Thursday, April 29, 2010

aku merinduinya 4


Tinggal aku dan si kecil Nadia. Sunyi  mengisi hati yang kian lara. Waktu-waktu sebegini ingin sekali aku bersama keluarga bersantai dan bercuti kemana-mana saja. Walau Nadia mampu mengubat sunyi ku tapi aku tidak mampu berbohong terasa ada ruang yang kosong yang tidak terisi.
‘Amir, Amir dari mana. Tak dengar pun Amir bagi salam.’
Amir memandangku termalu. Segera dia memberi salam dan aku jawab dengan hati yang senang.
‘Ibu masak apa ye. Amir laparla. Keluar tadi tak sempat nak sarapan,’manja Amir masih seperti dulu.
‘Ibu masak mi sup kesukaan Amir. Mari makan dengan ibu ye. Ibu pun dah lapar.’
Amir tersenyum senang.
‘Amir tolong susun pinggan ye. Ibu nak ajak Nadia sekali.’
Wajah Amir terus bertukar. Keruh.
‘Tak apalah ibu. Ibu makanlah dengan Nadia. Amir naik dulu,’ujarnya seraya bangun.
Segera ku tahan Amir dan dengan isyarat mengarahkan dia duduk. Amir akur.
‘Kenapa Amir?Kenapa Amir membenci Nadia. Amir tak kesian ke dengan Nadia. Dia rindukan abang dia. Ibu tak tau macamana nak pujuk Nadia lagi yang sedih sebab Amir tak seperti seorang abang pada dia,’ luahku. Hatiku rasa keciwa dengan buahati ku seorang ini.
Amir diam tanpa jawapan.aku duduk di sebelah Amir dan menggenggam jemarinya.
‘Amir, Amir cemburu dengan adik ke?’
Amir tunduk. Aku tersenyum. Tekaan ku benar belaka.
‘Ibu rindu dengan Amir yang dulu. Ibusayang Amir macam dulu walau Amir dah besar panjang macam ni. Amir buahati ibu yang tiada dua. Nadia lagilah sayang dengan Amir cuma dia tidak tau macamana nak beritau Amir. Ibu tidak ada sesiapa lagi selain anak-anak ibu. Kalau Amir buat ibu macam ni dan terus tidak mahu menerima Nadia…ibu faham.’ujarku seraya melepas genggaman tanganku perlahan-lahan.
Amir memandang wajahku. Keliru. Ah,anak bujang ini lambat sungguh berfikir.
‘Sayang ibu pada Nadia juga tiada dua sebab dia satu-satunya anak perempuan ibu. Dia juga yang sekarang ini menghiburkan ibu sebab Amir sendiri makin jauh dari ibu apa lagi ayah…Ibu rasa….ibu rasa macam ibu dan Nadia tidak diperlukan saja di rumah ini. Ibu rasa..Amir dan ayah hanya perlukan ibu bila kamu berdua dalam kesusahan.’
Ada titis di pipi yang segera ku seka.

No comments:

Post a Comment