

Semalam, berakhir sudah BF09. Meski aku hanya turun pada hari terakhir, kemeriahan tetap hebat dan mengujakan. Mungkin sbb hari terakhir masing2 berpusu2 untuk menikmati offer yang amat memikat.
Aku dengan anak dara aku, Ain, memulakan langkah mencari buku2 rujukannya untuk SPM. Sedari semalam kaki aku sakit, jadi aku banyak melihat saja dia ke sana kemari mencari dari membantu dia mencari sama. Biarlah..aku lihat dia bijak mencari sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Anak aku ni mmg pemalu, jadi bila lihat dia macam tu, aku faham, dia boleh berdikari. Ye la..semenjak masuk asrama, ketara perubahan dia. Yang amat pasti, dia kuat tidur bila balik rumah...hahahahhahha....dan makin rajin tolong aku dgn kerja rumah terutama layan Aida, Iman dan Alisha...
Aku ke NB Kara masa Ain ke booth lain. Jumpa Norhayati Ebrahim,Lily Haslina dan Rose Harissa. Wah..novel mereka menarik sekali. Lukisan Rose Harissa mmg ada umph! Saya diprovok dengan novel CHINTA buah tangan Norhayati Ebrahim, ish...mana boleh tahan! Novel Aku Ada Kamu oleh Lily Haslina berjaya mengusik poket aku. Novel Nora berjudul Tuhan Lebih Tahu mengisi ruang waktu aku menyusukan Alisha.
Borak2 sekejap dengan mereka sebelum Ain cuit aku untuk turun bawah. Fazila dah tunggu aku di Alaf21 booth. Hemmpp..orang ramai bebeno hingga aku hilang arah nak cari tempatnya. Ain masih lagi cari buku rujukannya. Lalu aku turuti dia mencari di Sasbadi. Berdiri tegak macam statue buat lutut aku bagai nak pecah.hehe..padan muka sapa suruh berdiri.
Fazila menelefon utk memastikan aku di mana. Usai mencari buku, baru kami ke booth pertemuan Alaf21FC, di mana lagi kalau tak di booth ALAF21!. Seronoknya dapat jumpa abang long, Mersik dan Fazila. Wah! Li Hoon pun ada. Keserasian bersama mereka mencetuskan usik mengusik antara kami. Fazila tak lupa buahtangan untuk aku dari Sarawak. Alamak...aku mmg ada sesuatu untuk dia gak..tapi ter ter tertinggal kat umah. Mmg teruk betul aku ni. Malu sungguh dengan Fazila yg tak pernah lupa pada aku. Terima kasih Ila...
Wah..Ramlee Awang Mursyid diapit oleh 'bodyguard'nye yang berbaju hitam. Sudah pasti itu team RAMFC. Novel MIKHAIL memang meletup! MMg bestseller. Aku tercari2 gak Dayang, mungkin dia tak datang. Berbual seketika bersama Anis dengan novel terbarunya, SUNGGUH AKU CINTA. Tengok cover aje dah tau cerita dia best. Peminat2 Anis mmg ramai. Aku lihat tak putus2 orang meminta tandatangannya. Aku pasti novel terbarunya meletup sebab novel Anis mmg dinanti2 ramai.
Kak Wan sibuk betul melayan pembeli hingga tidak sempat kami berbual. Dia mohon maaf sebab tak dapat layan aku. Hehe..aku yang kacau kak Wan sebenarnye...aku mmg suka tengok kegigihan kak Wan beserta team ALAF21 yang tak menang tangan melayan pembeli.
Tapi paling sayang betul..aku tak tangkap gambar satu pun!!!Waaaaa......tak ada kenangan laaaa...waaaa....harap abang long sudi forward aku gambar2 yg sempat diabadikan bersama.
Last sekali..aku kena banned dengan pengarah...waaaaa...waaaaaaaaa.... encik pengarah tak kasi pegi lagi tahun depan sebab tahun lepas aku jatuh tangga masa mengandungkan Alisha kat luar PWTC. Tahun ni aku sakit kaki pulak hinggakan bila balik rumah aku dah tak leh jalan dah ...waaa......anak bujang aku pakat dengan abah dia tak kasi mama dia gi lagi BF....waaaa....
Aku terkesima membaca Harian Metro hari ini. Keganasan terhadap wanita makin meningkat. Surut? Rasa tak menyurut bertambah lagi ada. Apa yang berlaku?
