Tuesday, October 20, 2009

Sambungan pasal mak

Lambat sungguh aku ambil masa nak sambung pasal mak. Apa taknya, tarikh lahir mak 1.9. sekarang ni dah masuk ujung bulan okt.

Masa aku lahirkan Aida, mak risau yang amat sebab aku kena operate. keluar aje dari labour room, mak terus tanya

Dah suruh doktor ikat?
Aku terpinga2, ikat apa mak?
laaaa....apasal tak ikat. nanti beranak lagi. Ish..patut suruh doktor ikat tadi, omel mak.
Ehm..mana orang tau pasal tu....


Dah sakit2 masa tu malas nak fikir tapi mak nampak ceria dan gembira sekali bila aku dah keluar tu. Apa taknya dia berbual dengan suami dan sepupu aku dari spore,Ayyob, sampai tak perasan kot ada ramai pesakit dalam wad tu sampai aku terpaksa tegur suami aku yang sentiasa ber'bateri baru'.

Mak tak dapat jaga aku di rumah sebab jaga anak buah aku. Aku tak kisah sebab dah biasa sendirian. Lagipun suami dan anak2 menolong jaga aku sebenarnya.

Hari jadi mak, aku yang dalam pantang 15 hari aku gi umah mak. nak raikan usia yang panjang..dan moga mak dimurahkan rezeki. Tapi mak kurang sihat masa tu. aku dan suami borak2 dgn mak dengan berbagai isu tapi mak ni macam asik merenung jauh tembus keluar rumah... tak sihat agaknya. Aku bawa susu segar perisa coklat sebab mak teringin.

Masa usia Aida hampir sebulan, mak datang ziarah aku. Dia bawa sama cucu2 yang dijaganya. Mak aku mmg expert bawa keta jadi tak perlu bimbang dia keluar sorang2..hehhe...seronok sungguh aku berborak dgn mak rasa tak nak berhenti dan tak kasi mak balik. Aku pujuk mak tidor umah aku tapi mak risau cucu2 dia esok nak sekolah pulak. geram gak tapi tak pe... lain kali mak leh tidur umah aku kan kan kan...

Satu hari tak silap dalam 13.9 mak telefon aku. kami berbual2 dengan disulami gelak ketawa. Rasa rindu dengan mak tapi apa nak buat aku dalam pantang masa tu. mak kurang sihat apa daya aku tak boleh nak ziarah sebab cik abang kerja.

16.9 aku dapat berita mak masuk wad tengah malam tu. Kakak sulung aku antar. aku pulak lepas makan sarapan, muntah pulak. Sakit jugak jahitan tapi aku kan kuat..

nak gak ziarah mak tapi suami aku keje. Aku doakan mak selamat lagipun Ani kata dia baru lepas tengok mak, mak ok je. aman pun cakap macam tu, jadi dorang tak nak aku risau sangat.

Tapi tup tup tengahari tu dengar mak dah tak sedar. Apalagi aku rayu mintak suami aku balik. Dengan bawa baby dan semua anak2 aku yang lain kami berkejar ke GH. Aku yang macam tak sedar dalam pantang tu, jalan menonong tinggalkan anak2 dan suami. Sampai saja ke katil mak, seornag nurse melambai aku dan bertanya jika aku anak mak. Da minta aku tolong keluarkan cincin dari jari mak.dorang dah cuba tapi tak boleh. Alhamdulillah dengan mudah aku boleh tarik cincin tu dan terus sarung ke jari aku. Aku terus duduk di kerusi dan mengelus2 jemari mak. mak lena sungguh. Macam tidur je. Kakak2 aku yang lain datang dan kami berbincang siapa yang nak jaga mak nanti. Aku tumpang dengar je sebab tak boleh nak join sama walau hati ini menari2 nak jaga mak. Tak pe doa aku sentiasa bersama mak.

lapar ..sebab dari pagi tak makan. lebih kurang pukul 4pm aku dan anak2 serta kakak sekeluarga turun bawah nak makan sikit. Alhamdulillah Aida tak meragam dan tak minta susu langsung. Dia faham mama dia yang kekalutan. Terima kasih Allah. Baru je nak makan hubby tanya dah sudah lum. Berap kali dia tanya macam tu. Aku dah fikir macam2 dah. Cepat2 aku sudahkan makan dan tanya kenapa.

.............Terus kami bergegas naik balik. Aku memang lalai betul hingga aku lupa anak2. hubby pun sama.Dah smapai atas baru perasan semua anak2 tak ada. Cemas. Suami tunggu kat lift dan aku terus ke katil mak.

