Wednesday, December 30, 2009

Macam-macam masa cerita ni

Lama aku tak cerita pasal Alisha yang dah berusia 1 tahun 2 bulan ni. Dia makin banyak akal. Dari usia mencecah setahun,dia dah mula berjalan. Sekarang ni asik nak berjaaaalannnnnnnn je.Orang ada kaki lah kan. Kadang2 tak perasan dia dah pergi hall. Tup tup muncul balik dalam bilik. Tersengih-sengih dengan mata bulat dia. Rajin berbual pulak tu. Ada saja dia nak cakap. yang pasti,kalau abang Iman dia kena usik dan dia dengar Iman merengek ke menangis,lekas saja dia menerpa abang dia dan tanya,


'Napeeee...ha'?'

'Apeeee...ha?'


...sambil membelek dan menyentuh pipi abang dia. Iman apalagi,tambah manja bila adik dia asik backing dan perihatin dengan dia. Dia akan terus peluk adik dia. Yang Alisha lak akan terus tanya dia ayat power dia tu. Sesekali dia akan menjerit pada abang atau kakak dia yang buli abang kesayangan dia tu. Bertambah galak la anak2 aku yg lain usik adik2 dia yang berdua ni..ish....


Ketara sekali bila Iman masih tidur atau Iman baru bangun tidur dan dia dulu dah bangun. Dia akan menerpa abang dia dengan senyum riang dan ceria sekali. Dia akan belek muka Iman dan tanya


'Napeee ...?'   Sooo cute!!!



Satu hari, aku buka balik kotak isi baju Alisha masa baby. Terjumpa barut yang telah berusia sama umur dengan Nizam iaitu menjangkau 20 tahun! Barut tu mak mertua aku buat. Dulu ada la dalam 8 helai rasanya sekarang tinggal 3 je. Aku pakaikan kat Alisha sebab cuaca tengah panas. Dia selamba je pakai dengan seluar sontot dia. Selesa agaknya. See...betapa kemas jahitan mak mertua aku dan betapa tahan barut tu.. ni kira nak puji diri sendiri sebab pandai jaga hahahhaa



cantikkan barut Alisha....hehehhe..


Saya tak lak sempat upload hari tu masa ambil Ain dari sekolah. Saya bawa dia sorang je...takut juga kuatir dia meragam dalam kereta. Alhamdulillah..Alisha cepat faham dia kena duduk dalam bakul tu.Masa tengah siap2kan tempat duduk dia,dia berdiri pegang stering kereta sambil perhatikan saya. Siap aje dia kata...


'Dok?' (duduk)


Saya terus jawab "ya...'. Tanpa lengah, Alisha melangkah masuk dan duduk dalam seat dia dan terus pandang aku dengan senyum manisnya... Alahai...seronoknya masa tu...senang rasanya hati. Dalam perjalanan aku berbual dengan Alisha supaya dia leka dan duduk selesa dalam seat dia tu...Alhamdulillah...Allah permudahkan aku. Alisha cukup sporting..dia relax dalam bakulnya tanpa mengganggu aku yang sedang memandu.Tengok tu..siap ajak aku gaduh dengan penumbuk dia tu...



Ke Bukit Belacan bukanlah kesukaan aku sebenarnya. Malas nak jalan lepas park kereta kat luar. Tapi dah anak2 bising nak pergi dan kakak ipar aku dok ajak saja...maka satu petang yang indah aku pergi sana dengan anak2. Mereka teruja sungguh. Maklumlah..Walau rumah dekat aku memang malas beriadah kat sana. Bukan apa...leceh kalau mandi sama dengan gerombolan yang tidak aku senangi. Mandi?? hehe..dah lama tak mandi sungai ni..sekali masuk air..hahaha...lupa kat Alisha sekejap. Best gak bila anak2ikan mengelilingi kami. Geram sungguh bila tak dapat tangkap. Farah anak kak Imah bukan main menjerit ketakutan tapi lepas tu dia pulak asik nak tangkap ikan. Makan..sudah pasti aku bawa coklat sebab coklat memanaskan badan.

Masa nak balik kami jumpa group monyet yang jinak2 liar. Dorang bergaduh rupanya.Aku pantas suruh anak aku peluk Alisha kuat2. Kuatir monyet tu sambar baby aku tu...mana tau la kan....kat BB memang banyak monyet liar.






Lepas tu kakak aku dan kakak ipar aku anak beranak pun turun BB,maka kami pergi sekali lagi...hahahha...berkubang beb..aku yang dah lama tak berenang berasa amat seronok sekali.Makan.sudah pasti coklat jugak..hahaha...bukan apa seronok makan coklat kat air ni...

Masa nak balik, hujan turun. Kami sekeluarga tak tukar baju di sana. Kelam kabut lari ke kereta. Sampai rumah hujan makin lebat . Air mula bertakung di depan rumah aku. Kalau tak dijaga air tu boleh masuk rumah. Eh...seronok pulak mandi hujan. Kakak aku, Ani sekeluarga dan kak Imah sekeluarga singgah umah aku sebelum pulang. Makan ramai2 tengah hujan ni best gak. Aku tak masak, makanan kak Imah kami belasah abis! Lepas tu kakak2 aku beli coklat pulak....hehhhe...alhamdulillah...



