Wednesday, March 31, 2010

Aku merinduinya 2


Rindu ini bertamu lagi. Entah kali ke berapa. Puas sudah ku usir pergi. Jenuh ku menutup hati namun ia tanpa jemu menjenguk tiap kali aku kesepian.

‘Akma dah makan?’
‘Err..dah..kau?’
‘Belum. Tunggu Akma,’candanya,.
Aku tertawa kecil. Bahagia.
‘Kita makan sama ye,’pintanya.
Aku serba salah.Kuatir harga diri sebagai isteri menjadi taruhan.
‘Maaf Am.Kau tau siapa aku kan. Dan kau tau prinsip aku kan..’
Dia diam. Terdengar keluhan di hujung sana.
‘Maaf. Kadangkala hati aku bagai menafi yang kau milik orang.’
Aku terdiam. Perasaan yang ujud datang tidak berjemput. Namun tidak pula aku menghalaunya pergi.
‘Am, carilah orang lain bagi mengisi hati kau. Antara kita tidak mungkin akan bersama. Aku milik orang Am..’
Tiada suara bersambut di sana. Aku tahu Amri tidak akan menerima cadanganku ini. Sejak dulu lagi. Sejak Amri memgucap sayang. Sejak aku  sedar hatiku bagai ..agh! Tidak sanggup melafaz kata. Terasa malu dengan status isteri yang aku usung, masih tergamak aku menyayangi lelaki lain. Puas sudah cuba kukuburkan rasa ini, namun makin diusir, makin ia melekat di hati. Tuhan ampunilah kami…
‘Akma, selagi ada cinta di hati, aku tetap menanti,’ kata putus Amri menggugat sanubari.
‘Tapi..’
‘Shh..tak perlu kau gusar. Aku tidak akan menggugat istanamu. Biar saja aku jadi pemerhati dari jauh. Kalau kau bahagia, aku lebih lagi. Namun kalau kau derita, doa ku panjat agar kau kuat dan tabah,’ tambah Amri. Yakin.
Lidah ku kelu. Hatiku luluh. Mengapa bukan suamiku yang mengucap semua ini. Mengapa? Aku terlalu rindu akan gurau senda dan bisik manja suami ku. Amat rindu sekali. Acap kali aku lihat waktu bercanda kami di isi dengan menungannya. Ada masa aku mendekatinya tapi dia bagai enggan menerima kehadiranku malah dia merenungku dengan rasa sebal kerana mengganggunya. Hati ini jadi robek melihat lelaki ku yang berubah laku. Apa salah aku?

No comments:

Post a Comment