Mak dah pergi....alat bantuan pernafasan dah dicabut. Aku terduduk tanpa airmata. membaca segala apa yang ku ingat untuk menguatkan semangat. pesakit di situ terkejut bbila mengetahui aku dalam pantang sebab aku tak nampak macam orang dlm pantang.

Sepanjang malam hingga pagi lepas jenazah dibawa pulang aku tidak mampu tidur. Menitis airmata pun tak mampu. hanya tinggal rasa tidak faham dan keliru. Saat mandikan mak, aku dah cakap nak join sekali untuk kali terakhir. nak buat seperti yang aku dah lakukan pada arwah mertua ku. Namun Allah mengasihani akan aku yang letih dan sakit. Waktu perkataan mandikan mak nak mula...mata ku terus saja terpejam tanpa dapat aku tahan..yang mampu aku sebut adalah...

Kak long..tolong jaga anak Dara...

Baga dibius...segalanya tak mampu kita lakukan. Usai mandi dan kapankan mak, kak long kejutkan aku untuk cium mak. Aku hanya menurut tanpa suara. cuba untuk menangis tapi tak mampu. Semuanya selamat..dan tinggal aku termangu2.

hingga habis waktu nifas, tengahmalam lepas 12 malam, baru aku perasan mak tak ada. mengongoi2 aku menangis teringat mak. Hubby yang terkejut terus saja memujuk aku. seminggu aku menangis menahan sedih. Aku rindu mak. Saat akhir bersama mak sesungguhnya merupakan perkara yang tak mungkin aku lupakan. Mak tau saat dia nak sampai hingga dia sanggup ke rumah aku. mak telefon aku dan kami berbual panjang dengan ceria bagai esok tak bercakap lagi.

Segalanya di bawah pengetahuan yang Maha mengetahui. Aku pasrah dan redha. Tiap kali memutar CD raya bersama mak, perasaan rindu datang mendera. orang cakap rupa aku sama dengan arwah. nak tengok arwah tengoklah aku...

Al Fatihah untuk mak dan mertua tersayang....

Monday, October 5, 2009

DAH BALIK!

Rasa lega yang amat-amat bila dapat balik ke blog ni. PC rosak dan mengambil masa yang lama pulak nak di service.

Banyak cerita nak di tulis tapi dek kerana baru je keje...kena koho-koho dulu...yuang penting nak cakap yihaaaaaaaaaaaaaaa

DAH BALIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, August 31, 2009

Hari ni Hari jadi mak

Hari ni harijadi mak. Lepas sahur tadi, tetiba teringat mak...

Birthday terakhir mak aritu, aku sambut dalam keadaan pantang 15 hari lepas lahirkan Aida. Tak celebrate apa sangat sebab masih dalam keadaan sakit. Demi sayang pada seorang mak yang banyak berjasa pada aku anak bongsunya, aku pergi ke rumah mak untuk meraikan. Mak ceria betul...suka dia melihat kami datang. Mak memang macam tu, selalu sibuk2 kalau orang datang. Tak kiralah aku ke,kakak2 aku ke atau abang2 aku ke yang datang, dia ceria sekali. (Itulah agaknya aku bila anak2 aku dah besar dan meninggalkan rumah bagi memulakan hidup sendiri..sob sob...nak berpisah dengan anak2 tu yang tak sanggup rasanya. Walau dah 7 orang, aku selalu kira...rasa macam tak cukupppppppp je....hahahahaha....)

Aku masih ingat kata2 aku masa duduk bersantai dengan mak. Kami berbual pasal kematian. Aku cakap pasal kenduri arwah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah maka ia dianggap bidaah. Aku bertanya pada mak pasal ni. Aku lihat mak pandang keluar, rumah, jauh...telus menuju alam yang tidak pasti. Berkali aku panggil mak tapi dia bagai terleka.

Balik rumah, aku pulak yang temenung kuatir kata2 aku tadi menyinggung perasaan mak. Kuatir aku itu membuat aku telefon mak minta maaf jika kata2 aku terlebih ayat. Mak kata dia tak perasan aku kata apa.

Selang lebih kurang 2 minggu lepas tu mak datang rumah aku bersama anak2 buah seramai 2 orang. Mak ceria dan gembira sekali melihat cucu barunya. Aku pelawa mak tidur rumah aku. Mak nak tapi risau anak buah yang esok sekolah pulak. Mak sebenarnya risau juga pasal aku yang masih dalam pantang, operate lak tu dan dia tak bantu aku untuk jaga aku. Ala...aku kata, orang dah biasa la mak.Mak jangan risau.

