Thursday, January 28, 2010

Gaya tidur

Jangan salah faham...ini gaya tidur anak2 aku yang 2 orang tu...Iman kalau nak tidur pasti dia main2 dgn jari comel Alisha dulu. siap berpegangan tangan lagi. Yang si Alisha tak kisah lak....bukan masa nak tidur je...bila2 masa kalau dia rasa nak main jari adik dia...dia akan capai..kadang2 aku yang seriau takut terkehel lak lengan budak kecik tu ditarik2 dek abang dia.


Gaya gaduh ni.....tapi dorang memang rapat. Harap2 sampai dewasa mereka jadi adik beradik yang muafakat.

Wednesday, January 27, 2010

Cerita aku

Maria sayang dia.

Maria sayang dia....

Maria sayang dia!

Pangg!

Perit pipi ini menahan tamparan marah mama yang tidak pernah surut tiap kali aku suarakan kehendakku ini. Selama ini aku tidak pernah membantah kehendak mama. Tiap apa jua yang tidak disukai aku turuti walau itu bukan kehendakku. Meski itu membunuh jiwa ini.

Tak apa demi mama aku telan semua kepahitan.

Demi mama aku menangis dalam hati.

Tapi kali ini terlalu sukar untuk aku tolak. Kehendak naluri yang tidak mampu aku bohongi.

Dia..dia terlalu istimewa di hati. Tidak pernah sekali dia menyakiti apatah lagi membiarkan aku menangis sendiri.


.

Thursday, January 21, 2010

Alisha berbagai gaya

Alisha marah!hahahaha....dia marah kalau Adila dokong dia...menjerit2 dia sebut nama Adila...kesian aku tengok...

Aku selalu ketawa melihat dia marah. Tapi tak terluah la sebab nanti dia kecik ati lak kan...

Aku suka tengok rambut alisha yang kerinting halus itu. Selalu aku suka pusing2 rambut dia buat siput... kadang2 dia marah sebab aku selalu kacau rambut dia tu..

Seronok dia akan selalu tanya

Apa tu

Naper tu

Sapa tu

Naperrrrrr....


kegemaran dia makan roti Gardenia..plain.ma dia kan..orang tengah makan roti punnn nak snap gak la..peduli apa..ngap gak la..



ni masa Alisha tengah geram tengok botol air. Di togok je(tau tak apa togok tu?). Pastu yang lagi 2 tu dia nak tunjuk eks masuk sendiri dlm walker dia yang dah patut kena masuk dalam store sebab dia dah ada kaki.  Kadang2 dia panjat je walker tu dan duduk diam2 macam baby pulak.


Saturday, January 16, 2010

Suami jenis apakah dia??

Kadang2 rasa keciwa dan geram dengan sikap orang lelaki yang bergelar suami. Allah dah kirimkan seorang hawa untuk bersama mereka, menjaga hati mereka, memasak, melahirkan anak untuk mereka, bekerja untuk membantu mereka dan berbagai2 lagi.

Namun masih ada suami yang tidak cukup dengan apa yang isteri dah beri. Itulah sikap manusia kan. Kalau perempuan perangai macam tu pasti seantero dunia mengutuk. Kalau lelaki pasang bukan sekeliling pinggang tapi sekeliling kuku kaki yang dah bau busuk tu, dunia masih tersenyum!

Aku bukan menghina lelaki..bukan semua macam ni...ada beberapa bilangan mereka yang merendahkan terus tahap lelaki yang bergelar khalifah ini.

Cerita teman...

Suami dia cari perempuan di kalangan isteri orang malah sekarang janda dan anak dara pula. Bukan setakat bercinta tapi hingga ke bilik tidur! Anak dah sampai tak kenal nama..maklumlah dah berkemut anak. Bukan dia nak bantu isteri meringankan beban di rumah melayan kerenah anak tapi dia cari keseronokan di luar semata2 mengelak dari bertanggungjawab atas zuriat yang telah tercipta. Isteri berhempas pulas bekerja cari duit, jaga ruamatangga, anak2, malah maruah suami di jaga rapi. Layan suami seperti raja,apa lagi yang dia nak pun tak tau. Agaknya dia suka benda2 yang haram!

Aku tanya teman itu, apa perasaan dia. Dia kata apa tau..

Hati aku dah mati untuk dia. Dia tak balik langsung pun aku tak kisah. Anak2 lagi suka. Aku kerja balik kerja terus urus rumah. Nak jumpa jiran pun segan sebab mereka dah tau walau bukan dari mulut aku. Biarlah...aku tak buat dosa tu. Dah penat aku nasihat..tapi tak juga berubah. Umur dah senja tapi hati dia masih perasan muda..

