Saturday, January 16, 2010

Suami jenis apakah dia??

Kadang2 rasa keciwa dan geram dengan sikap orang lelaki yang bergelar suami. Allah dah kirimkan seorang hawa untuk bersama mereka, menjaga hati mereka, memasak, melahirkan anak untuk mereka, bekerja untuk membantu mereka dan berbagai2 lagi.

Namun masih ada suami yang tidak cukup dengan apa yang isteri dah beri. Itulah sikap manusia kan. Kalau perempuan perangai macam tu pasti seantero dunia mengutuk. Kalau lelaki pasang bukan sekeliling pinggang tapi sekeliling kuku kaki yang dah bau busuk tu, dunia masih tersenyum!

Aku bukan menghina lelaki..bukan semua macam ni...ada beberapa bilangan mereka yang merendahkan terus tahap lelaki yang bergelar khalifah ini.

Cerita teman...

Suami dia cari perempuan di kalangan isteri orang malah sekarang janda dan anak dara pula. Bukan setakat bercinta tapi hingga ke bilik tidur! Anak dah sampai tak kenal nama..maklumlah dah berkemut anak. Bukan dia nak bantu isteri meringankan beban di rumah melayan kerenah anak tapi dia cari keseronokan di luar semata2 mengelak dari bertanggungjawab atas zuriat yang telah tercipta. Isteri berhempas pulas bekerja cari duit, jaga ruamatangga, anak2, malah maruah suami di jaga rapi. Layan suami seperti raja,apa lagi yang dia nak pun tak tau. Agaknya dia suka benda2 yang haram!

Aku tanya teman itu, apa perasaan dia. Dia kata apa tau..

Hati aku dah mati untuk dia. Dia tak balik langsung pun aku tak kisah. Anak2 lagi suka. Aku kerja balik kerja terus urus rumah. Nak jumpa jiran pun segan sebab mereka dah tau walau bukan dari mulut aku. Biarlah...aku tak buat dosa tu. Dah penat aku nasihat..tapi tak juga berubah. Umur dah senja tapi hati dia masih perasan muda..

Kau tak adukan pada jabatan agama?

Aku dah pernah adu dan kami hampir bercerai..tapi jodoh kami masih panjang. Aku mengandung..

Aku pandang dia.

Bagi aku ini semua sudah tertulis. Kau jaga macamana sekalipun hingga doktor jamin takkan mengandung, tapi dah kunfayakun..bukankah DIA Maha Tahu akan semua...aku redha..baby ni satu rahmat bagi aku. walau letih dah penat..aku redha...


Aku pandang dia juga.

Dia masih ada kebaikan. Dia tak pernah pukul kami anak beranak.  Belanja dapur dan anak2 sekolah dia tak abai. Cuma dia kaki perempuan. Aku dah usaha yang terdaya, selebihnya aku serah pada DIA. Aku bertawakal. Kalau jodoh kami tak panjang aku terima seadanya.

Aku masih pandang dia juga. Wanita penyabar dan tabah itu bukan tak berusaha. Dia dah cuba berbagai cara hingga bersemuka dengan perempuan2 tersebut. Jumpa juga ketua jabatan.

Endingna tetap sama. Kalau aku ditempat dia belum tentu aku sekuat dia.

Mengapa lelaki boleh menyiksa diri sendiri sebegitu. Tidakkah mereka terfikir azab api neraka akan segala onar yang mereka lakukan apatah lagi dosa dengan suami pasangan permukahan mereka. Tak terfikirkah mereka jika isteri mendapat penyakit atas segala onar mereka.

Na'uzubillah...jagalah diri kita dan keluarga serta berdoalah agar jiwa kita kukuh dalam iman dan takwa.

No comments:

Post a Comment