ringkas. Tanpa nada.

Sayu hati ini diperlakukan sedemikian. Saban waktu cuba kucari silap. Namun hanya kekosongan mengisi hati.Puas ku pujuk diri, membawa lara dan derita dihalau pergi.

‘Siska masak apa hari ini?’ soalku berbasa basi.
‘Saya masak sup ayam saja kak,’ jawab Siska ringkas.

Nadia menghulur tangan minta di dokong. Lelahku hilang bila mengadap si kecil ini. Ku peluk cium Nadia semahuku. Dia ketawa kegelian.

‘Ibu, Amir nak ke padang ye,’ pinta anak sulungku yang meningkat remaja. Kasut bola dijinjing di tangan kiri.

‘Jangan lewat dari pukul 7 ye. Nanti lambat nak ke surau pulak.’

Amir tersenyum tanpa jawapan. Ahh..Amir mula menunjuk lagaknya mewarisi sikap ayahnya yang sambil lewa. Iman bukan warisan. Kata Ustaz Saiful bagai semalam ku dengar. Masih belum terlewat membentuk peribadi Amir. Sewaktu Amir masih di sekolah rendah, dia tidak pernah lupa ke surau. Kerap dia mengajak ayahnya tapi jawapannya menghampakan. Aku sendiri tidak pernah lupa mengingatkan.

‘Abang dah mandi? Nanti lambat pula ke surau,’tegurku lembut kuatir lelaki ku ini berkecil hati.

‘Eh! Dah nak Maghrib ye,’ sahut suamiku.

Aku tertawa kecil sambil menghulurkan tuala. Bergegas dia ke bilik air.
Itulah salah satu cara aku mengingatkan dia. Namun kadangkala akalku itu tidak boleh dipakai juga kerana terlalu banyak alasannya.

‘Ala...abang letihlah..Tengoklah...esoklah..’

Itulah antara alasan yang sinonim di telingaku.

Sunday, March 21, 2010

Perkara berlaku sepanjang dua minggu lepas

Dalam seminggu dua ni aku secara sengaja menyibukkan diri dengan berbagai hal luar dan dalam rumah. Yang tak kena mengena pun aku sibukkan hehehe...

Aku sebenarnya dapat kerja partime masa bookfair kat PWTC yang sedang berlangsung sekarang ni. Seronok bukan main!! Aku ada peluang untuk dekatkan diri dengan buku2 semula lebih2 lagi aku kerja dengan syarikat pengeluar buku education yang terletak di Petaling Jaya Seronok juga masa pegi interview..tengok banyak buku walau tak faham sangat BI dia hehe..

Lepas tu aku conduct kelas buat coklat dan cupcake masa cuti sekolah ni bersama para remaja. Lagi la seronok sebab boleh melihat kreativiti dan idea remaja yang membuak2. Aku buat homework dulu di rumah sebelum memulakan kelas maklum lah pertama kali jadi cikgu....ha! ini satu hal. aku tak minat jadi cikgu sebenarnya .dari kecik lagi pun mungkin sebab dikelilingi para cikgu cikgi belah mak dan bapak buat aku tak minat lebih2 lagi kakak2 aku cikgi. Bukan tak suka kerjaya ini tapi aku ni garang sebenarnya..kang ada lak anak murid yang terseliuh lidah....huhu..finally jadi cikgu gak...cikgu cokelat...hahahaha


Pastu ada dapat offer wat akaun untuk syarikat enterprise di Shah Alam. Seronok melihat anak melayu yang begitu maju dan menerajui restoran dan mini market. Sehari suntuklah aku kat office mereka berbincang pelbagai perkara mengenai syarikat mereka.Balik aku dan suami di mandikan hujan yang lebat. ..uish dengan menaiki motor Nizam, berhati2 sungguh  encik suami membawa isteri yang penakut nih...
(dalam Metro Ahad hari ni 21.3, keluar pasal restoran mereka yang fames dengan char koay tiew)

Pastu wedding anak buah aku jatuh cuti sekolah gak...jadi aku sama2 turun padang tolong kakak aku mana yang terdaya sebab aku start kerja a day before hari nikahnya...

Namun semuanya di bawah kasih sayangNYA...aku demam teruk..kepala berat bagai ditekan dengan bertan2 batu. Hari sepatutnya aku gi training untuk keje partime tu,aku langsung tak boleh bangun...maka hilang peluang untuk aku kerja. Tapi tak apa...aku bersyukur kerana kesihatan lebih penting dari duit. Kalau aku sakit lagi teruk aku akan menyusahkan semua orang pulak. Kelas coklat entah kemana, tolong kakak entah kemana..last2 nanti aku masuk spital...uuuuuiiiisssshhhh..tak nak aku...lotih duduk spital dahhh.... dah banyak kali sejak lahirkan Nizam sampai la lepas Alisha..cukup la...aku doa tak masuk spital lagi ..



