Tuesday, March 31, 2009

Irama pantun


irama gemalai tersusun indah
jari jemari melambai seri
hasrat hati ingin bermadah
kuatir sumbang menyakit hati

andai mawar idaman tuan
jangan dibuang seroja di laman
andai kata penyampai impian
jangan diusik dengan kejian

kain pelikat buat hiasan
kain batik dipakai petang
isi hati tak harap balasan
kasihnya orang tidak dipandang.

asam keping dimasak gulai
buah mangga dicecah cili
kerana cinta bergolok bergadai
namun kasih tak sampai dihati

bunga kenanga harum mewangi
bunga kertas dipandang orang,
tak siapa tau hasrat dihati
usah dipandang usah dikenang...

hilang dilaut,boleh ku selam,
hilang dihati....

ada duku bukan pulasan,
ada rindu bukan alasan..

berpantun seloka mengikat kata
bersantun berhelah biar beralas
bersama merasa indah berbahasa
biar abadi kenangan manis

yang panas itu api
yang sejuk itu salji
yang manis itu diri
yang indah itu memori

SALAMZ.....

Sunday, March 29, 2009

Kek oh Kek

Sebut pasal kek, memang hobi aku buat kek dari aku muda dulu (errr..dah tua ke....lum lagi kannnnn...) terutamanya kek coklat dan oren. Arwah mak bagi aku resepi yang mudah di ingat akhirnya resepi kek oran aku jadi favourite se isi rumah dan kawan2 aku. Tempahan pun bermula tapi aku ni jenis 'tunggu akak free baru buat yeee...' nasib la....kena tunggu berminggu-minggu nak rasa kek oren aku.
Masa mengandung Aida, aku teringin sangat nak makan cheese cake. Nak beli mahal mak datuk. Demi kerana keinginan yang teramat,aku cari kat web site. Select punya select dapat satu resepi yang aku suka. Kagumnya, baru kali pertama buat terus jadi...hehhehe..cheese cake memang mudah..tak ada istilah tak jadi punya lah..Akhirnya cheese cake aku jadi bisnes pulak bila teman se pejabat rasa kek yang aku buat tu...aku ni seperti baisa buat bila free.... macamana la nak maju ini orang...ish ish...

Suami kesayangan aku minat kek buah kukus. Jadi selalunya ada 4 jenis kek aku buat tiap hari raya iaitu kek coklat,kek oren, cheese cake dan kek buah. Kek coklat sudah pasti kesukaan anak2 aku, cheese cake untuk aku dan kakak2 aku, kek oren kegemaran anak2 aku dan juga kakak sulung aku,Ani, memang fav abang Yem,suami dia dan akhir sekali kek buah, fav suami aku dan aku. Ceh...hantu kek rupanya..

Nak jadi cerita, sekarang ni kakak aku kat Pahang akhirnya jadi tokey kek dan roti. kagum sungguh aku!! Roti dia lazat2 sekali...memang tengah rindu nak jamah roti2 dia nih...



Ini adalah kek coklat kiriman Ana sahabat baik aku untuk kakak kesayangannya Suhaini. Jadi bidan terjun nih. Satu2nya kek yang aku try mendeco ikut cara aku.Ceh...memandai je kan..tapi kalau nak tau...aku rasa seronok sangat buat kek ni sebab buat masa tengah malam..nak dekat 2 pagi baru siap...puncanya jadi lewaqt malam macam tu....Alisha la..sapa lagi...

Tapi gambar ni jadi gelap sebab kamera aku dah rosak flash dia...Untuk tatapan ana dan Ha..jadilah ye..terima kasih untuk bantuan segera dan order mu Ana..you buat I gementer dong....nanti I buat lagi ekkkkk...busyuk busyukkkk....thank uuuu...

Monday, March 23, 2009

GAJI OH GAJI

Alisha 5 bulan..

Dalam sejarah hidup, ini kali pertama aku terpaksa berhadapan kelewatan gaji hampir sebulan. Selalunya, kami akan terima gaji on time atau terlewat sikit atas sebab fund belum masuk lagi tapi kali ini dah nak masuk bulan Mac, gaji bulan Februari belum dapat sepenuhnya.


