Thursday, April 29, 2010

Terlukakah hati ini


Kenapa hati berdebar
rasa kuatir datang dan pergi
aneh..mengapa rindu mengetuk hati
puas ku usir menjauhi
ku pejam mata hati
masih jua ia bertandang
hadir tanpa diundang.
 
 
Pisah diri dari mengingati
memandang jua tidak kuingini
kalau hati ini ingin disakiti
biarlah..
biar sepuas hati
aku rela
tapi..
aneh...rindu ini masih mengetuk
perlahan..
dan..suara itu bergema
bergetar...
membisik..
yakin dan pasti..
 
adakah...itu namanya
benci tapi rindu
menjauh tapi sayang
mengundur tapi kasih
lara dihati hanya DIA yang tau...
 
i.n.a

aku merinduinya 4


Tinggal aku dan si kecil Nadia. Sunyi  mengisi hati yang kian lara. Waktu-waktu sebegini ingin sekali aku bersama keluarga bersantai dan bercuti kemana-mana saja. Walau Nadia mampu mengubat sunyi ku tapi aku tidak mampu berbohong terasa ada ruang yang kosong yang tidak terisi.
‘Amir, Amir dari mana. Tak dengar pun Amir bagi salam.’
Amir memandangku termalu. Segera dia memberi salam dan aku jawab dengan hati yang senang.
‘Ibu masak apa ye. Amir laparla. Keluar tadi tak sempat nak sarapan,’manja Amir masih seperti dulu.
‘Ibu masak mi sup kesukaan Amir. Mari makan dengan ibu ye. Ibu pun dah lapar.’
Amir tersenyum senang.
‘Amir tolong susun pinggan ye. Ibu nak ajak Nadia sekali.’
Wajah Amir terus bertukar. Keruh.
‘Tak apalah ibu. Ibu makanlah dengan Nadia. Amir naik dulu,’ujarnya seraya bangun.
Segera ku tahan Amir dan dengan isyarat mengarahkan dia duduk. Amir akur.
‘Kenapa Amir?Kenapa Amir membenci Nadia. Amir tak kesian ke dengan Nadia. Dia rindukan abang dia. Ibu tak tau macamana nak pujuk Nadia lagi yang sedih sebab Amir tak seperti seorang abang pada dia,’ luahku. Hatiku rasa keciwa dengan buahati ku seorang ini.
Amir diam tanpa jawapan.aku duduk di sebelah Amir dan menggenggam jemarinya.
‘Amir, Amir cemburu dengan adik ke?’
Amir tunduk. Aku tersenyum. Tekaan ku benar belaka.
‘Ibu rindu dengan Amir yang dulu. Ibusayang Amir macam dulu walau Amir dah besar panjang macam ni. Amir buahati ibu yang tiada dua. Nadia lagilah sayang dengan Amir cuma dia tidak tau macamana nak beritau Amir. Ibu tidak ada sesiapa lagi selain anak-anak ibu. Kalau Amir buat ibu macam ni dan terus tidak mahu menerima Nadia…ibu faham.’ujarku seraya melepas genggaman tanganku perlahan-lahan.
Amir memandang wajahku. Keliru. Ah,anak bujang ini lambat sungguh berfikir.
‘Sayang ibu pada Nadia juga tiada dua sebab dia satu-satunya anak perempuan ibu. Dia juga yang sekarang ini menghiburkan ibu sebab Amir sendiri makin jauh dari ibu apa lagi ayah…Ibu rasa….ibu rasa macam ibu dan Nadia tidak diperlukan saja di rumah ini. Ibu rasa..Amir dan ayah hanya perlukan ibu bila kamu berdua dalam kesusahan.’
Ada titis di pipi yang segera ku seka.

Yang tak wajar kelihatan wajar di mata kita

Banyak kali jumpa situasi begini. Menyakitkan mata! Tapi orang keliling termasuk aku dah tebal lidah nak menegur perkara ini. Bila ada saja bayi yang dibuang semua orang bersuara. Semua orang marah. Semua orang mengutuk sesiapa saja yang bertanggungjawab.

