Wednesday, December 30, 2009

Macam-macam masa cerita ni

Lama aku tak cerita pasal Alisha yang dah berusia 1 tahun 2 bulan ni. Dia makin banyak akal. Dari usia mencecah setahun,dia dah mula berjalan. Sekarang ni asik nak berjaaaalannnnnnnn je.Orang ada kaki lah kan. Kadang2 tak perasan dia dah pergi hall. Tup tup muncul balik dalam bilik. Tersengih-sengih dengan mata bulat dia. Rajin berbual pulak tu. Ada saja dia nak cakap. yang pasti,kalau abang Iman dia kena usik dan dia dengar Iman merengek ke menangis,lekas saja dia menerpa abang dia dan tanya,


'Napeeee...ha'?'

'Apeeee...ha?'


...sambil membelek dan menyentuh pipi abang dia. Iman apalagi,tambah manja bila adik dia asik backing dan perihatin dengan dia. Dia akan terus peluk adik dia. Yang Alisha lak akan terus tanya dia ayat power dia tu. Sesekali dia akan menjerit pada abang atau kakak dia yang buli abang kesayangan dia tu. Bertambah galak la anak2 aku yg lain usik adik2 dia yang berdua ni..ish....


Ketara sekali bila Iman masih tidur atau Iman baru bangun tidur dan dia dulu dah bangun. Dia akan menerpa abang dia dengan senyum riang dan ceria sekali. Dia akan belek muka Iman dan tanya


'Napeee ...?'   Sooo cute!!!



Satu hari, aku buka balik kotak isi baju Alisha masa baby. Terjumpa barut yang telah berusia sama umur dengan Nizam iaitu menjangkau 20 tahun! Barut tu mak mertua aku buat. Dulu ada la dalam 8 helai rasanya sekarang tinggal 3 je. Aku pakaikan kat Alisha sebab cuaca tengah panas. Dia selamba je pakai dengan seluar sontot dia. Selesa agaknya. See...betapa kemas jahitan mak mertua aku dan betapa tahan barut tu.. ni kira nak puji diri sendiri sebab pandai jaga hahahhaa



cantikkan barut Alisha....hehehhe..


Saya tak lak sempat upload hari tu masa ambil Ain dari sekolah. Saya bawa dia sorang je...takut juga kuatir dia meragam dalam kereta. Alhamdulillah..Alisha cepat faham dia kena duduk dalam bakul tu.Masa tengah siap2kan tempat duduk dia,dia berdiri pegang stering kereta sambil perhatikan saya. Siap aje dia kata...


'Dok?' (duduk)


Saya terus jawab "ya...'. Tanpa lengah, Alisha melangkah masuk dan duduk dalam seat dia dan terus pandang aku dengan senyum manisnya... Alahai...seronoknya masa tu...senang rasanya hati. Dalam perjalanan aku berbual dengan Alisha supaya dia leka dan duduk selesa dalam seat dia tu...Alhamdulillah...Allah permudahkan aku. Alisha cukup sporting..dia relax dalam bakulnya tanpa mengganggu aku yang sedang memandu.Tengok tu..siap ajak aku gaduh dengan penumbuk dia tu...



Ke Bukit Belacan bukanlah kesukaan aku sebenarnya. Malas nak jalan lepas park kereta kat luar. Tapi dah anak2 bising nak pergi dan kakak ipar aku dok ajak saja...maka satu petang yang indah aku pergi sana dengan anak2. Mereka teruja sungguh. Maklumlah..Walau rumah dekat aku memang malas beriadah kat sana. Bukan apa...leceh kalau mandi sama dengan gerombolan yang tidak aku senangi. Mandi?? hehe..dah lama tak mandi sungai ni..sekali masuk air..hahaha...lupa kat Alisha sekejap. Best gak bila anak2ikan mengelilingi kami. Geram sungguh bila tak dapat tangkap. Farah anak kak Imah bukan main menjerit ketakutan tapi lepas tu dia pulak asik nak tangkap ikan. Makan..sudah pasti aku bawa coklat sebab coklat memanaskan badan.

Masa nak balik kami jumpa group monyet yang jinak2 liar. Dorang bergaduh rupanya.Aku pantas suruh anak aku peluk Alisha kuat2. Kuatir monyet tu sambar baby aku tu...mana tau la kan....kat BB memang banyak monyet liar.






Lepas tu kakak aku dan kakak ipar aku anak beranak pun turun BB,maka kami pergi sekali lagi...hahahha...berkubang beb..aku yang dah lama tak berenang berasa amat seronok sekali.Makan.sudah pasti coklat jugak..hahaha...bukan apa seronok makan coklat kat air ni...

Masa nak balik, hujan turun. Kami sekeluarga tak tukar baju di sana. Kelam kabut lari ke kereta. Sampai rumah hujan makin lebat . Air mula bertakung di depan rumah aku. Kalau tak dijaga air tu boleh masuk rumah. Eh...seronok pulak mandi hujan. Kakak aku, Ani sekeluarga dan kak Imah sekeluarga singgah umah aku sebelum pulang. Makan ramai2 tengah hujan ni best gak. Aku tak masak, makanan kak Imah kami belasah abis! Lepas tu kakak2 aku beli coklat pulak....hehhhe...alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment