Wednesday, April 29, 2009

AKU ADA KAMU


Saya terus terang tak berani nak baca novel ini waktu tengah malam. Novel yang ada cerita pasal saka dan ilmu hitam dari orang lain buat hati saya rasa gerun sebenarnya.Kegelapan dan kepekatan malam lebih dihurung rasa sepi dan mencengkam hati.


Cerita ini berkisar dari kisah seorang gadis yang lincah dan teramat amat peramah hingga tidak kisah berkawan dengan begitu ramai lelaki yang rata-rata menggilainya. Mereka sanggup buat apa saja untuk si genit ini, Sofi Aidura. Hingga akhirnya teman-teman lelakinya ada yang terus menghantar tanda ke rumahnya. Tapi kalau dah putar alam, apa saja berlaku ada saja alasan Sofi Aidura.


Hisham begitu pasti akan kata hatinya tentang rasa cinta pada Sofi Aidura namun cinta tidak pernah bersambut kerana Dura begitu banyak alasan untuk tidak mempercayai Hisham. Rasa curiga akan kesetiaan lelaki itu sentiasa menghasut nuraninya. Tapi dia boleh pula main kayu tiga, bukan tiga malah sepuluh!


Kalau dah jodoh tidak kemana. Namun perkahwinan atas dasar cinta ini menempuh mula alam perkahwinan dengan ujian yang tidak terduga. Rasa dendam dan cemburu Sheila mengatasi minda separa sedarnya. Dia sanggup menyekutukan Allah dengan menggunakan ilmu hitam pada pasangan ini.


Satu demi satu perkara pelik berlaku namun tidak pernah kurang cinta Hinsham pad isterinya. Hanya Dura yang kerap berprasangka kerana bukti-bukti yang ditemui membuat dia hilang kepercayaan pada Hisham. Tapi mungkin benar wanita kerap tersasar kerana lemahnya jiwa.


Itulah padah bersahabat dengan iblis. Walau perit mana dengan kekebalan dan kekuatan iman, segalanya tuntas. Allah bantu hambaNYA yang memohon dan meminta.


Lily Haslina membawa kita melayari kehidupan pasangan suami isteri yang diancam dendam dan sakit hati. Olahannya begitu baik hingga kita terasa amat geram dan bengang dengan Sheila. Saya percaya, seperti apa yang Lily cuba sampaikan, bersahabat dengan syaitan hanya mengundang padah. Saka tidak lebih hanya meniggalkan kesan buruk pada keturunan. Berubatlah segera supaya saka tidak mengganggu keluarga kita.
Jika anda ingin tahu kesudahan novel ini, jangan lupa membelinya ye..


Syabas untuk Lily. Dia mengetengahkan perkara benar yang berlaku pada alam nyata tentang taksubnya manusia pada yang lain selain ALLAH. Ada perbezaan pada novel ini berbanding yang lainnya. Moga lebih sukses dalam penghasilan lepas ini dengan cerita yang lebih umph!

2 comments:

  1. salam,
    alahai malunya kita.. tulis tak seberapa pun!
    terima kasih ye! terima kasih sebanyak bintang di langit! saya amat menghargai komen ini

    ReplyDelete
  2. sama2.moga lebih sukses ye lily!

    ReplyDelete