Monday, August 31, 2009

Hari ni Hari jadi mak

Hari ni harijadi mak. Lepas sahur tadi, tetiba teringat mak...

Birthday terakhir mak aritu, aku sambut dalam keadaan pantang 15 hari lepas lahirkan Aida. Tak celebrate apa sangat sebab masih dalam keadaan sakit. Demi sayang pada seorang mak yang banyak berjasa pada aku anak bongsunya, aku pergi ke rumah mak untuk meraikan. Mak ceria betul...suka dia melihat kami datang. Mak memang macam tu, selalu sibuk2 kalau orang datang. Tak kiralah aku ke,kakak2 aku ke atau abang2 aku ke yang datang, dia ceria sekali. (Itulah agaknya aku bila anak2 aku dah besar dan meninggalkan rumah bagi memulakan hidup sendiri..sob sob...nak berpisah dengan anak2 tu yang tak sanggup rasanya. Walau dah 7 orang, aku selalu kira...rasa macam tak cukupppppppp je....hahahahaha....)

Aku masih ingat kata2 aku masa duduk bersantai dengan mak. Kami berbual pasal kematian. Aku cakap pasal kenduri arwah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah maka ia dianggap bidaah. Aku bertanya pada mak pasal ni. Aku lihat mak pandang keluar, rumah, jauh...telus menuju alam yang tidak pasti. Berkali aku panggil mak tapi dia bagai terleka.

Balik rumah, aku pulak yang temenung kuatir kata2 aku tadi menyinggung perasaan mak. Kuatir aku itu membuat aku telefon mak minta maaf jika kata2 aku terlebih ayat. Mak kata dia tak perasan aku kata apa.

Selang lebih kurang 2 minggu lepas tu mak datang rumah aku bersama anak2 buah seramai 2 orang. Mak ceria dan gembira sekali melihat cucu barunya. Aku pelawa mak tidur rumah aku. Mak nak tapi risau anak buah yang esok sekolah pulak. Mak sebenarnya risau juga pasal aku yang masih dalam pantang, operate lak tu dan dia tak bantu aku untuk jaga aku. Ala...aku kata, orang dah biasa la mak.Mak jangan risau.

Mak senyum je. Kami berbual panjang dalam suasana yang begitu harmoni. Ada terlintas dalam hati nak bergambar dengan mak tapi aku pendam hingga terlupa terus!

13.9 mak demam tapi demam biasa mak kata. Dia minta aku belikan air coklat sebab masa mengandung aku minum air coklat untuk memudahkan aku buang air. Aku belikan tapi mak pulak lepas tu muntah2. Aku ziarahi mak untuk melihat keadaannya. Dia tak nak pulak ke klinik sebab dah ada ubat katanya.

Aku kerap juga telefon mak. Ada satu hari aku telefon, mak ceriaaaaaaaa sesangat. Macam tak ada apa2 berlaku. Macam tak demam lak. Aku seronok melayan mak. Kami ketawa dan bergaduh dalam telefon. Rasa rindu pulak nak jumpa mak masa tu.....tapi suami aku kerja dan aku tak boleh nak memandu dalam keadaan macam ni. Pulak tu kereta proton aku tu agak susah nak bawa. Stereng berat, clutch dan gear..sikit punya susah dan berat.


16.9........aku sambung pada tarikh tu nanti............

Friday, August 21, 2009

Kursus pembuatan coklat di LKM

Dah lama nak citer pasal kursus coklat kat LKM Bangi ni...

Sebenarnya ia bagai rezeki terpijak. Khairul menghubungi aku untuk confirm tempat yang ada 2 kekosongan lagi iaitu utk aku dan kakak aku, Rikha. Peluang yang datang sekali ini aku rembat sbb cik abang bagi green lite.

Teruja sebab nak menambah ilmu pembikinan coklat walau dah 2 tempat aku belajar. Ada 25 student bersama kami hari itu. Kami yang tak pernah ke Bangi keluar awal bagi mengelakkan kesesakan. Dah lapor benar rasanya lalu kami bfast dulu lepas mendaftar. Bila sampai kat dewan semula, ish...ada kameraman la....

