Thursday, February 18, 2010

Cerita aku 3

Aku tertunduk. Salah sangat ke aku bawa dia masuk bilik.

'Tak salah ye. Tiap pagi siapa yang lap lantai dan basuh cadar Maria?'

Aku terkedu. Tidak pernah terlintas di kepala aku yang aku telah menyusahkan orang lain. Tapi bukan teruk mana pun kan kan..

'Kenapa diam?Tak betul abang cakap. Tiap hari Mak Sah terpaksa buat itu semua. Bukan dekat bilik Maria ada, kadang-kadang dekat ruang tamu jugak!'

Ya Allah! Malunya aku. Terbayang aku akan kelalaian aku selama ini. Malunya bila abang Firdaus sendiri yang tegur aku. Lalainya aku! Aku mengutuk diriku sendiri.

'Maria dah dewasa Maria. Lepaskan kisah lama Maria. Jangan jadikan dia sebagai sandaran untuk melepaskan dendam Maria pada mama.'

Bibirku ingin menyatakan sesuatu tapi lidah ini kelu untuk menzahirkanya. Mama memandangku sayu.

'Maafkan mama Maria. Mama tau mama salah. Niat mama hanya untuk melindungi Maria supaya tidak tertipu dengan lelaki. Mama tak tau Maria menderita selama ini hingga melepaskan dendam melalui dia.'

Aku mengeluh. Kenapa mereka masih tidak memahami lagi.

'Sudahlah mama. Lupakan semua tu. Maria dah tak ingat lagi. Bagi Maria yang penting sekarang adalah dia. Maria minta izin mama jangan pisahkan kami. Hanya itu saja. Maria dah tak kisah yang lain dah. Please mama,' rayu ku.

Mama berpaling pada abang Firdaus. Wajah abang cukup serius. Selama ini abang cukup memanjakan aku kerana dia faham apa yang sedang bergolak dalam keluarga kami. Namun kali ini abang Firdaus tegas sekali dengan aku. Agh! Sukarnya.

'Kalau macam tu, Maria akan keluar dari rumah ini. Maria tak nak berpisah dari dia. Kemana lagi dia nak pergi kalau Maria dah tak ada. Biarlah Maria keluar. Maria beralah,'tegasku seraya bangun untuk mengemas pakaianku.

Maria!

Serentak mama dan abang Firdaus menyeru namaku.

No comments:

Post a Comment