Sunday, December 13, 2009

Bersantai dengan anak2

Akhirnya ...akhirnya siap juga coklat yang aku dan anak2 bertungkus lumus membuatnya sejak beberapa hari ini. Habis saja Ain dengan SPM nya, dia terus turun padang tolong aku. Begitu juga Izzati dan Adilah. Mereka tolong sediakan kotak2 coklat berjumlah 500 kotak. Kadang2 Izzati tolong juga sama ke dapur bancuh coklat. Aku ingat ok la yang 2 orang tu tolong, rupa2nya Adilah pun nak jugak buat coklat. Aku minta Ain tolong ajar adik dia.Seronok betul dia.Nak test power Ain..huhu..pass la dia ajar..Lihat gambar di bawah percubaan pertama Adilah.Coklat tersebut khas untuk dia sebab dia yang buat.





Malam tadi, kami anak beranak berkampung menyudahkan final stage sebelum penghantaran coklat kepada tuan punya badan yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan. Riuh! Nizam yang baru balik kerja tak sudah-sudah mengusik adik2nya hingga tak sedar waktu sudah menginjak 3.30 pagi. Masa tu baru lahhhh rasa letih , ngantuk.. lapar... hahaha..
Pagi ni Nizam kerja, dia terus tidur lepas selesai segalanya..yang anak2 dara aku, tolong aku kemas serba sedikit sebelum masuk tidur. Aku lapar tapi tak larat nak sentuh apa2 makanan. Cukup sekadar minum air kosong. Suami aku angkut anak2 yang tidur kat hall masuk bilik. Dia tak berhenti tolong aku dari mula hingga akhir. Terima kasih tak terhingga untuk encik abang. Dia jadi mandur Nepal sekejap tengok anak2 buat kerja. Kalau tak mengusik tak sah agaknya. Last2 dia tolong Adilah buka kotak untuk di isi dengan coklat.
Tapi lepas semua tidur dan segalanya sepi, baru aku perasan betapa riuh rumah aku di waktu 3 pagi ini!!

Nak tengok gambar? Jengok la ke blog coklat aku. Tak banyak gambar yang aku ambil sebab kamera kurang berfungsi.

Hari ni ..aku rehat dari coklat sekejap. Esok kena mulakan semula buat coklat kerana ada yang menempah..alhamudlillah.



Cewah..Ain dengan adik2nya bukan main posing petang tadi lepas aku balik dari menghantar coklat. Alisha apalagi, memang suka sangat laa duduk kat buaian. Terjerit2 dia bila nampak kucing.


Agaknya kalau dia dapat kucing ni, mau dipeluknya kot..tapi Alisha geli kat bulu halus kucing. Bila dijauhkan tau pulak marah.

Malamnya, aku dan anak2 pergi Carrefoure nak lepaskan lelah dengan mereka yang juga kepenatan tolong aku. Terima kasih tak terhingga untuk mereka yang susah payah tolong aku... Aku saja jalan2 kat C4 ni sambil jumpa Kak Flora. Aku kenal dia dari Spectrum Ampang dan perhubungan itu berterusan hingga kini malah bertambah baik hingga anak2 aku diangap anak2nya juga sebab dia sendiri tidak mempunyai anak. Dia rajin belikan anak2 aku jajan.


Mata Alisha berair bila kena aircond. Merah idung dia. Tapi senyum lebar bila aku pakaikan topi.


Nak kasi dia rasa naik basikal, aku bawa ke sini. Mainlah puas2. Mama dia tak terbeli basikal...huhu



Sempat posing lak dorang nih


Hahaha..anak2 aku je ada dah penuh ...

Monday, November 30, 2009

Berehat kat taman rekreasi






dah 2 kali aku bawa anak2 aku ke sini lepas ambil ain dari sekolahnya. Dia yang sedang sit for her SPM, santai2 dengan adik2nya. Taman rekreasi ini terletak betul2 sebelah rumah arwah mak...nostalgia.....

aku ambil kesempatan sekali naik buaian bila tak nampak kelibat penjaga taman..hehehe..

Seronok kan bersama anak2..sesekali kita jadi seperti mereka..enjoy dan lepaskan masalah dan beban.

Aku sekarang ini

Kadang2 aku terduduk juga tapi bukan sedih atau terkejut..cuma terfikir ada juga orang tak faham kenapa aku sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, macam la suri rumah tu low class sangat.


Aku bahagia sebenarnya. Walau mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan arena persilatan di rumah, aku yakin ada hikmah disebalik semua ujianNya dan segala kesulitan adalah untuk aku ajar diri ini tentang perkara yang lama aku tinggalkan.


Siapa yang sanggup berhenti selepas dapat gaji yang cukup baik. tak perlu nak fikir banyak2, tiap bulan duit masuk.

Selepas Alisha lahir, aku lebih rapat dengan dia. Alisha macam ada magnet buat aku tak keruan bila melepaskannya untuk pergi kerja. Lagipun aku dah jemu dengan situasi pejabat yang 'kosong'.


Apa aku dapat dah berhenti kerja ni?

melihat sendiri anak2 membesar bersama kerenah masing2. Dengan 7 anak ada 7 perangai dan keriuhan. Dari 2 anak lagi, kami memang dah terbiasa dengan keriuhan lebih2 lagi sekarang. Iman dan Aida sering buat kecoh..main, gaduh..main, gaduh...Ati dan Adilah apa kurang. SAt2 nanti dengar la suara langsing Ati..bateri baru macam abah dia jugak!


