Sunday, December 13, 2009

Bersantai dengan anak2

Akhirnya ...akhirnya siap juga coklat yang aku dan anak2 bertungkus lumus membuatnya sejak beberapa hari ini. Habis saja Ain dengan SPM nya, dia terus turun padang tolong aku. Begitu juga Izzati dan Adilah. Mereka tolong sediakan kotak2 coklat berjumlah 500 kotak. Kadang2 Izzati tolong juga sama ke dapur bancuh coklat. Aku ingat ok la yang 2 orang tu tolong, rupa2nya Adilah pun nak jugak buat coklat. Aku minta Ain tolong ajar adik dia.Seronok betul dia.Nak test power Ain..huhu..pass la dia ajar..Lihat gambar di bawah percubaan pertama Adilah.Coklat tersebut khas untuk dia sebab dia yang buat.





Malam tadi, kami anak beranak berkampung menyudahkan final stage sebelum penghantaran coklat kepada tuan punya badan yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan. Riuh! Nizam yang baru balik kerja tak sudah-sudah mengusik adik2nya hingga tak sedar waktu sudah menginjak 3.30 pagi. Masa tu baru lahhhh rasa letih , ngantuk.. lapar... hahaha..
Pagi ni Nizam kerja, dia terus tidur lepas selesai segalanya..yang anak2 dara aku, tolong aku kemas serba sedikit sebelum masuk tidur. Aku lapar tapi tak larat nak sentuh apa2 makanan. Cukup sekadar minum air kosong. Suami aku angkut anak2 yang tidur kat hall masuk bilik. Dia tak berhenti tolong aku dari mula hingga akhir. Terima kasih tak terhingga untuk encik abang. Dia jadi mandur Nepal sekejap tengok anak2 buat kerja. Kalau tak mengusik tak sah agaknya. Last2 dia tolong Adilah buka kotak untuk di isi dengan coklat.
Tapi lepas semua tidur dan segalanya sepi, baru aku perasan betapa riuh rumah aku di waktu 3 pagi ini!!

Nak tengok gambar? Jengok la ke blog coklat aku. Tak banyak gambar yang aku ambil sebab kamera kurang berfungsi.

Hari ni ..aku rehat dari coklat sekejap. Esok kena mulakan semula buat coklat kerana ada yang menempah..alhamudlillah.



Cewah..Ain dengan adik2nya bukan main posing petang tadi lepas aku balik dari menghantar coklat. Alisha apalagi, memang suka sangat laa duduk kat buaian. Terjerit2 dia bila nampak kucing.


Agaknya kalau dia dapat kucing ni, mau dipeluknya kot..tapi Alisha geli kat bulu halus kucing. Bila dijauhkan tau pulak marah.

Malamnya, aku dan anak2 pergi Carrefoure nak lepaskan lelah dengan mereka yang juga kepenatan tolong aku. Terima kasih tak terhingga untuk mereka yang susah payah tolong aku... Aku saja jalan2 kat C4 ni sambil jumpa Kak Flora. Aku kenal dia dari Spectrum Ampang dan perhubungan itu berterusan hingga kini malah bertambah baik hingga anak2 aku diangap anak2nya juga sebab dia sendiri tidak mempunyai anak. Dia rajin belikan anak2 aku jajan.


Mata Alisha berair bila kena aircond. Merah idung dia. Tapi senyum lebar bila aku pakaikan topi.


Nak kasi dia rasa naik basikal, aku bawa ke sini. Mainlah puas2. Mama dia tak terbeli basikal...huhu



Sempat posing lak dorang nih


Hahaha..anak2 aku je ada dah penuh ...

Monday, November 30, 2009

Berehat kat taman rekreasi






dah 2 kali aku bawa anak2 aku ke sini lepas ambil ain dari sekolahnya. Dia yang sedang sit for her SPM, santai2 dengan adik2nya. Taman rekreasi ini terletak betul2 sebelah rumah arwah mak...nostalgia.....

aku ambil kesempatan sekali naik buaian bila tak nampak kelibat penjaga taman..hehehe..

