Thursday, March 25, 2010

Aku merinduinya

Aku merinduinya. Amat rindu. Namun malu seorang wanita, memendam rasa hati yang sedang tersiksa ini. Keinginan bermanja, bermesra, bercanda, membuak-buak memukau rasa.Kerap Istigfar memenuhi ruang hati agar kesabaran mampu memahami diri.

‘Akma, abang lewat sikit.Bye,’ ujar suamiku ringkas. Tanpa nada.

Sayu hati ini diperlakukan sedemikian. Saban waktu cuba kucari silap. Namun hanya kekosongan mengisi hati.Puas ku pujuk diri, membawa lara dan derita dihalau pergi.

‘Siska masak apa hari ini?’ soalku berbasa basi.
‘Saya masak sup ayam saja kak,’ jawab Siska ringkas.

Nadia menghulur tangan minta di dokong. Lelahku hilang bila mengadap si kecil ini. Ku peluk cium Nadia semahuku. Dia ketawa kegelian.

‘Ibu, Amir nak ke padang ye,’ pinta anak sulungku yang meningkat remaja. Kasut bola dijinjing di tangan kiri.

‘Jangan lewat dari pukul 7 ye. Nanti lambat nak ke surau pulak.’

Amir tersenyum tanpa jawapan. Ahh..Amir mula menunjuk lagaknya mewarisi sikap ayahnya yang sambil lewa. Iman bukan warisan. Kata Ustaz Saiful bagai semalam ku dengar. Masih belum terlewat membentuk peribadi Amir. Sewaktu Amir masih di sekolah rendah, dia tidak pernah lupa ke surau. Kerap dia mengajak ayahnya tapi jawapannya menghampakan. Aku sendiri tidak pernah lupa mengingatkan.

‘Abang dah mandi? Nanti lambat pula ke surau,’tegurku lembut kuatir lelaki ku ini berkecil hati.

‘Eh! Dah nak Maghrib ye,’ sahut suamiku.

Aku tertawa kecil sambil menghulurkan tuala. Bergegas dia ke bilik air.
Itulah salah satu cara aku mengingatkan dia. Namun kadangkala akalku itu tidak boleh dipakai juga kerana terlalu banyak alasannya.

‘Ala...abang letihlah..Tengoklah...esoklah..’

Itulah antara alasan yang sinonim di telingaku.

No comments:

Post a Comment