Memang letih dan ada masa aku tak tau nak mula dari mana. Tapi dengan anak2 yang memahami, mereka banyak membantu. Memang selalunya mereka lebih kerap melekat dengan mak tiri mereka (tv la,apalagi) tapi bila dipanggil, mereka datang dan buat apa yang aku pinta. Ada masa susah gak nak lepaskan mata dorang dari mengulit mak tiri dorang tu, senang je...off..abis cerita. macam baru lepas kena pukau lak bila tengok masing2 pandang aku semacam..hahahah

Diri sendiri?

Aku? Aku macam tu la. Masa lebih tertumpu pada urusan rumah. Bila free baru aku buat cokolati.kerap habis dalam mulut anak2...hahahaha...asik mintak izin nak makan cokolat. seronok tengok mereka merengek (termasuk ain),bukan tak kasi tapi saja jeeeeeeee nak dorang mintak selalu..dah dapat green lite..amboi....laju je capai coklat. nasib baik peti ais khas untuk cokolat dalam bilik, kalau kat luar, mahu tiap pagi aku tengok peti asi kosong ..


Sebenarnya,duduk rumah, mengemas,memasak,membasuh,membebel dan macam2 me... lagi la, adala sesuatu yang acapkali aku anggap ujian dan hikmah. bila aku marah2 dan pukul anak2, dalam hati menangis. aku menyesal pukul dorang..apala besar sangat salah mereka. Ya Allah..aku sayang semua anak2 aku...ampunkan aku...Iman yang nakal dan banyak akal selalu buat aku hilang sabar tapi seperti aku kata, ia adalah ujian dan hikmah sebenarnya. Marah...adilah selalu jadi sasaran sebab dia ni brutal dan asik muncung panjang sedepa bila disuruh..tapi dia rajin sebenarnya. Dengan ain aku tak ada hal sebab dia dah besar. dia tau bila nak buat. cuma sekarang dia sibuk dengan SPM,aku tak kisah sangat...Nizam sekarang part time keje kat carrefoure.makin banyak masa ida kat luar..tapi kalau kat rumah pun tak nampak jugak...bila aku carik...ooo..rupa2nya tengah asik...tido...hempphhhh


Suami aku....adalah insan yang terbaik di sisi aku. Dia tak pernah tinggalkan aku dalam apa keadaan pun. pendengar yang baik dan teman memasak yang handal. memang selalu dia rajin di dapur. Aaaaaaaada saja yang nak dimasak. untuk anak2... katanya. yelah,dorang sekarang makin besar tentu kuat makan.Dalam banyak perkara suami aku ringan tulang membantu. sampai aku naik lemak...hahahha..sorry bang...nak manja2 gitu...


Apapun keputusan duduk di rumah adalah sesuatu yang paling baik yang pernah aku buat. Walau agak kesempitan tapi hati ini penuh syukur dan bahagia.

moga ALLAH merahmati dan memberkati kami hingga ke akhirat. Pada mereka2 yang membantu aku dari dulu, budi kalian tidak terbalas. Doakan aku berjaya dan dapat kembalikan 'jasa' kalian....

Tuesday, November 17, 2009

4 generasi-nya'ie,mak,aku dan anak2






Gambar 1 - aku dan keluarga kat umah raya baru2 ni

Gambar 2 - aku dan suami

Gambar 3 - aku,mak dan bapak (masa umur aku 5 tahun (kot!.masa tu tangan penuh dengan gelang getah.tokeh studio ugut nak buang kalau aku tak nak simpan getah tu..heheh..sayang wei..wat main baling selipar)

Gambar 4 - aku,nya'ie (nenek) dan kakak aku, Rikha (posing maut ..kacau nya'ie lepas amik wudu' kat kampung,umah nya'ie di Parit karjo)

Ada yang look alike tak between 4 generasi ni..

Tuesday, October 20, 2009

Sambungan pasal mak

Lambat sungguh aku ambil masa nak sambung pasal mak. Apa taknya, tarikh lahir mak 1.9. sekarang ni dah masuk ujung bulan okt.

Masa aku lahirkan Aida, mak risau yang amat sebab aku kena operate. keluar aje dari labour room, mak terus tanya

Dah suruh doktor ikat?
Aku terpinga2, ikat apa mak?
laaaa....apasal tak ikat. nanti beranak lagi. Ish..patut suruh doktor ikat tadi, omel mak.
Ehm..mana orang tau pasal tu....


Dah sakit2 masa tu malas nak fikir tapi mak nampak ceria dan gembira sekali bila aku dah keluar tu. Apa taknya dia berbual dengan suami dan sepupu aku dari spore,Ayyob, sampai tak perasan kot ada ramai pesakit dalam wad tu sampai aku terpaksa tegur suami aku yang sentiasa ber'bateri baru'.

Mak tak dapat jaga aku di rumah sebab jaga anak buah aku. Aku tak kisah sebab dah biasa sendirian. Lagipun suami dan anak2 menolong jaga aku sebenarnya.

Hari jadi mak, aku yang dalam pantang 15 hari aku gi umah mak. nak raikan usia yang panjang..dan moga mak dimurahkan rezeki. Tapi mak kurang sihat masa tu. aku dan suami borak2 dgn mak dengan berbagai isu tapi mak ni macam asik merenung jauh tembus keluar rumah... tak sihat agaknya. Aku bawa susu segar perisa coklat sebab mak teringin.