Rupa2nya hari itu ada shooting untuk rancangan TV2 yg akan disiarkan pada bulan Oktober ni dan kelas kami terpilih untuk shooting selama 2 hari!!

Wow!jadi bintang pelem lak kami ari ni. Seronok beb! Kami memulakan shooting dari mendaftar hingga ke akhir pelajaran pada hari ke 2. Sherina pun ada la...... tapi gambar aku tak ada lak dgn dia..ish....

Inilah gambar aku dan cokelat2 kami. Ada sedap????Memang lazat!!!!




Wednesday, August 12, 2009

Masjid dikunci,telekung terkunci??


Macamana tu? Bukan ke masjid tempat untuk setiap umat yang mahu menunaikan ibadat solat maupun melepas lelah pada musafir barang seketika. Bukan ke masjid adalah tempat mesyuarah yang paling afdal selain menunaikan solat.

Kisah ini dah agak lama berlaku cuma aku saja yang tidak sempat untuk update di blog. Suami dan aku pergi ke Shah Alam kerana menghantar coklat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke masjid dulu untuk menunaikan solat Zuhur sebelum ke Puchong untuk membeli kotak coklat. Suami aku kata dia biasa ke masjid ini meski agak jauh dari tempat kerjanya. Mudah dan tenang....katanya.

Suami aku menunjukkan bilik air wanita sebelum dia sendiri ke bilik air lelaki. Selesai, aku mencari tempat mengambil wuduk. Melilau aku mencari namun tak juga bertemu hingga aku terpaksa tawaf masjid tersebut. Tiada siapa pula kelihatan untuk aku bertanya. Suami aku pula sedang mendirikan solat.

Nasib aku baik sebab ada seorang jemaah lelaki baru selesai solat. Malangnya dia sendiri tidak tau dimana tempat mengambil wuduk perempuan tapi dia sama2 membantu aku mencari. Pelik tak ada pulak. Jadi dia mengusul aku mengambil wuduk ditempat lelaki sementelah tiada siapa. Cepat2 aku mengambil wuduk.

Aku diduga sekali lagi bila tiada telekung!!Rupa2nya telekung dikunci.Pelik, tidak pernah aku jumpa mana2 masjid yg menidakkan keperluan jemaah wanita. Aku sengaja tidak membawa kerana sudah biasa kalau singgah mana2 masjid atau sarau pasti ada telekung. Kami berfikiran positif, mungkin ada pencuri sebab itu ia dikunci.

Suami aku mencadangkan agar aku guna kain pelekat dia untuk dijadikan telekung. Alhamdulillah aku ternampak satu lagi kain pelekat tersangkut di situ. Tanpa membuang masa aku menyarungkan kedua2 kain pelikat untuk menunaikan solat zohor sementara suami ku yang mulia hatinya guard aku di ruang yang sama dia solat.

Lantas jadilah seperti dibawah....

How am I look like? New fashion maaaaa....

ALLAH MEMUDAHKAN....ALHAMDULILLAH....

Tuesday, August 4, 2009

Ish ish ish....

Bila dah duduk rumah ni, ada je kerja nak buat. Nak buat coklat lagi, nak layan anak lagi. Tapi aku bersyukur sebab melihat anak2 aku depan mata. Walau ada masa terpaksa berperang dengan Iman (lasak dan tak boleh duduk diam!!), aku redha. Dia pulak makin kuat makan!

Kadang2 terpaksa keluar, rasa sayang nak tinggalkan Alisha dan Iman. Tapi terpaksa.

Nak jadi cerita, masa aku sibuk kat dapur, aku tinggalkan Alisha dengan Izzati dekat hall. Izzati memang rajin layan adik dia tu. Tapi lepas tu aku rasa macam pelik sebab tak dengar sebarang bunyi maupun bunyi sret sret dari walker Alisha. Ish..tak boleh jadi ni....

Bila aku ke depan ....laaaaaaaaaaaa.....siannya Alisha...............



Izzati...muka toyeeee je yeeeeeeeeeeeeeeee....