Tuesday, February 23, 2010

Cerita aku-final

'Maria...' Satu suara halus memangil ku. Suara lembut yang memang cukup ku kenal.

'Mak Sah tak kisah kena lap semua tu. Betul ..Mak Sah tak kisah. Jangan la keluar Maria. Mak Sah rindu nanti dengan Maria dan ...'

Aku berpaling memandang Mak Sah yang tersipu2 di pintu masuk ruang makan.

'Oh..Mak Sah pun sayang dia?'terkejut aku tapi memang tak dinafikan dia pandai mengambil hati semua orang.

Mak Sah mengangguk.

'Pit memang pandai ambil hati kan. Tapi kenapa mama dan abang tak suka dia?'

'Siapa kata abang tak suka Pit?'

'Dan siapa pula kata mama tak sayang Pit?'

Aku terdiam. Mereka sayang tapi menghalang aku. Apa semua ini? Sedari awal mereka memang berniat nak memisahkan kami tapi sekarang mereka mengaku sayang pula. Keliru, itu saja yang mampu aku fikir.

'Habis..kenapa tak suka Maria dengan Pit?'

Kesal aku dengan sikap mama ini. Masih tidak memahami perasaan aku.

'Maria,'mama memegang jemari ku dan mengusap lembut,'Bukan mama tak suka.Apa kata bila malam Maria letak Pit dalam bilik air atau kita sediakan tempat khas untuk dia. Jadi tak perlulah Mak Sah nak bersihkan satu rumah.'

'Maksud mama?'

'Maria sebenarnya kena train Pit taklah dia berak merata. Dari dulu abang dah cadangkan beli kandang dia Maria degil! Tak sampai hati konon tengok dia terkurung dalam sangkar. Sekarang Pit tak pandai nak buang isi perut dia ditempat sepatutnya,' leter abang Firdaus.

Aku tersenyum. Malu sih.

'Habis, Maria tak sanggup tinggalkan dia dalam sangkar tu. Mengiau je.Kesian tau bang.'

'Dengan Mak Sah tak kesian ye?'

'Err..tak pe ..Mak Sah tak kisah,'sampuk Mak Sah cepat.

Aku tersenyum dengan perihatin Mak Sah. Terima kasih Mak Sah, ucapku tanpa suara. Mak Sah tersenyum.

'Dan Maria tak payah la bawa ke pejabat ye. Takkan meeting pun nak bawa Pit. Tak pernah dibuat orang. Biar Mak Sah jaga Pit di rumah ye,' pujuk mama pula.

'Rindu la Maria dengan Pit nanti mama...' rengekku.

'Bawa sesekali tapi dengan sangkarnya,'saran abang Firdaus.

'Dan letak di bilik rehat Maria. Jangan  bawa ke bilik pejabat Maria pulak. Kerja tak siap asyik ulit Pit aje,' rungut abang Firdaus.

'Herm..cakap awal2 kan senang. Tak lah penat kita bergaduh dan tak lah Maria penat nak fikir cari rumah lain,' balas ku sambil menjelir lidah.

'Maria tu yang degil. Abang dan mama dah banyak kali cakap tapi Maria ikut kepala Maria je. Abang tak kisah Maria nak bela Pit tapi jangan sampai melampau sangat hingga menyusahkan orang lain. Ni, siap bawa masuk bilik meeting.Lepas tu bukan buat kerja, asyik main dengan Pit.  Dani dah banyak kali cakap dengan abang nak pinang Maria. Abang saja yang tak sanggup nak cakap kuatir mama malu dengan perangai Maria ni,'ujar abang.

'Dani? Dani yang selalu mama jumpa kat bilik Fir tu ke?'

'Ye mama. Dah lama dia berkenan dengan Maria. Fir tunggu Maria matang je ni,' usik abang Firdaus.

'Sapa kata Maria tak matang?' tiba-tiba saja aku jadi marah dengan ayat abang Firdaus.

Abang Firdaus ketawa besar.

'Tau marah pulak ye. Tu yang berkepit dengan Pit saja tu sampai bawa ke pejabat tu apa?' sindir abang.

Aku terdiam. Fikiran ku menerawang mengingati sikap aku yang ikut kepala kerana terlalu sayang pada Pit. Hish, malunya.


Pittt...

Sejurus Pit berlari2 kepada ku dan menggesel2 bulu lembutnya di kaki ku.

'Tengok..belum apa2 dah rindu. Mintak sini, abang pun nak gak peluk Pit. Lepas ni Maria boleh peluk Dani je'

Pantas dia mengangkat dan memeluk Pit yang gebu bulunya dan comel. Jariku cepat saja mengetip lengan abang Firdaus. Ada hati nak usik aku lagi.

'Eh,mama pun nak pegang jugak,' rungut mama.

Kami ketawa besar. Tak sangka mama rindu Pit jugak. Salah aku..layan Pit lebih dari Mama. Pit yang comel dan manja buat aku penasaran sementelah aku tiada siapa untuk disayangi.

Maafkan Maria ye mama....

 


No comments:

Post a Comment