Masa usia Aida hampir sebulan, mak datang ziarah aku. Dia bawa sama cucu2 yang dijaganya. Mak aku mmg expert bawa keta jadi tak perlu bimbang dia keluar sorang2..hehhe...seronok sungguh aku berborak dgn mak rasa tak nak berhenti dan tak kasi mak balik. Aku pujuk mak tidor umah aku tapi mak risau cucu2 dia esok nak sekolah pulak. geram gak tapi tak pe... lain kali mak leh tidur umah aku kan kan kan...

Satu hari tak silap dalam 13.9 mak telefon aku. kami berbual2 dengan disulami gelak ketawa. Rasa rindu dengan mak tapi apa nak buat aku dalam pantang masa tu. mak kurang sihat apa daya aku tak boleh nak ziarah sebab cik abang kerja.

16.9 aku dapat berita mak masuk wad tengah malam tu. Kakak sulung aku antar. aku pulak lepas makan sarapan, muntah pulak. Sakit jugak jahitan tapi aku kan kuat..

nak gak ziarah mak tapi suami aku keje. Aku doakan mak selamat lagipun Ani kata dia baru lepas tengok mak, mak ok je. aman pun cakap macam tu, jadi dorang tak nak aku risau sangat.

Tapi tup tup tengahari tu dengar mak dah tak sedar. Apalagi aku rayu mintak suami aku balik. Dengan bawa baby dan semua anak2 aku yang lain kami berkejar ke GH. Aku yang macam tak sedar dalam pantang tu, jalan menonong tinggalkan anak2 dan suami. Sampai saja ke katil mak, seornag nurse melambai aku dan bertanya jika aku anak mak. Da minta aku tolong keluarkan cincin dari jari mak.dorang dah cuba tapi tak boleh. Alhamdulillah dengan mudah aku boleh tarik cincin tu dan terus sarung ke jari aku. Aku terus duduk di kerusi dan mengelus2 jemari mak. mak lena sungguh. Macam tidur je. Kakak2 aku yang lain datang dan kami berbincang siapa yang nak jaga mak nanti. Aku tumpang dengar je sebab tak boleh nak join sama walau hati ini menari2 nak jaga mak. Tak pe doa aku sentiasa bersama mak.

lapar ..sebab dari pagi tak makan. lebih kurang pukul 4pm aku dan anak2 serta kakak sekeluarga turun bawah nak makan sikit. Alhamdulillah Aida tak meragam dan tak minta susu langsung. Dia faham mama dia yang kekalutan. Terima kasih Allah. Baru je nak makan hubby tanya dah sudah lum. Berap kali dia tanya macam tu. Aku dah fikir macam2 dah. Cepat2 aku sudahkan makan dan tanya kenapa.

.............Terus kami bergegas naik balik. Aku memang lalai betul hingga aku lupa anak2. hubby pun sama.Dah smapai atas baru perasan semua anak2 tak ada. Cemas. Suami tunggu kat lift dan aku terus ke katil mak.

Mak dah pergi....alat bantuan pernafasan dah dicabut. Aku terduduk tanpa airmata. membaca segala apa yang ku ingat untuk menguatkan semangat. pesakit di situ terkejut bbila mengetahui aku dalam pantang sebab aku tak nampak macam orang dlm pantang.

Sepanjang malam hingga pagi lepas jenazah dibawa pulang aku tidak mampu tidur. Menitis airmata pun tak mampu. hanya tinggal rasa tidak faham dan keliru. Saat mandikan mak, aku dah cakap nak join sekali untuk kali terakhir. nak buat seperti yang aku dah lakukan pada arwah mertua ku. Namun Allah mengasihani akan aku yang letih dan sakit. Waktu perkataan mandikan mak nak mula...mata ku terus saja terpejam tanpa dapat aku tahan..yang mampu aku sebut adalah...

Kak long..tolong jaga anak Dara...

Baga dibius...segalanya tak mampu kita lakukan. Usai mandi dan kapankan mak, kak long kejutkan aku untuk cium mak. Aku hanya menurut tanpa suara. cuba untuk menangis tapi tak mampu. Semuanya selamat..dan tinggal aku termangu2.

hingga habis waktu nifas, tengahmalam lepas 12 malam, baru aku perasan mak tak ada. mengongoi2 aku menangis teringat mak. Hubby yang terkejut terus saja memujuk aku. seminggu aku menangis menahan sedih. Aku rindu mak. Saat akhir bersama mak sesungguhnya merupakan perkara yang tak mungkin aku lupakan. Mak tau saat dia nak sampai hingga dia sanggup ke rumah aku. mak telefon aku dan kami berbual panjang dengan ceria bagai esok tak bercakap lagi.

Segalanya di bawah pengetahuan yang Maha mengetahui. Aku pasrah dan redha. Tiap kali memutar CD raya bersama mak, perasaan rindu datang mendera. orang cakap rupa aku sama dengan arwah. nak tengok arwah tengoklah aku...

Al Fatihah untuk mak dan mertua tersayang....

Monday, October 5, 2009

DAH BALIK!

Rasa lega yang amat-amat bila dapat balik ke blog ni. PC rosak dan mengambil masa yang lama pulak nak di service.

Banyak cerita nak di tulis tapi dek kerana baru je keje...kena koho-koho dulu...yuang penting nak cakap yihaaaaaaaaaaaaaaa

DAH BALIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, August 31, 2009

Hari ni Hari jadi mak

Hari ni harijadi mak. Lepas sahur tadi, tetiba teringat mak...

Birthday terakhir mak aritu, aku sambut dalam keadaan pantang 15 hari lepas lahirkan Aida. Tak celebrate apa sangat sebab masih dalam keadaan sakit. Demi sayang pada seorang mak yang banyak berjasa pada aku anak bongsunya, aku pergi ke rumah mak untuk meraikan. Mak ceria betul...suka dia melihat kami datang. Mak memang macam tu, selalu sibuk2 kalau orang datang. Tak kiralah aku ke,kakak2 aku ke atau abang2 aku ke yang datang, dia ceria sekali. (Itulah agaknya aku bila anak2 aku dah besar dan meninggalkan rumah bagi memulakan hidup sendiri..sob sob...nak berpisah dengan anak2 tu yang tak sanggup rasanya. Walau dah 7 orang, aku selalu kira...rasa macam tak cukupppppppp je....hahahahaha....)

Aku masih ingat kata2 aku masa duduk bersantai dengan mak. Kami berbual pasal kematian. Aku cakap pasal kenduri arwah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah maka ia dianggap bidaah. Aku bertanya pada mak pasal ni. Aku lihat mak pandang keluar, rumah, jauh...telus menuju alam yang tidak pasti. Berkali aku panggil mak tapi dia bagai terleka.

Balik rumah, aku pulak yang temenung kuatir kata2 aku tadi menyinggung perasaan mak. Kuatir aku itu membuat aku telefon mak minta maaf jika kata2 aku terlebih ayat. Mak kata dia tak perasan aku kata apa.

Selang lebih kurang 2 minggu lepas tu mak datang rumah aku bersama anak2 buah seramai 2 orang. Mak ceria dan gembira sekali melihat cucu barunya. Aku pelawa mak tidur rumah aku. Mak nak tapi risau anak buah yang esok sekolah pulak. Mak sebenarnya risau juga pasal aku yang masih dalam pantang, operate lak tu dan dia tak bantu aku untuk jaga aku. Ala...aku kata, orang dah biasa la mak.Mak jangan risau.

Mak senyum je. Kami berbual panjang dalam suasana yang begitu harmoni. Ada terlintas dalam hati nak bergambar dengan mak tapi aku pendam hingga terlupa terus!

13.9 mak demam tapi demam biasa mak kata. Dia minta aku belikan air coklat sebab masa mengandung aku minum air coklat untuk memudahkan aku buang air. Aku belikan tapi mak pulak lepas tu muntah2. Aku ziarahi mak untuk melihat keadaannya. Dia tak nak pulak ke klinik sebab dah ada ubat katanya.

Aku kerap juga telefon mak. Ada satu hari aku telefon, mak ceriaaaaaaaa sesangat. Macam tak ada apa2 berlaku. Macam tak demam lak. Aku seronok melayan mak. Kami ketawa dan bergaduh dalam telefon. Rasa rindu pulak nak jumpa mak masa tu.....tapi suami aku kerja dan aku tak boleh nak memandu dalam keadaan macam ni. Pulak tu kereta proton aku tu agak susah nak bawa. Stereng berat, clutch dan gear..sikit punya susah dan berat.


16.9........aku sambung pada tarikh tu nanti............

Friday, August 21, 2009

Kursus pembuatan coklat di LKM

Dah lama nak citer pasal kursus coklat kat LKM Bangi ni...

Sebenarnya ia bagai rezeki terpijak. Khairul menghubungi aku untuk confirm tempat yang ada 2 kekosongan lagi iaitu utk aku dan kakak aku, Rikha. Peluang yang datang sekali ini aku rembat sbb cik abang bagi green lite.

Teruja sebab nak menambah ilmu pembikinan coklat walau dah 2 tempat aku belajar. Ada 25 student bersama kami hari itu. Kami yang tak pernah ke Bangi keluar awal bagi mengelakkan kesesakan. Dah lapor benar rasanya lalu kami bfast dulu lepas mendaftar. Bila sampai kat dewan semula, ish...ada kameraman la....

Rupa2nya hari itu ada shooting untuk rancangan TV2 yg akan disiarkan pada bulan Oktober ni dan kelas kami terpilih untuk shooting selama 2 hari!!

Wow!jadi bintang pelem lak kami ari ni. Seronok beb! Kami memulakan shooting dari mendaftar hingga ke akhir pelajaran pada hari ke 2. Sherina pun ada la...... tapi gambar aku tak ada lak dgn dia..ish....

Inilah gambar aku dan cokelat2 kami. Ada sedap????Memang lazat!!!!




Wednesday, August 12, 2009

Masjid dikunci,telekung terkunci??


Macamana tu? Bukan ke masjid tempat untuk setiap umat yang mahu menunaikan ibadat solat maupun melepas lelah pada musafir barang seketika. Bukan ke masjid adalah tempat mesyuarah yang paling afdal selain menunaikan solat.

Kisah ini dah agak lama berlaku cuma aku saja yang tidak sempat untuk update di blog. Suami dan aku pergi ke Shah Alam kerana menghantar coklat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke masjid dulu untuk menunaikan solat Zuhur sebelum ke Puchong untuk membeli kotak coklat. Suami aku kata dia biasa ke masjid ini meski agak jauh dari tempat kerjanya. Mudah dan tenang....katanya.

Suami aku menunjukkan bilik air wanita sebelum dia sendiri ke bilik air lelaki. Selesai, aku mencari tempat mengambil wuduk. Melilau aku mencari namun tak juga bertemu hingga aku terpaksa tawaf masjid tersebut. Tiada siapa pula kelihatan untuk aku bertanya. Suami aku pula sedang mendirikan solat.