Lalu bagaimana kita ini ye. Dengan senang hati melihat saja remaja kita berdua-duaan,berpegang tangan, berpeluk-pelukan tanpa ada rasa malu dan silu. Kita yang dewasa ini hanya membiarkan saja.

Anak2 kita kalau buat macam tu kita marah tak? Pasti marah kan ( aku memang marah... malu sih..)
anak2 jiran kita bagaimana pulak? Kalau kita baik dengan jiran leh la jugak cakap slow slow pasal anak dia..itu punnnnnn kalau jiran kita nak terima..silap2 'oi,kau jaga tepi kain ko je!!!' rosak kejiranan sekarang.

Kalau dapt jiran yang kurengggg..lagi la...kita mampu ke nak doa saja sedangkan maksiat ada depan mata kita. Peliknya mak bapak biarkan je..bangga lagi ada..na'uzubillah..

Apapun aku berharap sangat pihak berwajib adakan kerjasama dengan jabatan agama  atau NGO atau dengan apa saja pertubuhan agar perkara yang kita tidak suka ni dapat dikurangkan dan akhirnya dapat dibenteras.

Wednesday, April 21, 2010

BERSIHKAN TELUR SEBELUM DIGUNAKAN

Perkara ni dah lama jadi isu iaitu sejak aku dara sunti lagi.

BASUH TELUR SEBELUM DI MASAK. JIKA MASIH ADA NAJIS MELEKAT,BERSIHKAN IA SEHINGGA HILANG.

SAtu waktu dulu, aku pernah singgah makan di rumah seorang teman yang mana abang dia kerja di kantin sebuah universiti terkenal di kuala Lumpur (satu waktu dulu). Abang dia rajin bawa pulang makanan lebihan yang  tak dimakan dek student termasuk sebesen penuh telur rebus. Aku bantu dia untuk membersihkannya. Mau termuntah aku...telur separuh masak yang bercampur aduk dengan yang sudah pecah bersama kulit telur yang masih KELIHATAN TAHI AYAMNYA! Kawan aku selamba saja mengambil yang masih elok samada yang sudah pecah atau belum. Jadi kalau yang dah pecah ia pasti dah bercampur gaulkan. Makan tengahari tu aku tak sentuh langsung lauk telur!

Friday, April 9, 2010

Pesanan

"Kalau ada anak lelaki, biasakan mereka juga tahu menguruskan diri sendiri,bersihkan bilik dan bantu apa yang sewajarnya dibantu. Jangan hanya mengharap anak perempuan saja membantu di dapur dan kena rajin belajar sedangkan anak lelaki dibiar main bolasepak dan main games!
Orang tua dulu tak biasakan anak2 lelaki membantu ibu di dapur seperti cuci pinggan, masak yang simple ke... dan bila mereka dah jadi suami orang dan ada anak perangai tak membantu isteri berterusan dan asik mengarah itu ini. Lebih menyedihkan, isteri yang bekerja kelam kabut nak urus anak,suami,rumah,kerja sekaligus! Betapa kuatnya wanita menanggung setiap keletihan dan kepayahan..

Memang susah nak jumpa lelaki yang turut bantu isteri seperti mana isteri membantu suami MERINGANKAN BEBAN DENGAN BEKERJA. Mungkin tak ramai lelaki nak menerima apa yang isteri dah buat untuk dirinya. baginya itu dah seperti tanggungjawab isteri bekerja dan cari duit untuk kesenangan dan kemudahan.

Agaknya kalau lelaki diberi peluang mengandung dan merasai kesakitan bersalin dan berpantang, barulah mereka menghargai ibu dan isteri..

DENGAR TAK???

Aku terpinga2...ouch...sakitla...
alahai..aku tertidur masa tengok drama...cit!


Tapi apsal lak tetiba mimpi macam tu ek...laki aku...eh...dia rajin tolong... anak bujang aku...rajin gak..buang sampah memang tugas dia.antar adik2 gi sekolah tiap pagi dah jadi rutin untuk dia..