Maksud sepenuh aku adalah, cek gaji aku sebenarnya dah clear tapi aku kongsi bersama colleque jadi kami dapat sorang separuh. Cek kawan aku saja yang hingga kini belum lagi dapat di clearkna. Gawat menyebabkan kami turut merasa tempiasnya..apatah lagi anak2 aku yang kecil.


Kena tunggu nak bayar kereta, bank, Kak Ha, telefon etc etc..belum lagi nak beli untuk keperluan anak sekolah. Pensil, pen,buku, nota etc etc..bukan merungut tapi memang itu dah penting,keperluan mereka harus diutamakan..tapi bila dah macam ni....terkedu juga...alhamdulillah...ujian yang manis sebenarnya..


Alisha...dia makin bijak...sekarang dah pandai hulur tangan nak ikut orang. Panggil aku mama bila nak menyusu...manja sekali. Teringin beli baju dia sebab Alisha hadir setelah semua baju abang kakak dia aku sedekahkan pada orang lain. Jadi Alisha memang tak banyak pakaian..yang lama ada yang dah koyak. sian Alisha...Iman pun macam tu...nanti la bila mama ada duit lebih, mama belikan untuk Alisha dan Iman ye...


Alhamdulillah...kami tidak pernah putus makan. Itu yang paling penting. Dan yang utama, hubungan kekeluargaan bertambah erat lebih2 lagi Nizam (Iman panggil abam) dah duduk kat rumah. Terasa kemeriahannya. Nizam ni pulak macam abang tiri kat adik2 dia. Saja je nak menyakat mereka.


Gawat tiada yang lebih melainkan kesabaran yang kian kukuh dan kekuatan dalaman yang padu. Aku dan cik abang kerap berdiskusi bagi menyelaraskan ekonomi rumahtangga kami sesekali bergaduh sayang...ish....habis bantal dibaling.


Thursday, March 19, 2009

Derita Si Kecil

Semalam aku beli mingguan wanita untuk hujung bulan Mac 09. Terbaca kisah Khairul Aiman. Comel betul Aiman. Hati aku disapa simpati yang mendalam.... kenapa aku simpati?Sebab aku pun ada anak kecil seperti Aiman.

Aiman rupanya sakit dari lahir lagi dan kini menanti jawapan doktor untuk pembedahannya. Ya Allah..kesiannya..kecil2 lagi sudah mahu dibedah. Kita yang dewasa tidak tertahan dengan kesakitan pembedahan, apalagi si kecil ini.


Selepas sebulan Aiman dilahirkan, dia mengalami gangguan selsema hingga mengalami sesak nafas. Akibat itu dia pernah terpaksa diberi bantuan pernafasan oksigen. Selain itu Aiman juga menderita bengkak seperti kelenjar di lehernya.




Tidak mampu saya bayangkan kesakitan yang dialami Aiman bila terpaksa menunggu doktor pakar di hospital sehingga sebulan bagi memastikan punca bengkak nanah dilehernya. Selepas nanah itu pecah sendiri 2 kali baru dibawa ke HKL untuk siasatan lanjut.


Bayangkanlah kesakitan yang terpaksa dipikul si kecil ini. Masalah Aiman ini amat jarang ditemui. Pembedahan pula hanya boleh dilakukan selepas usia Aiman setahun. Aduhai..kesian si kecil itu.


Saya hubungi bapa Aiman sendiri iaitu Khairul Raiza untuk mengetahui keadaan Aiman. Menurut Raiza, Aiman amat sensitif dengan keadaan sekelilingnya. Dia akan bersin setiap kali ada perubahan disekelilingnya yang mengandungi kuman. Waima kalau abang dia balik dari tadika pun dia boleh bersin. Dia pernah sawan selama 8 jam selepas sedar dari 'dikomakan' di hospital kerana batuk teruk.


Pada insan yang berhati mulia, bolehlah anda menderma bagi meringankan beban Aiman dengan bank in ke dalam akaun bapanya di


MBB 162218438786


Anda juga boleh hubungi sendiri bapa Aiman di talian 019-3925059.


Moga Aiman cepat sembuh tanpa perlu dibedah. Mungkin ada perubatan alternatif yang boleh membantu Aiman.