Suami gantung isteri tak bertali
Kekejaman yang tak ketara tapi amat menyiksa isteri. Dah lah nafkah tak bayar, anak2 ditinggalkan tanpa dipedulikan..lepas tu biar isteri macam tu. Bila anak2 terbiar salahkan isteri/wanita sebab tak pandai jaga. Dah ada orang nak isteri tu, biarlah isteri hidup bahagia bersama orang lain. Kalau tak nak isteri tu, lepaskan saja. Dosa yang suami tanggung tak terperi azabnya. Kenapa?
a. nafkah zahir batin yang terabai pada isteri.
b.nafkah untuk anak2 yang terbayar.
c.merosakkan masa depan orang lain
d.tidak adil pada isteri dan anak2
etc..etc...
masa akad nikah, bukan main 'akujanji'. Sekarang mempermainkan perasaan insan yang melahirkan zuriat untuk suami. Aku amat2 memandang tinggi pada wanita2 yang kebal ini. Moga ALLAH menganugerahkan syurga pada mereka yang bersabar dan tabah. Jabatan Agama sewajarnye mempercepatkan tindakan bukan hanya menenyeh kertas hingga tidak tertuntas tugas yang digalas. Bukan aku marah jabatan agama cuma peningkatan penindasan pada wanita bagai tak berpenghujung.
1.Cepatkanlah segala proses yang tertangguh.
2.Tangkap suami yang ingkar hadir mahkamah.
3.Bantu isteri yang tidak pasti apa harus dilakukan jika teraniaya begini..
Anak2 kecil dirogol
Aku cukup marah dengan jantan kepala setan atas bawah ni. Agaknya kalau mak dorang kena rogol pun dorang tak kisah. Atau isteri mereka sendiri dirogol. Mereka ni bapak segala setan hingga sanggup pakat anak2 beranak rogol si kecil itu.
Apa hukuman sewajarnye untuk mereka ye....
1.rejam sampai mati
2.kasi
3.campak kat gurun tandus
mungkin bermacam2 lagi sumpah seranah untuk lelaki bertopeng iblis ini.
Apa jadi pada kanak2 yang dah rosak tu..tak ke itu menambah beban sosial yang mmg dah tahap kritikal melampau. Takkan kita nak biar anak2 tu terus disiksa oleh trauma dan pandangan serong masyarakat?
MASYARAKAT...sebenarnya dah lumpuh dari kasihsayang hingga pergaulan bebas di depan mata kita biarkan. Kenapa? Salah satu sebabnya, sekarang remaja dan pandai menghukum sapa2 yang menegur kesilapan mereka. Siap bawa maut lagi!!!! Jadi sapa ada brani tegur... Lagi satu..kubur sendiri2...pandai buat pandai tanggung..mungkin kita semua dah lupa ayat Al 'Ashr....
Mungkinkah...mereka2 ini akan dapat direct dariNYA hukuman di dunia...umpama...
1.sakratul maut yang menyiksakan
2.kesakitan yang tidak ada ubatnye, sakit yang keterlaluan
3.jauh dari rahmat Allah hingga nak makan pun tak mampu
Boleh ke jadi macam tu? Hanya Allah lebih tahu...moga mereka2 yang pernah jadi bapak atau datuk setan sempat bertaubat...mati tidak sapa tahu ..entah2 sedang minum air terus rebah..atau lebih teruk sedang minum arak/berjudi/mendera/durhaka etc etc, Allah cabut nyawa tu tanpa sempat memohon ampun. Sanggup ke menerima siksaan mati, kubur dan api neraka? Na'uzubillah...
Aku memohon dan berdoa, agar aku,suami dan anak2 aku serta kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat ....
terpelihara dari musibah yang besar, dilindungi dari bisikan2 syaitan, iblis, jin dan syaitan manusia yang menggoda ke arah kemaksiatan dan dosa2 besar maupun dosa2 kecil...aamin..
Mohon ampun selalu dan rajin buat solat sunat taubat...
ps..aku bukan anti lelaki..aku cuma marah pd lelaki yg menganiaya wanita..
Alisha dengan aksi akrobatnye...