Mak senyum je. Kami berbual panjang dalam suasana yang begitu harmoni. Ada terlintas dalam hati nak bergambar dengan mak tapi aku pendam hingga terlupa terus!

13.9 mak demam tapi demam biasa mak kata. Dia minta aku belikan air coklat sebab masa mengandung aku minum air coklat untuk memudahkan aku buang air. Aku belikan tapi mak pulak lepas tu muntah2. Aku ziarahi mak untuk melihat keadaannya. Dia tak nak pulak ke klinik sebab dah ada ubat katanya.

Aku kerap juga telefon mak. Ada satu hari aku telefon, mak ceriaaaaaaaa sesangat. Macam tak ada apa2 berlaku. Macam tak demam lak. Aku seronok melayan mak. Kami ketawa dan bergaduh dalam telefon. Rasa rindu pulak nak jumpa mak masa tu.....tapi suami aku kerja dan aku tak boleh nak memandu dalam keadaan macam ni. Pulak tu kereta proton aku tu agak susah nak bawa. Stereng berat, clutch dan gear..sikit punya susah dan berat.


16.9........aku sambung pada tarikh tu nanti............

Friday, August 21, 2009

Kursus pembuatan coklat di LKM

Dah lama nak citer pasal kursus coklat kat LKM Bangi ni...

Sebenarnya ia bagai rezeki terpijak. Khairul menghubungi aku untuk confirm tempat yang ada 2 kekosongan lagi iaitu utk aku dan kakak aku, Rikha. Peluang yang datang sekali ini aku rembat sbb cik abang bagi green lite.

Teruja sebab nak menambah ilmu pembikinan coklat walau dah 2 tempat aku belajar. Ada 25 student bersama kami hari itu. Kami yang tak pernah ke Bangi keluar awal bagi mengelakkan kesesakan. Dah lapor benar rasanya lalu kami bfast dulu lepas mendaftar. Bila sampai kat dewan semula, ish...ada kameraman la....

Rupa2nya hari itu ada shooting untuk rancangan TV2 yg akan disiarkan pada bulan Oktober ni dan kelas kami terpilih untuk shooting selama 2 hari!!

Wow!jadi bintang pelem lak kami ari ni. Seronok beb! Kami memulakan shooting dari mendaftar hingga ke akhir pelajaran pada hari ke 2. Sherina pun ada la...... tapi gambar aku tak ada lak dgn dia..ish....

Inilah gambar aku dan cokelat2 kami. Ada sedap????Memang lazat!!!!




Wednesday, August 12, 2009

Masjid dikunci,telekung terkunci??


Macamana tu? Bukan ke masjid tempat untuk setiap umat yang mahu menunaikan ibadat solat maupun melepas lelah pada musafir barang seketika. Bukan ke masjid adalah tempat mesyuarah yang paling afdal selain menunaikan solat.

Kisah ini dah agak lama berlaku cuma aku saja yang tidak sempat untuk update di blog. Suami dan aku pergi ke Shah Alam kerana menghantar coklat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke masjid dulu untuk menunaikan solat Zuhur sebelum ke Puchong untuk membeli kotak coklat. Suami aku kata dia biasa ke masjid ini meski agak jauh dari tempat kerjanya. Mudah dan tenang....katanya.

Suami aku menunjukkan bilik air wanita sebelum dia sendiri ke bilik air lelaki. Selesai, aku mencari tempat mengambil wuduk. Melilau aku mencari namun tak juga bertemu hingga aku terpaksa tawaf masjid tersebut. Tiada siapa pula kelihatan untuk aku bertanya. Suami aku pula sedang mendirikan solat.

Nasib aku baik sebab ada seorang jemaah lelaki baru selesai solat. Malangnya dia sendiri tidak tau dimana tempat mengambil wuduk perempuan tapi dia sama2 membantu aku mencari. Pelik tak ada pulak. Jadi dia mengusul aku mengambil wuduk ditempat lelaki sementelah tiada siapa. Cepat2 aku mengambil wuduk.

Aku diduga sekali lagi bila tiada telekung!!Rupa2nya telekung dikunci.Pelik, tidak pernah aku jumpa mana2 masjid yg menidakkan keperluan jemaah wanita. Aku sengaja tidak membawa kerana sudah biasa kalau singgah mana2 masjid atau sarau pasti ada telekung. Kami berfikiran positif, mungkin ada pencuri sebab itu ia dikunci.

Suami aku mencadangkan agar aku guna kain pelekat dia untuk dijadikan telekung. Alhamdulillah aku ternampak satu lagi kain pelekat tersangkut di situ. Tanpa membuang masa aku menyarungkan kedua2 kain pelikat untuk menunaikan solat zohor sementara suami ku yang mulia hatinya guard aku di ruang yang sama dia solat.