Nasib aku baik sebab ada seorang jemaah lelaki baru selesai solat. Malangnya dia sendiri tidak tau dimana tempat mengambil wuduk perempuan tapi dia sama2 membantu aku mencari. Pelik tak ada pulak. Jadi dia mengusul aku mengambil wuduk ditempat lelaki sementelah tiada siapa. Cepat2 aku mengambil wuduk.

Aku diduga sekali lagi bila tiada telekung!!Rupa2nya telekung dikunci.Pelik, tidak pernah aku jumpa mana2 masjid yg menidakkan keperluan jemaah wanita. Aku sengaja tidak membawa kerana sudah biasa kalau singgah mana2 masjid atau sarau pasti ada telekung. Kami berfikiran positif, mungkin ada pencuri sebab itu ia dikunci.

Suami aku mencadangkan agar aku guna kain pelekat dia untuk dijadikan telekung. Alhamdulillah aku ternampak satu lagi kain pelekat tersangkut di situ. Tanpa membuang masa aku menyarungkan kedua2 kain pelikat untuk menunaikan solat zohor sementara suami ku yang mulia hatinya guard aku di ruang yang sama dia solat.

Lantas jadilah seperti dibawah....

How am I look like? New fashion maaaaa....

ALLAH MEMUDAHKAN....ALHAMDULILLAH....

Tuesday, August 4, 2009

Ish ish ish....

Bila dah duduk rumah ni, ada je kerja nak buat. Nak buat coklat lagi, nak layan anak lagi. Tapi aku bersyukur sebab melihat anak2 aku depan mata. Walau ada masa terpaksa berperang dengan Iman (lasak dan tak boleh duduk diam!!), aku redha. Dia pulak makin kuat makan!

Kadang2 terpaksa keluar, rasa sayang nak tinggalkan Alisha dan Iman. Tapi terpaksa.

Nak jadi cerita, masa aku sibuk kat dapur, aku tinggalkan Alisha dengan Izzati dekat hall. Izzati memang rajin layan adik dia tu. Tapi lepas tu aku rasa macam pelik sebab tak dengar sebarang bunyi maupun bunyi sret sret dari walker Alisha. Ish..tak boleh jadi ni....

Bila aku ke depan ....laaaaaaaaaaaa.....siannya Alisha...............



Izzati...muka toyeeee je yeeeeeeeeeeeeeeee....


Thursday, July 30, 2009

Rinduuuuuuuuunya...

Taraaaaaaaaaaaa..Alisha menyambut dengan kenyit mata kerana kerinduan...muahahha..ayat apalak aku guna nih!


Lama sungguh aku bertapa hingga lupa asal usul diri. Rindu teramat sangat dengan blog ku ini hingga tidak tau dari mana mahu dimulakan.

Laptop ni pulak menjadi kesayangan kami sekeluarga...almaklum sajalah..satu ni saja yang ada... yang nak guna 6 pasang tangan..yang lagi tiga pasang tangan tu dok menanti nak picit je..main games je la....

Terpaksa la aku mengetatkan undang2 menggunakan pc ini hingga aku sendiri tidak ada peluang nak guna. Di waktu dinihari ini saja yang mampu aku lakukan.

Ari ni aku anak citer pasal semua anak2 aku yang 7 tu.....

Wabak H1N1 yang melanda menyebabkan situasi sekeliling agak kurang menyenangkan.Anak2 yang demam dan batuk serta sakit dada, mendapat perhatian. Ain awal2 lagi mintak abang dia menjauhkan diri dari dia sebab Nizam demam! Alahai kesian si bujang aku sowang tu..

So tadi bawak la pegi jumpa doktor...alhamdulillah...dia demam...tonsil aje..hehe...memang sakit..sakit yang giler la bagi aku sebab aku pernah kena sekali....rasanya tak tertanggung kesakitan tu sebab nak menelan pun payah betul..sakit yang amat...mungkin kesan dari demam chikungunya awal tahun menyebabkan dia mudah terkena sakit itu sebab Nizam memang ada masalah tonsilitis..betul ke word aku tu ek...

Alisha lak makin laaaaaaaaaaa banyak bijaknye...paling suka dengar dia bersuara manja pada aku...memang manja sampai Adilah siap membebel...aku jawab..'alah!Adilah dulu pun macam tu gak. Lagi manja adalah!'.
Izzati pulak siiiiibuk dengan kokurikulum dia. Sekejap bomba la, persatuan la..ish.....peminat ramai....hish.....aku dan abah dia dah warning..no pak we pakwe masa sekolah ni. Biar kawan2 dia ada pakwe seribu, jangan sesekali terpengaruh. Doanyaa.....


Adilah pulak makin rajin. Dalam segala hal dia rajin...rajin membebel..rajin tolong aku...rajin sakat Alisha..rajin merajuk...

Aida rajin sungguh membaca . ada saja benda yang nak di eja.Hingga nak mintak makan pun dia eja semua...hahaha...aku suka walau letih nak menanti si cilik aku tu abis mengeja...dia memang bijak....bijak...bijak....

Iman makin bijak menjawab dan bertengkar mulut dengan kami sekeluarga. Aaaaada saja jawapannya..sampai kami tak terkata....