Wednesday, March 18, 2009

Iman Demam


Pagi semalam hujan turun lagi membuatkan aku malas nak turun dari katil. Alisha pula mcm tau mama dia nak berlengkar lagi, jadi dia macam biasa minta susu. Cik abang tegur ,'tak gi keje ke?'. Dalam mata masih tertutup aku mengangguk tanda pergi keje. Tangan aku meraba kepala Iman yang tiba2 saja demam waktu dinihari. Alhamdulillah...dedar saja. Mengantuk melayan kerenah anak demam dengan melayan Alisha waktu itu, buat mata ini bagai di gam. Alangkah bestnye kalau duduk rumah macam ni.Boleh dok kelek Alisha saja.


Iman tidur


Dalam hujan masih turun,aku hantar Alisha ke rumah mama Ha dengan Izzati kemudian aku hantar dia pulang ke rumah. Iman masih tidur masa aku tinggalkan rumah dan berpesan pada Ain tolong jaga adik tapi kalau dia nak ke rumah mama Ha, hantarlah. Aku juga pesan supaya Ain buat ayam kukus sebab Iman suka. Tapi sebenarnya anak2 lain pun suka dan satu lagi ia adalah masakan paling mudah dan tak payah nak jenguk2 atau kacau2 selalu.


Aida, Iman dan Alisha



Iman mula demam pada malam tadi, tetiba saja kepala dia panas. Memang fitrah seorang ibu dan dengan izinNYA,aku pantas terjaga dan rasa sesuatu yang tidak kena. Rupanya Iman demam. Kesian dia. Dulu Iman memang tak meragam banyak kalau dia demam. Sekarang mak aihh..asyik....'akit yuuut...' aje. Minyak zaitun memang dah sinonim padanya tiap kali sakit perut. Cepat aje perutnya kami sapu. Alhamdulillah..dia nak yang baik sekali...



Tuesday, March 17, 2009

Cari extra income

Kegawatan ekonomi belum pulih lagi. Walau minyak dah turun harga tapi barangan lain tetap macam tu. Salah siapa ye? Aku lebih lah terasa bahangnya. Walau kami suami isteri bekerja, ia tidak mencukupi untuk menampung kami sekeluarga seramai 9 orang. Alhamdulillah, kami tidak pernah putus makan. Kesiannya adalah Nizam yang perlu juga diberi perhatian semasa di kolej. Duit pinjaman MARA belum lepas. Alhamdulillah Nizam pandai berjimat, jadi duit yang aku bagi disimpan untuk mengisi minyak motor dan top up HP nya. Kerap dia tak makan seharian dan hanya akan makan di rumah itupun pada waktu malam. Kalau dia makan rasa tak percaya, dahlah kurus, makannya..masyallah...dia tu MPAJ..

Aku banyak berfikir sekarang ni. Nak tambah pendapatan bantu suami untuk keperluan keluarga. Apa yang aku boleh buat?

1. akuan servis - dari rumah untuk syt kecil dan sederhana.

Komen-Akaun aku tak minat tapi itulah profesion aku sekarang dan aku ada kelebihan disitu. Aku pernah buat penyediaan akaun untuk pinjaman bank dan MARA untuk kawan2 aku tapi sayang tak dapat bayaran walau mereka dah dapat pinjaman. Tak apalah...jadikan ia ibadah. Aku juga bantu bapak dan kakak aku buat akaun hujung tahun untuk income tax.

2.bisnes kek - aku suka gak buat kek sbb masa tak lama depan oven.

Komen-aku pernah bisnes kek masa di MCLJ iaitu,kek coklat,cheese dan kek kukus buah. Semuanya mengambil masa banyak juga dan tempahan pun boleh tahan. Mmg aku keletihan sesungguh sbb aku kerja, dgn anak2 lagi...

3.tulis novel - Mmg minat aku!! tapi sentiasa tak kesempatan sebab adaaaaaa je halnye..alasan...hehehe...bak kata Norzailina kena kuat semangat dan usaha dan jgn cari alasan...huhu..

