Sunday, May 31, 2009

Alisha nak cuba berdiri


Umur Alisha dah 7 bulan. Sekarang dia sebuk nak berdiri dengan dua kakinya sendiri. Sombong,owang pegang tak kasi! Tapi sayang aku tak sempat nak snap gambar dia berdiri. Nanti la bila ada peluang aku snap.


Dia kalau merangkak,mesti goyang2 badan dia dulu...macam tengah menari lak..kelakar tengok. Kalau kakak dia, Aida, dok usher dia..mak aii!menjerit sakan!tergelak bukan main kuat.


Tapi bila time nak dokong, ma dia jugak dia carik. Abah dia pun dia tak nak...ish..ma dia tengah tak sihat ni, amik je la...dok meleseh je dia kat badan aku yang dok tergolek je...tak pe janji ada dekat ma,kan Alisha kan..



oiitt...skodeng ek!


hehhe..muka toye betul budak nih!

Monday, May 25, 2009

Black Forest runtuh!!!



Alamak!!! Anak bujang mama niiii....


Abis black forest ma dah runtuh....

Menyeringai je bujang aku sorang nih...pastu ada ke dia kata mama yang buat...

Ibu dia punya la susah payah wat kek ni...tengok kat blog dia punya la cantik...

Kisahnya, aku,mr darling,Iman dan Alisha pergi Karak untuk jumpa kakak aku, Ha atau ibu panggilan anak2 aku untuk dia. Kami exchange barang coklat yang dipesan dan aku kirim mould yang dibeli di Temerloh.


Lepas borak lebih kurang, kami bertolak pulang ke KL dengan berbekalkan black forest cake yang look so yummy. Aku letak sebelah Iman di belakang. Tak sangka pulak dia ambil kesempatan menurunkan tapak tangan atas kek tuh. Hump..apa nak buat... Tengok la kat bawah ni..


Ini kek asal,aku curik dari blog kakak aku..

Yang bawah ni, hasil kerja seni Iman..hehehe..




tengok je la dia punya tergelak besar. Alisha buat derk je..paham benar dengan perangai abang dia nih..sabooo je la kan Alisha...


Tuesday, May 12, 2009

Pertemuan yang menguntumkan senyum

Dah lama rasanya tak menulis. Sibuk apa yek?Ooo..Ujung minggu lepas ada aktiviti wat coklat dan jumpa Liza Zahira. Pastu ada lagi perjumpaan dengan member coklat..


Aku wat coklat dan cc moist coc untuk hari guru dan dibawa ke asrama.. Tengahari tu ada date dengan Liza Zahira di Bangunan SACC Shah Alam. Niat nak kasi teman2 yang hadir rasa coklat buatan tangan disamping gift pada Liza Zahira sebab sudi jemput saya. Mr Darling suruh g sendiri..alahai..sy buta jalan nih...last2 dia hantar juga sebab kesian tengok saya nak buat itu ini...Alisha banyak kali dah buat pengumuman nak mama dia tau. Sabar je la...


Bawa la askar 4 orang. Kecoh restoran Asiana (betul ke) dengan riuh anak2 aku terutama Iman. Bertemu Mersik, abang long, Fazila dan pemenang2 peraduan novel Liza Zahira. Salah sorangnya Akimsensei. Seronok tapi aku terlewat sampai ..sorry ye Liza.


Lepas tu, ke Matic jumpa Fatim nak bagi buku. Amboi! Dia masuk teater la. Fatim jemput aku menghadiri teater yg akan dipentaskan Julai ini. Seronok gak...aku mmg tak pernah tengok teater walau minat. Insyallah..sapa nak join???


Pastu balik dulu sbb nak antar Ain balik asrama. Kesian anak aku demam... Iman terjerit2 nak ikut. Ish ..tak payah la nanti macam2 dia nak, usik abah dia. Aku jumpa pulak Ku yah kat Cheras. Borak2 sekejap kat tengah jalan dengan anak dia yang chubby. Geram aku tengok.

Last sekali pukul 6.30 pm jumpa Zu ra kat Kg Pandan. Berbual senja2 tu kat tengah jalan mak orang nih... seronok jumpa Zu ra. Siap nak kirim beli mould kalau dia pergi Wilton.


Patut aku jumpa Norasiah dan Nurul gak tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi buku2
VARIASI DEKORASI COKLAT aku pegang dulu sementara mereka2 yg lain bagi feedback bila boleh ambil.