COKLAT aku????? alhamdulillah...ada sambutan walau tidak sehebat mana. Aku tak kisah sebab...biarlah perlahan asal aku boleh dan mampu membuat dengan kualiti dan keadaan yang superb.Nanti bila dah mahir tentu aku tak terkial2 lagi....nanti la aku download gambar2 coklat aku tu ek...tungguuuuuuuuuuuu...banyak lagi benda aku nak citer nih!


Thursday, July 9, 2009

PROMOSI COKLAT

...sila klik gambar..
PROMOSI ISTIMEWA!!
COKLAT DALAM 5 DESIGN YANG MENGUJAKAN
HANYA RM15 UNTUK 25 BIJI (350G)
PROMOSI HINGGA 21 JULAI 2009
CEPAT!!
PELUANG DATANG HANYA SEKALI!!
COKLAT ENAK MENYALUTI KACANG...
BADAM DAN BUBLE RICE
GAJUS BERSAMA BUBLE RICE
DAN
MUNCHY'S YANG LAZAT
UNTUK TEMPAHAN,SILA HUBUNGI:
ALIF COC
013-2047424
Penghantaran percuma sekitar kawasan Ampang,Keramat,Setiawangsa dan Wangsamaju. Jumpa di mana2 meet point ye!

Tuesday, June 23, 2009

Mimpi kelabu

Apa perasaan nak berhenti keje ni?

'Aaa..soalan apa yg diberi ni...

Emp..rasa gayat..ehh..rasa seronok, tak sabar..tapi dalam waktu sama..berbagai persoalan muncul.

Soalan apa tu?

Mampu ke buat SOHO? Selama ni keje kat pejabat ...gaji senang2 je masuk..tak payah sibuk cari customer ke,marketing ke, travel ke etc etc...
So..kenapa berhenti?

Ek eleh..awak ni buat lawak la...dah memang saya nak berhenti...noktah!

Jadi,tak usah fikir negatif. Susun jadual apa perlu dilakukan setiap hari selepas jadi pengganggur terhormat ni.

Ait!Nak susun jadual gak?

Ye la..takkan mengadap Alisha je..Alisha pun nak makan gak kan. Nak juga dibelikan baju baru,ubat2an dia. Macam tu juga anak2 lain. Izzati dah masuk kelas computer. Tiap bulan kena ada RM35 untuk fees. Ain pun nak jadi outsider dah. Nizam nak belajar pandu kereta dah kan. Adilah dan Aida ada gak yang diperlukan. Iman...Iman nak kena belikan buku. Bayar duit kereta lagi,telefon lagi dan segala macam perkara beb..

Banyak nye!!!!!!!!! Hemph...susun jadual yee...emmm...ok...bangun pagi lepas solat subuh mengadap Alisha sampai pukul 8..pastu...

Elok la tu...buat taik mata jee..abis cik abang tu tak wat kan breakfast ke...dah dok umah ni pandai2 la buat lebih2 pahala. Dah resign ni untuk famili dah satu pengorbanan besar kan, takkan tak pandai2 lagi ooiiii! Leceh betul makcik sorang nih!!!

Pap..pap..

Ish apa main tepuk2 pipi ni...

Alamak..mimpi rupanya....Alisha tersengih2 tengok mama dia buka mata.
Hemp..windu lak kat Iman. Dah 2 hari 2 malam kena culik dengan mama Ha dia..






Sunday, June 21, 2009

Alisha demam campak!!!

Minggu lepas,superior dari singapore datang. Almaklum lah..aku nak berhenti ..jadi dia nak tengok progress anak buah kat KL ni,perform atau tak,filing macamana, siapa yang takeover keje bla bla bla..memang pening gak tapi Sokheng agak friendly dan kami bukan bercakap mengenai kerja saja..pasal anak2 aku dan berbagai lagi..


Lepas saja dia balik,tak sangka esoknya Alisha demam. Aku sangka demam biasa sebab dia tumbuh gigi, 2 batang sekali lak tu!!


tup tup hari Khamis demam makin teruk so aku bawa gi klinik. Suhu dah 39C!!Rasa bersalah amat mencengkam diri walhal aku ambil cuti 2 hari untuk jaga dia. Ku cium2 dan ku peluk2 alisha tanda memohon maaf. Kesia dia, memang suhu dia agak tinggi dan aku tak berhenti tuam dia dengan air..hari Jumaat dah nampak rashes kat muka Alisha. Aku fikir sebab terlalu panas dia jadi macam tu. Tapi bila balik keje hari tu, aku perasan makin banyak.


Hari Sabtu keluar segalanya. Jadi aku beli kelapa. Tu dia..penuh kat satu badan Alisha. Dia merengek kegatalan. Aku rendam dia dalam air seri wajah campur denga sedikit airbatu dan garam supaya toksik keluar dari tubuhnya. Alisha memangla suka. Sekarang ni tunjuk perangai dah..dalam besen mandi dia, dia berdiri tak nak duduk dah...ish...budak nak besar ni kannnn...pastu sapu dengan bedak sejuk yang dicairkan dengan air. Alisha tidur lena lepas tu..memang kalau mandi seri wajah,tidur memang lena....


Tengok la Alisha yang dipenuhi rashes.....










Tuesday, June 9, 2009

MomBloggersPlanet - Cutest Baby in RED!!