Kawan aku di Kelantan adalah satu2nya yang aku boleh anggap kawan baik. Bukan maksud aku yang lain bukan kawan. Semua kawan tapi dia seorang kawan istimewa. Kami dipertemukan berpuluh tahun dahulu, berpisah dan bertemu kembali saat aku amat memerlukan seseorang. Takdir Allah yang Maha Besar,tiada siapa terduga.
Perkahwinan kawan baik aku tu pada tahun 1988..betul tak na?
Kami bertekak, bergaduh,bertukar fikiran, menangis dan ketawa bersama. Malah adakala impian juga sama. Ada masanya saat aku teringatkan dia dan baru saja mahu press 'speed dial' dia dah telefon aku atas sebab yang sama. Pakkal lah kami berjauhan..kalau tidak mahu berjumpa tiap hujung minggu. Atau lebih menarik kami boleh buka bisnes bersama.
Aku ada seseorang yang aku hormati begitu juga teman2 yang lain. Aku suka mengusik dia tiap kali pulang kerja. Kerap aku perasan dia takkan tegur aku jika aku tak mulakan. Tak kisah lah..sebab dia lebih berusia dari aku. Tup tup, jadi cerita aku sekeluarga dipulaukan. Lebih menyedihkan bila anak aku yang berusia setahun pun dia boikot. Sadisnya, entah apa hantu yang rasuk dia, dia menghasut supaya anak2 jiran jangan bermain dengan anak2 aku.
Hiba hati bila anak2 aku sering mengadu mereka tidak diperdulikan bila bersama. Dan mereka mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Anak aku kecil lagi sudah menerima nasib di pulaukan oleh orang dewasa yang merasuk anak2 supaya ikut perangai mereka!
'Biarlah sayang...kalau dorang tak nak kawan dengan kita, ada ramai lagi di luar tu yang nak kawan dengan kita cuma belum bertemu je lagi. Biarkan dorang sebab kita tak rugi apa2 malah untung ada la. Korang tak payah nak berkecil hati dgn dorang kalau tak dipedulikan. Yang penting, kita sekeluarga bahagia, gembira dan makin kuat.Ma abah kan ada...main dengan ma la...kita main layang2 ke...' wajah murung mereka memamng meruntun hati aku.
Itulah kata yang sering aku ucapkan bila mereka 'down'.
Allah Maha Besar dan Maha Penyayang. Sekarang, anak2 aku kuat dan tak kisah bila tidak dipedulikan oleh teman mereka malah tak disangka mereka dicari balik untuk berkawan. Aku pesan,'berkawan boleh tapi berhati2. Ma tak nak korang terkena lagi.'
Dan aku pula, dah lali dengan perangai mereka yang tua tapi macam budak2 hingusan. Aku sentiasa mengingati diri aku supaya tidak berdendam atau marah dengan mereka malah doakan supaya mereka murah rezeki dan hubungan kami pulih tanpa ada sengketa atau ada udang sebalik batu bila nak mula berkawan.
Aku sentiasa harap keredaanNYA bahwa apa aku lakukan untuk mengelakkan diri aku dari dicemari dengan umpat keji dan terikut perangai mereka yang tak elok . Aku mohon DIA mengampuni aku yang lebih bersikap mendiamkan diri pada teman2 tersebut macam orang kata kera sumbang. Aku tak kisah sebab aku bahagia dengan keluarga aku. Aku berdoa Allah sentiasa merahmatai dan berkati kami sekeluarga dan dikurniakan kesabaran yang tinggi.
Kawan aku sekarang, ALAF21FC! Dan lebih seronok aku dah ada ramai kenalan novelis. Seronoknye!!!!!!!! Gambar di bawah adalah antara akitiviti yang telah kami lakukan. Seronok kan, rami kawan!!!!!!!!! Tak ada umpat keji tak ada boikot memboikot....
Bersama Syarifah Abu Salem di rumahnya dalam Pasino 2
AJK Pasino
Aku bersama Norlina Alwi sewaktu dia dan anak2 Pusat Pernim bershopping di Tesco. Dia antara kawan yang cekal dan kuat semangat. Aku kagum dengan dia. Meluangkan sedikit masa di Pusat Pernim, hati aku tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak2 malang tersebut. Norlina berjuang sendirian bersama suami dan anak2 membesarkan bayi2 pesakit HIV/AIDS yang kini sudah meningkat ke alam persekolahan. Siapa insan yang mampu melakukan semua itu jika bukan Norlina. Allah bersama orang2 yang ikhlas dan sabar.