Malam..baruuuuuuuuuulah aku jumpa Alisha balik. Shian dia..diabaikan..sorry la sayang, lain kali ma tinggal2kan lagi..hehehe..aku tau Alisha faham dengan keadaan mama dia sekarang ni lebih2 lagi aku dah nak berenti keje.Mr darling ngan Nizam pakat kenakan aku yang balik sampai maghrib. Mana pernah mama dia balik lewat camtu..hehe...


Baru jual buku dah lambat balik tu. Lum lagi bukak kedai buku tu...


Antara kata2 manis dari mr darling dan anak aku...Aku? senyum je la...

Monday, May 11, 2009

TAG??

Ha'!!Azrin buat aku menggelabah!Orang tak pernah kena tag ni rasa macam tergigit cili..kehkehkeh..ada ka macam tu..

Ok..kita jawab tag Azrin ...

...10 facts about me...

1. suka coklat (mcm Fatin..) sebab dari kecik bapak selalu bawa balik kitkat dan smarties
2.suka menulis tapi tak pernah siap
3.suka membaca sampai mr darling menjeling..novel alaf21 penuh kat peti rahsia..kehkehkeh
4.cepat memaafkan terutama anak2
5.suka tersenyum..masih ingat abang senior IPM bagi nickname 'senyum'
6.mudah mesra ..lately la..
7.manja (macam Azrin) ...terutama to mr darling..
8.cepat tersentuh hati lebih2 lagi melibatkan anak2 kecil
9. penyayang..terutama pada mr darling, anak2 aku, ana nasution,misliah,kakak aku dan yg sewaktu dgnnya..
10.suka belajar perkara baru yang boleh menarik minat aku macam melukis ke (tunggu rose harissa jd sifu)

aku tak tau nak tag sapa..

so..ini adalah orang yang terpilih aku tag...

1.Nor Rikha - kakak aku
2.Mersik - alaf21fc
3.norzailina -novelis dan pakar masakan yg aku kagumi
4.rose harissa - yang rajin berbual dgn aku..melalui alam maya

cukup la...selamat menjawab..

Sunday, May 10, 2009

Hidup baru kan bermula nanti...

Aku dah tender resignation letter!!!!!

How is my feeling?

Relief...the best words to say...

Why?

Why I'm taking kinda decision? With today world economic crisis???


Hemp...most of all..my kids...they are priority above all. I missed a lot of moments with them. I wanna spend time with my beloved one even still working..but working from home. To do anything that could help my dear mr darling on our world economy.





Anybody needs accounts service? I wish I could do the job from home with Alisha, Iman front of my eyes. At the same time, will send them to Kak Ha on urgency matters. Ahamdulillah, Allah temukan aku dengan kak Ha yang mulia hati dan sayang anak2 aku...She herself offered to take care of them for any reason...doing chocalate, accounts (perhaps..if there's customers need my super service..hehe)...etc etc...

Aku serah semua pada Allah. Bukan mudah nak buat keputusan ni. Mungkin sesetengah orang akan mengatakan aku bodoh, tak fikir panjang, tolak rezeki yang dah sedia ada bla bla bla.

Bagi aku, segala yang aku lakukan aku sandarkan padaNYA dan memohon supaya keputusan ini memberi lebih erti yang besar buat kami sekeluarga. Bukan itu saja, memberi rezeki yang melimpah ruah atas kerelaan aku untuk berbakti pada keluarga. Moga ahli keluarga aku yang lain menikmati juga rezeki yang baik dari segala yang mereka lakukan.

Buat masa sekarang, aku masih lagi dalam proses memesrakan diri dengan coklat disamping beri jiran2 dan kawan anak2 di sekolah merasa. Belum begitu confident untuk jual sebab aku nak beri yang terbaik pada pembeli.




Sooo..u out there..wait for me! Am going to share the deliciousness, lusciousness, melt in mouth, unbelievable...



HAND MADE BY ME!!!

yii haaa!!


Thursday, May 7, 2009

Musim batuk selsema?

Alisha batuk teruk. Kesian sangat tengok dia. Tiap kali dia batuk aku urut belakang dia dan doa mintak ALLAH pulihkan dia dari batuknya. Aku sanggup ambil cuti berhari2 untuk jaga Alisha sebab bagi aku sentuhan ibu teramat istimewa bagi anak2 lebih2 lagi ALisHa masih menyusu badan. Dan tiap kali menyusukan dia, aku akan memohon biar susu yang dikurniakanNYA ini menjadi penawar pada sakit ALisha.