Hahaha...aku dah terikut mama2 kawan baru aku. Baby dia adalah cover majalah PA&MA bulan May tak silap aku. Comel betul anak dia. So, teringin gak nak masukkan Alisha dalam contest nih..baby in red.... Pertama kali anak aku masuk contest...mesti gamat kakak abang dia..hehe

lagi best hadiah2 dia ...pegh...wat aku teruja gak la...menang atau kalah, tidak menjadi soal..selain kita dapat kawan baru, anak2 punnnnn dapat geng baru...

Jom kita tengok apa Alisha buat ni ye hingga mama dia nak masukkan dia dalam contest ni...



OOOPpppsssSS...


SHhhhh..Alisha tidur laaa...


Eh..tido lagiiii..awat mama dia tangkap masa tengah tidur nih...

La...masa tidur gak...







...blinkkkk!!!!dah bangun dah!!!!!hehehe..pandai Alisha terkejut kan orang ek dgn mata besar tuh yeeee...

Kita berkenalan dulu dengan si comel ini. Nama penuhnya Nur Alisha Mohamad Nazri. Lahir pada 29 October 2008. Melahirkan dia amat mudah sekali..dan sepanjang mengandungkan dia..amat tenang sekali. Mama dia panggil Alisha tapi kakak2 dan abang dia panggil Esha la..Elish la..Cha la...abah dia lagi best..suka panggil dia dengan nada menyanyi..
OOO...AliShaSha...
AliShaSha..

Tertoleh-toleh Alisha dengar....

Untuk Alisha ada lagu khas yang kalau dia dengar dengan sendiri dia tahu lagu tu untuk tidurkan dia...

kenapa Alisha layak untuk grab “Cutest Baby in Red”……sebab dia adalah istimewa ...dengan mata besar dan bulu mata panjang yang melentik, tak jemu-jemu mata memandang. And lebih istimewa kerana dalam keluarga dia anak ke 7...dia puteri terpilih untuk menyerikan keluarga besar kami...dia permata dan penyejuk jiwa ..senyum manisnya tak pernah hilang dari ingatan...satu je..bila dia pakai baju merah dia tido..hahahha...Alisha cukup pantang barang yang dipegang diambil. Dah dipulangkan pun dia akan terus membebel...


Kengkawan semua, meh lah join this contest. Sila klik kat link di bawah ni ye untuk menyertainya

MomBloggersPlanet

Thank you to both sponsors for the great prizes!

PhotoBookMalaysiaAliceWonders

Fancy cokelat

Keje pejabat nih, masa tak banyak diperuntukkan untuk buat cokelat...tapi cuba jugak sebab ada sahabat anak aku yang minta fancy cokelat...tak nak filing, tak nak perisa...cokelat semata..but must look fancy...dia nak compound cokelat...sebab nak kasi kawan2 dia makan..kalau real cokelat dia nak makan sorang...bagus betul budak ni..tapi compound cokelat pun dah sedap..apalagi real cokelat..
So buat la nih semua...seronok mengaler2 nih..macam budak2 ..anak2 turut memeriahkan suasana dgn membantu saya mengaler...

And...tadaaaaaa.....










Yang ni saya jual dengan harga promosi RM15 seberat 326gram sebanyak 33 biji yang berlainan saiz...ada botol susu,ada baby...kecikkkk jek..ada burger...look so yummy..ada fried potato, flower....pendik kata memang dimeriahkan dgn pelbagai saiz,warna dan kategori...

Kalau anda berminat sila hubungi saya....

Detik yang menghampiri

Lagi 3 minggu aku akan bergelar



PENGANGGUR!!!!!!!!!!!!!



Bukan sesaja nak berenti keje...



1. tak larat nak mengadap paperwork akaun

2. tak larat nak ada bos lagi sbb aku nak jadi boss lak!!

3. anak2..mereka adalah keutamaan...

4. bisnes..ada beberapa dalam kepala

a.cokelat..mmg fav aku nih..dah mula jalan dah cket2

b.chez cake...fav dari dulu..nak cuba mulakan balik...

c.menulis...cita2 aku yg terkandas...



So...yang paling utama adalah nak rehat dulu lepas resign....



Sambil tu buat coklat..Alisha....aku cuba jaga dia dulu...kalau mampu... sbb baby ni bukan leh tengok mak dia ..nakbergantung jek..



pastu..malam aku akan berdondang sayang lak dgn pc...nak wat pe?cuba sambung balik hasil tulisan aku kee...hehhehe...macam bagus je..tapi mmg bagus apaaaaaaaaaaaaaaaa...



Untuk kalian...doakan aku berjaya ye...





YIHAAAAAAAAA!!!!!!!!!


Sunday, May 31, 2009

Alisha nak cuba berdiri


Umur Alisha dah 7 bulan. Sekarang dia sebuk nak berdiri dengan dua kakinya sendiri. Sombong,owang pegang tak kasi! Tapi sayang aku tak sempat nak snap gambar dia berdiri. Nanti la bila ada peluang aku snap.


Dia kalau merangkak,mesti goyang2 badan dia dulu...macam tengah menari lak..kelakar tengok. Kalau kakak dia, Aida, dok usher dia..mak aii!menjerit sakan!tergelak bukan main kuat.


Tapi bila time nak dokong, ma dia jugak dia carik. Abah dia pun dia tak nak...ish..ma dia tengah tak sihat ni, amik je la...dok meleseh je dia kat badan aku yang dok tergolek je...tak pe janji ada dekat ma,kan Alisha kan..



oiitt...skodeng ek!


hehhe..muka toye betul budak nih!