Seronok kan bersama anak2..sesekali kita jadi seperti mereka..enjoy dan lepaskan masalah dan beban.

Aku sekarang ini

Kadang2 aku terduduk juga tapi bukan sedih atau terkejut..cuma terfikir ada juga orang tak faham kenapa aku sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, macam la suri rumah tu low class sangat.


Aku bahagia sebenarnya. Walau mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan arena persilatan di rumah, aku yakin ada hikmah disebalik semua ujianNya dan segala kesulitan adalah untuk aku ajar diri ini tentang perkara yang lama aku tinggalkan.


Siapa yang sanggup berhenti selepas dapat gaji yang cukup baik. tak perlu nak fikir banyak2, tiap bulan duit masuk.

Selepas Alisha lahir, aku lebih rapat dengan dia. Alisha macam ada magnet buat aku tak keruan bila melepaskannya untuk pergi kerja. Lagipun aku dah jemu dengan situasi pejabat yang 'kosong'.


Apa aku dapat dah berhenti kerja ni?

melihat sendiri anak2 membesar bersama kerenah masing2. Dengan 7 anak ada 7 perangai dan keriuhan. Dari 2 anak lagi, kami memang dah terbiasa dengan keriuhan lebih2 lagi sekarang. Iman dan Aida sering buat kecoh..main, gaduh..main, gaduh...Ati dan Adilah apa kurang. SAt2 nanti dengar la suara langsing Ati..bateri baru macam abah dia jugak!


Memang letih dan ada masa aku tak tau nak mula dari mana. Tapi dengan anak2 yang memahami, mereka banyak membantu. Memang selalunya mereka lebih kerap melekat dengan mak tiri mereka (tv la,apalagi) tapi bila dipanggil, mereka datang dan buat apa yang aku pinta. Ada masa susah gak nak lepaskan mata dorang dari mengulit mak tiri dorang tu, senang je...off..abis cerita. macam baru lepas kena pukau lak bila tengok masing2 pandang aku semacam..hahahah

Diri sendiri?

Aku? Aku macam tu la. Masa lebih tertumpu pada urusan rumah. Bila free baru aku buat cokolati.kerap habis dalam mulut anak2...hahahaha...asik mintak izin nak makan cokolat. seronok tengok mereka merengek (termasuk ain),bukan tak kasi tapi saja jeeeeeeee nak dorang mintak selalu..dah dapat green lite..amboi....laju je capai coklat. nasib baik peti ais khas untuk cokolat dalam bilik, kalau kat luar, mahu tiap pagi aku tengok peti asi kosong ..


Sebenarnya,duduk rumah, mengemas,memasak,membasuh,membebel dan macam2 me... lagi la, adala sesuatu yang acapkali aku anggap ujian dan hikmah. bila aku marah2 dan pukul anak2, dalam hati menangis. aku menyesal pukul dorang..apala besar sangat salah mereka. Ya Allah..aku sayang semua anak2 aku...ampunkan aku...Iman yang nakal dan banyak akal selalu buat aku hilang sabar tapi seperti aku kata, ia adalah ujian dan hikmah sebenarnya. Marah...adilah selalu jadi sasaran sebab dia ni brutal dan asik muncung panjang sedepa bila disuruh..tapi dia rajin sebenarnya. Dengan ain aku tak ada hal sebab dia dah besar. dia tau bila nak buat. cuma sekarang dia sibuk dengan SPM,aku tak kisah sangat...Nizam sekarang part time keje kat carrefoure.makin banyak masa ida kat luar..tapi kalau kat rumah pun tak nampak jugak...bila aku carik...ooo..rupa2nya tengah asik...tido...hempphhhh


Suami aku....adalah insan yang terbaik di sisi aku. Dia tak pernah tinggalkan aku dalam apa keadaan pun. pendengar yang baik dan teman memasak yang handal. memang selalu dia rajin di dapur. Aaaaaaaada saja yang nak dimasak. untuk anak2... katanya. yelah,dorang sekarang makin besar tentu kuat makan.Dalam banyak perkara suami aku ringan tulang membantu. sampai aku naik lemak...hahahha..sorry bang...nak manja2 gitu...