Ah..nak mandi lah..

Ledakan api marah dan siraman salji sabar

''BARANGSIAPA MENAHAN KEMARAHANNYA SEDANGKAN DIA BOLEH SAJA MELEPASKANNYA, MAKA KELAK PADA HARI KIAMAT, ALLAH AKAN MEMANGGILNYA DI DEPAN SEKELIAN MAKLUK. KEMUDIAN, DISURUH MEMLIH BIDADARI SEKEHENDAKNYA."

HR. ABU DAWUD - AT TIRMIDZI

Bagus sungguh untuk insan yang amat pemarah ini. Meledak api lava marah. Membuak2. Hati bagai dicarik,dipekik,dibisik sebisik bisiknya dengan segala perkara yang jahat2 dan menyakitkan.

Agggghhhh!!Geram dan bengang yang amat sangat. Kalau ada pisau mahu saja ditakik2 computer ni!!

Tiba2 alunan Istigfar bergema perlahan dari satu sudut.Kemudian diikuti dengan sudut lain. Perlahan dan lembut lantas kian bersemangat dan nyata.

Bisikan2 itu masih terus bergema. Melontar dan seperti ingin menyahkan Istigfar.

Kau sabar pun nak buat apa!!!!Dorang masih jugak tak dengar cakap kau! Marah saja dorang dengan kata2 bisa kau tu!!Lepaskan saja!!Peduli dengan apa dorang nak cakap!!Yang penting kau dah lepas rasa geram engkau sebab engkau benar!! Ye! Engkau yang memang betul dan dorang tu saja je nak buat kau marah.

Istigfar tetap beralun.

Aggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Astagfirullah hal'adzim...
Lahaulawa kuwataila billahil'aliyil'adzim...

Sejuk.....
Tenang...


Yang tinggal puing2 asap kotor
yang hadir rajuk yang pinta dipujuk...

Thursday, April 8, 2010

Aku merinduinya 3


Amir sekali lagi terlibat dengan acara bolasepaknya hingga dia tiada masa langsung di rumah. Untuk bertanya kabar ibunya sendiri dia sudah lalai. Suamiku seperti biasa, akan keluar awal tiap pagi, termasuk hujung minggu. Kemana dia pergi tidak pula aku tau kerana dia tidak pernah menjawab bila aku bertanya. Akhirnya aku diamkan saja.

Nadia. Nadia saja satu-satunya yang menghiburkan. Beza usia Amir dan Nadia yang begitu jauh menyebabkan si kecil rasa diketepikan apatah lagi Amir memang sentiasa tiada di rumah. Sesekali bila dia balik, Nadia seperti rindu dan ingin bersama abangnya namun Amir tidak pernah melayan adik kecilnya malah kerap aku perasan bila Nadia menghampiri Amir akan segera angkat kaki. Simpati yang melimpah ruah untuk Nadia tidak pernah surut.

Siska. Hairan juga kerana sejak akhir-akhir ini dia suka melaram. Aku sering terlihat dia mengenakan gincu bibir dan bedak muka. Pakaiannya dijaga rapi. Rambutnya di dandan kemas. Untuk siapa dia sebegitu cantik. Oh ya..baru aku teringat. Siska sering termalu-malu bila berhadapan dengan suami aku. Sesekali aku nampak matanya mencuri memandang lelaki ku dan tidak kurang suamiku seperti mengambil peluang yang sama. Benarkah mereka…tidak mungkin!! Hati ini menolak prasangka yang mula menyusur perlahan dalam diri.

Siska bercuti tiap hujung minggu dan aku yang menghantar dia ke rumah makciknya. Sejurus aku pulang, segera aku menyiapkan sarapan untuk keluarga kecilku namun hampa. Suamiku sudah keluar tanpa memberitahu dan Amir juga tidak kelihatan. Anak dan bapa sama saja, suka keluar tanpa notis.