Aku mandikan dia dengan ais! Letak air dalam besin, kemudian masukan sedikit garam dan airbatu barang seketul dua. Pastu ambil seri wajah dengan selawat aku berdoa agar Alisha pulih dari batuk selsemanya. Amboi!!!!Alisha tak nak kuar dari besin!!! Punya menangis macam kena cubit! OK la...mama letak balik...seronok dia tendang2 air..abis dapur basah..tak pe...baby lagi, dah besar wat cam tu memang laaa...


Iman tetiba demam pagi tadi. Nasib baik abah dia cuti..aku kat office ni pun dah melayang je..tak cukup tidur dan tekanan darah rendah. Alisha diberi makan produk CVT-sinar, masukkan dalam air dan minum. Suka betul dia!!Alhamdulillah malam tadi dah nampak kesannya. Dia dah boleh bergurau senda dengan ceria sekali... Iman pun sekarang ambil Basic. Hajah Rahimah banyak membantu aku dengan memberi nasihat dan tips2 berguna. Kakak aku pun selalu gak jadi bahan rujukan aku..


Ain periksa pertengahan tahun Isnin ni. Dia tak pernah lupa telefon aku tiap ujiannya minta aku doakan dan minta ampun maaf dari aku dan abahnya. Dia sedang dalam persediaan SPMnya ujung tahun ni...aku harap dia kuat dan tenang selalu...


Nizam...demam tonsil.dah 4 hari tak masuk kolej. Semalam aku temankan dia ke klinik dan dia beli 2 bekas aiskerim, satu untuk dia dan satu untuk adik2nya. Biar lega sikit tekaknya. doktor dah pesan suruh buang tonsil tu...
Adilah, Ati, Aida...alhamdulillah mereka banyak membantu aku uruskan sedikit sebanyak hal rumah masa aku tengah sibuk layan anak2 yg tengah tak sihat ni. Terima kasih banyak kat anak2 aku semua...


Inilah ujian yang harus aku terima dengan tabah dan sabar...ada hikmah disebalik setiap kejadian. Dan aku mohon anak2 aku juga dikurniakan kesabaran dan iman yang kuat menghadapi tiap ujian.

senyum Alisha buat aku tak sabar nak balik..

Tuesday, May 5, 2009

Tengah menggila!!


Apa yang aku gilakan?

Sampai termimpi2 3 malam berturut2?

Hingga siang ku penuh dgn wajahnya?


Sapa lagi kalau tak coklat. Lebih2 lagi anak2 aku dok tanya bila ma nak wat coklat lagi nih...

TADA!!!!!














Doreamon jadi kesukaan anak2 aku..sekejap je dah abis!

Sunday, May 3, 2009

Yummyy....



AHA!!! Aku buat coklat lagi! Anak aku punya la suka. Kalau yang pertama kali tu mereka mmg kata sedap tapi kali ni berpuluh2 kali sedap maaa....heheehe...alhamdulillah....


tak sampai 4 jam, tinggal beberapa keping je...itu pun Iman dah merengek campur geram sebab nak coklat tak dapat. Dia tak panggil coklat, dia panggil kek sebab aku selalu juga buat kek coklat. Kalau ada orang order dorang pun dapat sekali. Aku wat extra. Aku kawal juga tak kasi dorang makan coklat sokmo..tapi diam2 ada gak yang breakfast dengan coklat..


Anak2 dan suami aku dah beri berbagai cadangan macamana nak pasarkan coklat homemade ni. Ye la..aku dah nak berhenti kerja kena mula dari sekarang ni..insyallah. Seronok pulak bila berbincang dengan dorang (termasuk Alisha) sambil tu tangan dok meraba coklat terus ngap! Aku berdoa moga Allah permudahkan urusan aku...





Nampak tak coklat yang ada ukiran bentuk kacang tu,dalam tu ada sebiji almond!





coklat bear paling Aida suka sebab besar dan yummmy...





Coklat strawbery antara yang digemari sebab ada filing strawberry di dalamnye...



Tapi gambar ni memang kurang memuaskan ...belum ada digital camera la...Nizam nak belikan tapi aku dan suami aku tahan dulu. Duit yang dia ada tu guna untuk keperluan study dia. Nanti dah beli macam-macam tersangkut pulak nak guna untuk study dia. Ingat gak dia nak senangkan mama dia ni...terharu sebenarnya bukan tak nak terima pemberian dia, aku kata tunggu Nizam kerja..nanti Nizam belikan ma digital camera tercanggih..hehehe..