Apapun keputusan duduk di rumah adalah sesuatu yang paling baik yang pernah aku buat. Walau agak kesempitan tapi hati ini penuh syukur dan bahagia.

moga ALLAH merahmati dan memberkati kami hingga ke akhirat. Pada mereka2 yang membantu aku dari dulu, budi kalian tidak terbalas. Doakan aku berjaya dan dapat kembalikan 'jasa' kalian....

Tuesday, November 17, 2009

4 generasi-nya'ie,mak,aku dan anak2






Gambar 1 - aku dan keluarga kat umah raya baru2 ni

Gambar 2 - aku dan suami

Gambar 3 - aku,mak dan bapak (masa umur aku 5 tahun (kot!.masa tu tangan penuh dengan gelang getah.tokeh studio ugut nak buang kalau aku tak nak simpan getah tu..heheh..sayang wei..wat main baling selipar)

Gambar 4 - aku,nya'ie (nenek) dan kakak aku, Rikha (posing maut ..kacau nya'ie lepas amik wudu' kat kampung,umah nya'ie di Parit karjo)

Ada yang look alike tak between 4 generasi ni..

Tuesday, October 20, 2009

Sambungan pasal mak

Lambat sungguh aku ambil masa nak sambung pasal mak. Apa taknya, tarikh lahir mak 1.9. sekarang ni dah masuk ujung bulan okt.

Masa aku lahirkan Aida, mak risau yang amat sebab aku kena operate. keluar aje dari labour room, mak terus tanya

Dah suruh doktor ikat?
Aku terpinga2, ikat apa mak?
laaaa....apasal tak ikat. nanti beranak lagi. Ish..patut suruh doktor ikat tadi, omel mak.
Ehm..mana orang tau pasal tu....


Dah sakit2 masa tu malas nak fikir tapi mak nampak ceria dan gembira sekali bila aku dah keluar tu. Apa taknya dia berbual dengan suami dan sepupu aku dari spore,Ayyob, sampai tak perasan kot ada ramai pesakit dalam wad tu sampai aku terpaksa tegur suami aku yang sentiasa ber'bateri baru'.

Mak tak dapat jaga aku di rumah sebab jaga anak buah aku. Aku tak kisah sebab dah biasa sendirian. Lagipun suami dan anak2 menolong jaga aku sebenarnya.

Hari jadi mak, aku yang dalam pantang 15 hari aku gi umah mak. nak raikan usia yang panjang..dan moga mak dimurahkan rezeki. Tapi mak kurang sihat masa tu. aku dan suami borak2 dgn mak dengan berbagai isu tapi mak ni macam asik merenung jauh tembus keluar rumah... tak sihat agaknya. Aku bawa susu segar perisa coklat sebab mak teringin.

Masa usia Aida hampir sebulan, mak datang ziarah aku. Dia bawa sama cucu2 yang dijaganya. Mak aku mmg expert bawa keta jadi tak perlu bimbang dia keluar sorang2..hehhe...seronok sungguh aku berborak dgn mak rasa tak nak berhenti dan tak kasi mak balik. Aku pujuk mak tidor umah aku tapi mak risau cucu2 dia esok nak sekolah pulak. geram gak tapi tak pe... lain kali mak leh tidur umah aku kan kan kan...

Satu hari tak silap dalam 13.9 mak telefon aku. kami berbual2 dengan disulami gelak ketawa. Rasa rindu dengan mak tapi apa nak buat aku dalam pantang masa tu. mak kurang sihat apa daya aku tak boleh nak ziarah sebab cik abang kerja.