Sekarang ....

kelas coklat .............settle!!dan seronok sekali.
nikah anak buah........aku buat coklat hantaran..settle...dah nikah dah pun..alhamdulillah
buat akaun ................dah separuh jalan...alhamdulillah

nak tumpu kat dua perkara hingga selesai iaitu

majlis sambut menantu belah kakak aku pada 27.3
siapkan akaun ...


lepas tu...selesai!!!bagai Norzailina Nordin pernah cakap kat aku, award diri tiap kali kita dapat selesaikan tugas kita...hahahaa..aku beli aiskerim dan makan sorang2 dalam kereta....wahhhhh!!!! sedappnyeeeeeeeeeeeeeeeee....

 err...makan dgn cik abang ke..

or else gubah bunga untuk keceriaan hati...wuhuhuhu


aku dah tua macam ni ke..tak kottttttttt...eh!memang dah tua punnn....macamana boleh tak perasan ni..isk ishk ish...musykil...

Nanti aku upload gambar2 yang sepatutnya untuk momen2 indah bakal dikenang ke hujung nafas...

Tuesday, March 9, 2010

Sunday, February 28, 2010

Ke Tasik Titiwangsa

25.2 lepas aku ada interview kat Jalan Pahang area Titiwangsa. Aku ni buta jalan sikit. Lepas ambil anak2 dari sekolah, kerah dorang cepat siap sebab interview pukul 4pm. Masa tu dah  pukul 3pm. Dengan ke'buta'an ku ini aku khuatir tak sempat je.

Cepat2 Ain siapkan bekal (ntuk dibawa ke Tasik Titiwangsa lepas interview) makan tengahari. lauknya tumis kentang, goreng asteroid (betul ke ejaannya) dan bawa teh O.  siap je terus jalan. Hari panas kan, Aida dan Iman dah mula gaduh sebelum tayar bergolek. Sabar ma sabar...

Aku ikut jalan Pekeliling (Station bas Pekeliling)..alamak terlepas lak...kena pusing kat Chowkit lak. Dah tu sampai kat Bulatan Pahang(aku memang tak perasan itu bulatannya walau dah berkali lalu).jammed teruk walau baru pukul 3.45pm. Alahai...Nak sampai Hospital Tawakal bercinta betul! Baru je nak jadi ganas sebab nak masuk bulatan, terpandang kereta BMW (bukan sengaja!) pasangan sedang berkucup!!!

Tension betul!!! Aku ni memang transparent sikit..aku lepak kepala dan tangan aku atas steering...aku stare dorang!!Meradang wei..sebab anak2 aku semua ada..malu la tengok orang dewasa macam tu. Yang pompuannya dok bz belek benda kat bawah..aku rasa dia perasan aku pandang  dorang tapi yang lelaki wat bodoh. Tapi pastu dia pandang aku. Aku pandang dia gak..aku tak nak kalah tu! Kereta depan dah gerak aku terpaksa gerak gak....tapi sempat aku geleng kepala.

Korang rasa laki bini nak ke berkucup dalam kereta dengan manja melentok macam tu.Entah ye kalau pasangan zaman sekarang(aku tak guna istilah muda sebab lelaki tu nampak dah berusia macam lewat 30an yang pompuan tu nampak muda)..apapun aku tak redza..nau'zubillah..

Eh! Dah melalut lak. Aku tak jadi interview sebab tak jumpa tempat hahaha.. maka kami pergi je ke Tasik Titiwangsa.

Ni tengok gambar kat bawah ni..

 

Nampak tak kepelikkan nya??

Anak dara aku punya nak cepat leh tersauk selipar ni. Pergi tasik titwangsa lak tu!! Aku tukar kasi dia guna sandal aku. Kesian lak anak dara pakai selipar macam tu..aku dah tua ni tak pe la.... Ish ish.. aku tak peduli orang pandang ke tidak....kaki pun dah buruk..tak pe la....asal anak2 bahagia.

Ni anak2 aku dok main gelongsor yang paling besar (ada besar lagi tak sebab aku pun join hehehe).. sonok laa.. 

 


 


Luas tempat mainannya. Puas anak2 aku main siap bersenam lagi..Semua dok claim ajak pergi lagi... alahai.... bukan malas nak bawa tapi....alahai...


 

Alisha dah letih senam..nak minum air laaa

Tuesday, February 23, 2010

Cerita aku-final

'Maria...' Satu suara halus memangil ku. Suara lembut yang memang cukup ku kenal.

'Mak Sah tak kisah kena lap semua tu. Betul ..Mak Sah tak kisah. Jangan la keluar Maria. Mak Sah rindu nanti dengan Maria dan ...'