Kau tak adukan pada jabatan agama?

Aku dah pernah adu dan kami hampir bercerai..tapi jodoh kami masih panjang. Aku mengandung..

Aku pandang dia.

Bagi aku ini semua sudah tertulis. Kau jaga macamana sekalipun hingga doktor jamin takkan mengandung, tapi dah kunfayakun..bukankah DIA Maha Tahu akan semua...aku redha..baby ni satu rahmat bagi aku. walau letih dah penat..aku redha...


Aku pandang dia juga.

Dia masih ada kebaikan. Dia tak pernah pukul kami anak beranak.  Belanja dapur dan anak2 sekolah dia tak abai. Cuma dia kaki perempuan. Aku dah usaha yang terdaya, selebihnya aku serah pada DIA. Aku bertawakal. Kalau jodoh kami tak panjang aku terima seadanya.

Aku masih pandang dia juga. Wanita penyabar dan tabah itu bukan tak berusaha. Dia dah cuba berbagai cara hingga bersemuka dengan perempuan2 tersebut. Jumpa juga ketua jabatan.

Endingna tetap sama. Kalau aku ditempat dia belum tentu aku sekuat dia.

Mengapa lelaki boleh menyiksa diri sendiri sebegitu. Tidakkah mereka terfikir azab api neraka akan segala onar yang mereka lakukan apatah lagi dosa dengan suami pasangan permukahan mereka. Tak terfikirkah mereka jika isteri mendapat penyakit atas segala onar mereka.

Na'uzubillah...jagalah diri kita dan keluarga serta berdoalah agar jiwa kita kukuh dalam iman dan takwa.

Monday, January 11, 2010

Alisha demam..Iman...

Minggu lepas cuaca amat panas. Nak keluar ambil anak dari sekolah pun terasa sangat bahangnya. Alisha selama ni kalau duduk dalam kereta tak ada masalah. Ni asik merngek dan marah2. Mungkin dia tak tahan panas dan rasa tak selesa.

Tak lama lepas tu dia mula demam batuk dan selsema. Awalnya tak la teruk sangat. Aku bagi dia ubat demam dan ubat batuk tapi tak jalan. Ni yang aku lemas ni. Asik merengek..tak leh letak...abis nanti nak amik anak dari skul entah macamana. Ain baru je masuk keje. Tak leh nak memonteng lak. Takkan nak suruh anak2 aku lak tak sekolah.

Aku tawakal..aku tahu ini semua ujian dariNYA untuk menguji ketabahan aku menghadapi situasi yang agak gawat sementelah aku sendiri mula rasa tak sedap badan. Sesekali Allah uji kita degan kesakitan dan kepayahan....sabar itu lah yang bantu kita...sabar ye dara....

Alhamdulillah..Alisha dah mula sihat..sekarang Iman lak demam tapi Iman ni agak kuat sampai dia demam pun dia tak tau. Tapi bila suruh makan ubat dia laju je....

Aku dah mula sihat sikit. Agaknya letih layan budak demam kot...alhamdulillah....

pstt..ada oraang oder coklat dan kek...kena cepat buat ni...

Tuesday, January 5, 2010

Promosi Ladies Accessories!

Ingat tak aku pernah cerita pasal Kak Flora? Dia aku anggap seperti saudara itu sebenarnya membuka kedai aceesories wanita seperti gelang,rantai,cincin,brooch dan purse.

Kak Flora ni pulak mempunyai budi bahasa dan tutur kata yang lembut. Malah dia mempunyai hubungan baik dengna setiap pelanggannya seperti dengan aku. Kami bersahabat baik hingga semua anak2 aku dia kenal dan dianggap seperti anak sendiri. Sebab itu kak Flora mempunayi pelanggan tetap yang rapat dan baik dengannya.

Sebenarnya aku nak promosikan produknya. Sekarang dia sedang mempromosikan barangannya dan memberi potongan harga istimewa dari 40-50% diskaun!!Jom jamu mata!


Cantik kan!!



Bergemerlapan!!!




Waaaaaa.....

Lokasinya..di sini...




Tempat : Carrefoure Ampang

Nak cari, senang je. Booth dia terletak di bahagian tengah berhampiran cashier. Nampak tak dalam gambar tu dekat dengan cashier dan ia juga berhadapan dengan kedai alat senaman. Anda pasti suka dengan aksesorinya dan kelebihan kak Flora adalah:

1. menerima tempahan semua jenis aksesori dan design
2. menerima semua baikpulih aksesori

Yang lebih penting sekarang ada promosi jualan murah hingga 50%!!!! Anda juga boleh hubungi beliau sendiri melalui talian:

019-2338387


Selamat menjamu mata dan berjumpa di Carrefoure!!!!