16.9 aku dapat berita mak masuk wad tengah malam tu. Kakak sulung aku antar. aku pulak lepas makan sarapan, muntah pulak. Sakit jugak jahitan tapi aku kan kuat..

nak gak ziarah mak tapi suami aku keje. Aku doakan mak selamat lagipun Ani kata dia baru lepas tengok mak, mak ok je. aman pun cakap macam tu, jadi dorang tak nak aku risau sangat.

Tapi tup tup tengahari tu dengar mak dah tak sedar. Apalagi aku rayu mintak suami aku balik. Dengan bawa baby dan semua anak2 aku yang lain kami berkejar ke GH. Aku yang macam tak sedar dalam pantang tu, jalan menonong tinggalkan anak2 dan suami. Sampai saja ke katil mak, seornag nurse melambai aku dan bertanya jika aku anak mak. Da minta aku tolong keluarkan cincin dari jari mak.dorang dah cuba tapi tak boleh. Alhamdulillah dengan mudah aku boleh tarik cincin tu dan terus sarung ke jari aku. Aku terus duduk di kerusi dan mengelus2 jemari mak. mak lena sungguh. Macam tidur je. Kakak2 aku yang lain datang dan kami berbincang siapa yang nak jaga mak nanti. Aku tumpang dengar je sebab tak boleh nak join sama walau hati ini menari2 nak jaga mak. Tak pe doa aku sentiasa bersama mak.

lapar ..sebab dari pagi tak makan. lebih kurang pukul 4pm aku dan anak2 serta kakak sekeluarga turun bawah nak makan sikit. Alhamdulillah Aida tak meragam dan tak minta susu langsung. Dia faham mama dia yang kekalutan. Terima kasih Allah. Baru je nak makan hubby tanya dah sudah lum. Berap kali dia tanya macam tu. Aku dah fikir macam2 dah. Cepat2 aku sudahkan makan dan tanya kenapa.

.............Terus kami bergegas naik balik. Aku memang lalai betul hingga aku lupa anak2. hubby pun sama.Dah smapai atas baru perasan semua anak2 tak ada. Cemas. Suami tunggu kat lift dan aku terus ke katil mak.

Mak dah pergi....alat bantuan pernafasan dah dicabut. Aku terduduk tanpa airmata. membaca segala apa yang ku ingat untuk menguatkan semangat. pesakit di situ terkejut bbila mengetahui aku dalam pantang sebab aku tak nampak macam orang dlm pantang.

Sepanjang malam hingga pagi lepas jenazah dibawa pulang aku tidak mampu tidur. Menitis airmata pun tak mampu. hanya tinggal rasa tidak faham dan keliru. Saat mandikan mak, aku dah cakap nak join sekali untuk kali terakhir. nak buat seperti yang aku dah lakukan pada arwah mertua ku. Namun Allah mengasihani akan aku yang letih dan sakit. Waktu perkataan mandikan mak nak mula...mata ku terus saja terpejam tanpa dapat aku tahan..yang mampu aku sebut adalah...

Kak long..tolong jaga anak Dara...

Baga dibius...segalanya tak mampu kita lakukan. Usai mandi dan kapankan mak, kak long kejutkan aku untuk cium mak. Aku hanya menurut tanpa suara. cuba untuk menangis tapi tak mampu. Semuanya selamat..dan tinggal aku termangu2.

hingga habis waktu nifas, tengahmalam lepas 12 malam, baru aku perasan mak tak ada. mengongoi2 aku menangis teringat mak. Hubby yang terkejut terus saja memujuk aku. seminggu aku menangis menahan sedih. Aku rindu mak. Saat akhir bersama mak sesungguhnya merupakan perkara yang tak mungkin aku lupakan. Mak tau saat dia nak sampai hingga dia sanggup ke rumah aku. mak telefon aku dan kami berbual panjang dengan ceria bagai esok tak bercakap lagi.