Komen-masa sekolah aku pernah tulis puisi untuk Utusan Pelajar. Dapatlah duit poket sikit. Aku rajin tulis untuk majalah sekolah dan pernah juga hantar ke majalah2 tapi tak tersiar pun..belum rezeki. Sekarang bila kenal ramai novelis rasa teruja nak sambung cita2 yang terbengkalai berbelas2 tahun...

4.jahit langsir dan telekung-minat ada gak tapi tak kuat la.Jahit langsir senang je..lurus je cuma klu nak ada deco mcm2 tak pandai lak aku.kena g kelas dulu la jwbnya. Arwah mak buat telekung dan menjual dgn harga murah...menurut arwah selain menjual dia beribadat sbb tu jual harga murah. Mak buat telekung dua lapis jadi tak perlu kuatir jika ia jarang. Ha pun galakkan aku buat ini. Menyambung ibadah arwah mak yang tersayang...

Komen-langsir kawin aku satu rumah aku yang jahit bersama arwah mak. Sekarang aku jahit langsir jugak cuma jahit lurus je. Esok raya, hari ni baru jahit,terror kan! Telekong, aku tak berapa mahir walau pernah buat sbb ikut sesuka hati saja janji jadi.

Macamana? Ikutkan cuma akaun saja aku pro tapi tak ada minat dah. Berpuluh tahun abdikan diri,bercengkang mata,berpeluh kepala buat akaun. Jadi sekarang ni dah nak muntah tengok figure.

Alasan ke apa....aku harapkan pertolonga DIA memberi aku ilham untuk melakukan sesuatu tentang ini...

Pertukaran cuaca

Ini posting aku yang pertama. Dah lama buat blog tapi bertangguh je. Alasan yang paling mudah aku ada baby kecik..hehehe...Alisha perlu perhatian dari aku..maklum la..mama dia dah tinggalkan dia sepanjang hari, jadi kena beri tumpuan penuh sepanjang malam. Nasib baik hubby dan anak2 lain banyak membantu. Alhamdulillah..punya anak yang ramai punya banyak kebaikan walau orang kata rumah macam kapal karan sesekali atau macam pasar borong bisingnya. Anak bujang aku nak study pun tension. Nasib Nizam la...Hemp...sorang basuh pinggan,sorang basuh kain, sorang kemas rumah. Abah dia, masak. Jangan tak tau, air tangan suami lebih sedap dari beli kat luar walau campak-campak je.Mama dia layan Alisha dan Iman.
Alisha batuk dan selsema. Nak bagi makan ubat batuk, aku pulak seriau. Jadi aku bagi dia guna cvt aromatherapy. Aku ajar Kak Ha, babysitter Alisha macamana nak guna.Menurut katanya, lendir keluar melalui najisnya. Alhamdulillah...Kena 'telaten' la jawabnye. Aku memang malas guna ubat doktor,bukan apa drugs yang dicampur buat aku kuatir keserasiannya dengan baby. Walau anak terdahulu aku tibai aje bagi, tapi bila dengan Iman dan Alisha aku berhati-hati. Bila dah sangat ter ter terpaksa..baru la ubat doktor aku bagi. Iman dan Alisha aku gelar baby aroma sebab dari lahir dorang dah guna.
Balik pasal cuaca, baru-baru ni panas terik amat terasa. Hingga nak keluar rumah pun berkira-kira sebab aku tak boleh kena panas...nanti berpinar2 biji mata dan keluar cacing kat mata macam Norhayati Ebrahim kata. Namun disebalik kepanasan tersebut, kain baju semua kering berdentang. Seronok nak lipat baju. Bila hujan pula turun mencurah-curah sekarang, sejuk hingga ke tulang sumsum.Maklum sajalah..duduk dekat kawasan Hutan Simpanan Selangor. Baju pun tak kering sangat.. tapi aku bantai jemur dalam rumah sana sini hingga Ain,anak dara aku gantung kat depan pintu. Saja je la nak naya mama dia balik dari keje nih..Yang bagusnye, anak-anak aku semua ada kat rumah.Hehe..anak2 aku memang tak gemar main kat luar rumah sebenarnya kecuali Adila, Aida dan Iman yang beria-ia nak main basikal. Boleh dengan syarat solat Asar dulu, dan jangan main kat jalanraya.