Thursday, April 8, 2010

Aku merinduinya 3


Amir sekali lagi terlibat dengan acara bolasepaknya hingga dia tiada masa langsung di rumah. Untuk bertanya kabar ibunya sendiri dia sudah lalai. Suamiku seperti biasa, akan keluar awal tiap pagi, termasuk hujung minggu. Kemana dia pergi tidak pula aku tau kerana dia tidak pernah menjawab bila aku bertanya. Akhirnya aku diamkan saja.

Nadia. Nadia saja satu-satunya yang menghiburkan. Beza usia Amir dan Nadia yang begitu jauh menyebabkan si kecil rasa diketepikan apatah lagi Amir memang sentiasa tiada di rumah. Sesekali bila dia balik, Nadia seperti rindu dan ingin bersama abangnya namun Amir tidak pernah melayan adik kecilnya malah kerap aku perasan bila Nadia menghampiri Amir akan segera angkat kaki. Simpati yang melimpah ruah untuk Nadia tidak pernah surut.

Siska. Hairan juga kerana sejak akhir-akhir ini dia suka melaram. Aku sering terlihat dia mengenakan gincu bibir dan bedak muka. Pakaiannya dijaga rapi. Rambutnya di dandan kemas. Untuk siapa dia sebegitu cantik. Oh ya..baru aku teringat. Siska sering termalu-malu bila berhadapan dengan suami aku. Sesekali aku nampak matanya mencuri memandang lelaki ku dan tidak kurang suamiku seperti mengambil peluang yang sama. Benarkah mereka…tidak mungkin!! Hati ini menolak prasangka yang mula menyusur perlahan dalam diri.

Siska bercuti tiap hujung minggu dan aku yang menghantar dia ke rumah makciknya. Sejurus aku pulang, segera aku menyiapkan sarapan untuk keluarga kecilku namun hampa. Suamiku sudah keluar tanpa memberitahu dan Amir juga tidak kelihatan. Anak dan bapa sama saja, suka keluar tanpa notis.

No comments:

Post a Comment