Segalanya di bawah pengetahuan yang Maha mengetahui. Aku pasrah dan redha. Tiap kali memutar CD raya bersama mak, perasaan rindu datang mendera. orang cakap rupa aku sama dengan arwah. nak tengok arwah tengoklah aku...

Al Fatihah untuk mak dan mertua tersayang....

Monday, October 5, 2009

DAH BALIK!

Rasa lega yang amat-amat bila dapat balik ke blog ni. PC rosak dan mengambil masa yang lama pulak nak di service.

Banyak cerita nak di tulis tapi dek kerana baru je keje...kena koho-koho dulu...yuang penting nak cakap yihaaaaaaaaaaaaaaa

DAH BALIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, August 31, 2009

Hari ni Hari jadi mak

Hari ni harijadi mak. Lepas sahur tadi, tetiba teringat mak...

Birthday terakhir mak aritu, aku sambut dalam keadaan pantang 15 hari lepas lahirkan Aida. Tak celebrate apa sangat sebab masih dalam keadaan sakit. Demi sayang pada seorang mak yang banyak berjasa pada aku anak bongsunya, aku pergi ke rumah mak untuk meraikan. Mak ceria betul...suka dia melihat kami datang. Mak memang macam tu, selalu sibuk2 kalau orang datang. Tak kiralah aku ke,kakak2 aku ke atau abang2 aku ke yang datang, dia ceria sekali. (Itulah agaknya aku bila anak2 aku dah besar dan meninggalkan rumah bagi memulakan hidup sendiri..sob sob...nak berpisah dengan anak2 tu yang tak sanggup rasanya. Walau dah 7 orang, aku selalu kira...rasa macam tak cukupppppppp je....hahahahaha....)

Aku masih ingat kata2 aku masa duduk bersantai dengan mak. Kami berbual pasal kematian. Aku cakap pasal kenduri arwah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah maka ia dianggap bidaah. Aku bertanya pada mak pasal ni. Aku lihat mak pandang keluar, rumah, jauh...telus menuju alam yang tidak pasti. Berkali aku panggil mak tapi dia bagai terleka.

Balik rumah, aku pulak yang temenung kuatir kata2 aku tadi menyinggung perasaan mak. Kuatir aku itu membuat aku telefon mak minta maaf jika kata2 aku terlebih ayat. Mak kata dia tak perasan aku kata apa.

Selang lebih kurang 2 minggu lepas tu mak datang rumah aku bersama anak2 buah seramai 2 orang. Mak ceria dan gembira sekali melihat cucu barunya. Aku pelawa mak tidur rumah aku. Mak nak tapi risau anak buah yang esok sekolah pulak. Mak sebenarnya risau juga pasal aku yang masih dalam pantang, operate lak tu dan dia tak bantu aku untuk jaga aku. Ala...aku kata, orang dah biasa la mak.Mak jangan risau.

Mak senyum je. Kami berbual panjang dalam suasana yang begitu harmoni. Ada terlintas dalam hati nak bergambar dengan mak tapi aku pendam hingga terlupa terus!

13.9 mak demam tapi demam biasa mak kata. Dia minta aku belikan air coklat sebab masa mengandung aku minum air coklat untuk memudahkan aku buang air. Aku belikan tapi mak pulak lepas tu muntah2. Aku ziarahi mak untuk melihat keadaannya. Dia tak nak pulak ke klinik sebab dah ada ubat katanya.

Aku kerap juga telefon mak. Ada satu hari aku telefon, mak ceriaaaaaaaa sesangat. Macam tak ada apa2 berlaku. Macam tak demam lak. Aku seronok melayan mak. Kami ketawa dan bergaduh dalam telefon. Rasa rindu pulak nak jumpa mak masa tu.....tapi suami aku kerja dan aku tak boleh nak memandu dalam keadaan macam ni. Pulak tu kereta proton aku tu agak susah nak bawa. Stereng berat, clutch dan gear..sikit punya susah dan berat.


16.9........aku sambung pada tarikh tu nanti............