Lantas jadilah seperti dibawah....

How am I look like? New fashion maaaaa....

ALLAH MEMUDAHKAN....ALHAMDULILLAH....

Tuesday, August 4, 2009

Ish ish ish....

Bila dah duduk rumah ni, ada je kerja nak buat. Nak buat coklat lagi, nak layan anak lagi. Tapi aku bersyukur sebab melihat anak2 aku depan mata. Walau ada masa terpaksa berperang dengan Iman (lasak dan tak boleh duduk diam!!), aku redha. Dia pulak makin kuat makan!

Kadang2 terpaksa keluar, rasa sayang nak tinggalkan Alisha dan Iman. Tapi terpaksa.

Nak jadi cerita, masa aku sibuk kat dapur, aku tinggalkan Alisha dengan Izzati dekat hall. Izzati memang rajin layan adik dia tu. Tapi lepas tu aku rasa macam pelik sebab tak dengar sebarang bunyi maupun bunyi sret sret dari walker Alisha. Ish..tak boleh jadi ni....

Bila aku ke depan ....laaaaaaaaaaaa.....siannya Alisha...............



Izzati...muka toyeeee je yeeeeeeeeeeeeeeee....


Thursday, July 30, 2009

Rinduuuuuuuuunya...

Taraaaaaaaaaaaa..Alisha menyambut dengan kenyit mata kerana kerinduan...muahahha..ayat apalak aku guna nih!


Lama sungguh aku bertapa hingga lupa asal usul diri. Rindu teramat sangat dengan blog ku ini hingga tidak tau dari mana mahu dimulakan.

Laptop ni pulak menjadi kesayangan kami sekeluarga...almaklum sajalah..satu ni saja yang ada... yang nak guna 6 pasang tangan..yang lagi tiga pasang tangan tu dok menanti nak picit je..main games je la....

Terpaksa la aku mengetatkan undang2 menggunakan pc ini hingga aku sendiri tidak ada peluang nak guna. Di waktu dinihari ini saja yang mampu aku lakukan.

Ari ni aku anak citer pasal semua anak2 aku yang 7 tu.....

Wabak H1N1 yang melanda menyebabkan situasi sekeliling agak kurang menyenangkan.Anak2 yang demam dan batuk serta sakit dada, mendapat perhatian. Ain awal2 lagi mintak abang dia menjauhkan diri dari dia sebab Nizam demam! Alahai kesian si bujang aku sowang tu..

So tadi bawak la pegi jumpa doktor...alhamdulillah...dia demam...tonsil aje..hehe...memang sakit..sakit yang giler la bagi aku sebab aku pernah kena sekali....rasanya tak tertanggung kesakitan tu sebab nak menelan pun payah betul..sakit yang amat...mungkin kesan dari demam chikungunya awal tahun menyebabkan dia mudah terkena sakit itu sebab Nizam memang ada masalah tonsilitis..betul ke word aku tu ek...

Alisha lak makin laaaaaaaaaaa banyak bijaknye...paling suka dengar dia bersuara manja pada aku...memang manja sampai Adilah siap membebel...aku jawab..'alah!Adilah dulu pun macam tu gak. Lagi manja adalah!'.
Izzati pulak siiiiibuk dengan kokurikulum dia. Sekejap bomba la, persatuan la..ish.....peminat ramai....hish.....aku dan abah dia dah warning..no pak we pakwe masa sekolah ni. Biar kawan2 dia ada pakwe seribu, jangan sesekali terpengaruh. Doanyaa.....


Adilah pulak makin rajin. Dalam segala hal dia rajin...rajin membebel..rajin tolong aku...rajin sakat Alisha..rajin merajuk...

Aida rajin sungguh membaca . ada saja benda yang nak di eja.Hingga nak mintak makan pun dia eja semua...hahaha...aku suka walau letih nak menanti si cilik aku tu abis mengeja...dia memang bijak....bijak...bijak....

Iman makin bijak menjawab dan bertengkar mulut dengan kami sekeluarga. Aaaaada saja jawapannya..sampai kami tak terkata....

COKLAT aku????? alhamdulillah...ada sambutan walau tidak sehebat mana. Aku tak kisah sebab...biarlah perlahan asal aku boleh dan mampu membuat dengan kualiti dan keadaan yang superb.Nanti bila dah mahir tentu aku tak terkial2 lagi....nanti la aku download gambar2 coklat aku tu ek...tungguuuuuuuuuuuu...banyak lagi benda aku nak citer nih!