Aku berpaling memandang Mak Sah yang tersipu2 di pintu masuk ruang makan.

'Oh..Mak Sah pun sayang dia?'terkejut aku tapi memang tak dinafikan dia pandai mengambil hati semua orang.

Mak Sah mengangguk.

'Pit memang pandai ambil hati kan. Tapi kenapa mama dan abang tak suka dia?'

'Siapa kata abang tak suka Pit?'

'Dan siapa pula kata mama tak sayang Pit?'

Aku terdiam. Mereka sayang tapi menghalang aku. Apa semua ini? Sedari awal mereka memang berniat nak memisahkan kami tapi sekarang mereka mengaku sayang pula. Keliru, itu saja yang mampu aku fikir.

'Habis..kenapa tak suka Maria dengan Pit?'

Kesal aku dengan sikap mama ini. Masih tidak memahami perasaan aku.

'Maria,'mama memegang jemari ku dan mengusap lembut,'Bukan mama tak suka.Apa kata bila malam Maria letak Pit dalam bilik air atau kita sediakan tempat khas untuk dia. Jadi tak perlulah Mak Sah nak bersihkan satu rumah.'

'Maksud mama?'

'Maria sebenarnya kena train Pit taklah dia berak merata. Dari dulu abang dah cadangkan beli kandang dia Maria degil! Tak sampai hati konon tengok dia terkurung dalam sangkar. Sekarang Pit tak pandai nak buang isi perut dia ditempat sepatutnya,' leter abang Firdaus.

Aku tersenyum. Malu sih.

'Habis, Maria tak sanggup tinggalkan dia dalam sangkar tu. Mengiau je.Kesian tau bang.'

'Dengan Mak Sah tak kesian ye?'

'Err..tak pe ..Mak Sah tak kisah,'sampuk Mak Sah cepat.

Aku tersenyum dengan perihatin Mak Sah. Terima kasih Mak Sah, ucapku tanpa suara. Mak Sah tersenyum.

'Dan Maria tak payah la bawa ke pejabat ye. Takkan meeting pun nak bawa Pit. Tak pernah dibuat orang. Biar Mak Sah jaga Pit di rumah ye,' pujuk mama pula.

'Rindu la Maria dengan Pit nanti mama...' rengekku.

'Bawa sesekali tapi dengan sangkarnya,'saran abang Firdaus.

'Dan letak di bilik rehat Maria. Jangan  bawa ke bilik pejabat Maria pulak. Kerja tak siap asyik ulit Pit aje,' rungut abang Firdaus.

'Herm..cakap awal2 kan senang. Tak lah penat kita bergaduh dan tak lah Maria penat nak fikir cari rumah lain,' balas ku sambil menjelir lidah.

'Maria tu yang degil. Abang dan mama dah banyak kali cakap tapi Maria ikut kepala Maria je. Abang tak kisah Maria nak bela Pit tapi jangan sampai melampau sangat hingga menyusahkan orang lain. Ni, siap bawa masuk bilik meeting.Lepas tu bukan buat kerja, asyik main dengan Pit.  Dani dah banyak kali cakap dengan abang nak pinang Maria. Abang saja yang tak sanggup nak cakap kuatir mama malu dengan perangai Maria ni,'ujar abang.

'Dani? Dani yang selalu mama jumpa kat bilik Fir tu ke?'

'Ye mama. Dah lama dia berkenan dengan Maria. Fir tunggu Maria matang je ni,' usik abang Firdaus.

'Sapa kata Maria tak matang?' tiba-tiba saja aku jadi marah dengan ayat abang Firdaus.

Abang Firdaus ketawa besar.

'Tau marah pulak ye. Tu yang berkepit dengan Pit saja tu sampai bawa ke pejabat tu apa?' sindir abang.

Aku terdiam. Fikiran ku menerawang mengingati sikap aku yang ikut kepala kerana terlalu sayang pada Pit. Hish, malunya.


Pittt...

Sejurus Pit berlari2 kepada ku dan menggesel2 bulu lembutnya di kaki ku.

'Tengok..belum apa2 dah rindu. Mintak sini, abang pun nak gak peluk Pit. Lepas ni Maria boleh peluk Dani je'

Pantas dia mengangkat dan memeluk Pit yang gebu bulunya dan comel. Jariku cepat saja mengetip lengan abang Firdaus. Ada hati nak usik aku lagi.

'Eh,mama pun nak pegang jugak,' rungut mama.

Kami ketawa besar. Tak sangka mama rindu Pit jugak. Salah aku..layan Pit lebih dari Mama. Pit yang comel dan manja buat aku penasaran sementelah aku tiada siapa untuk disayangi.

Maafkan Maria ye mama....