Tuesday, December 14, 2010

Aku merinduinya..vol 5


‘Amir, kalau Amir dah tak sayang ibu, ibu faham. Ibu terima sebab melahirkan dan membesarkan Amir adalah sesuatu yang amat berharga bagi ibu. Tak apa,cukuplah apa yang telah ibu miliki setakat ini.Tapi tolong sayangi Nadia. Kalau ibu dah tak ada. siapa lagi yang Nadia ada untuk dikasihi. Tolong la ibu…’rayuku. Simpati yang meruah pada Nadia membuat aku sebak.
Segera Amir berlutu dan menggenggam jemariku.
‘Ampunkan Amir bu. Ampunkan Amir. Amir yang salah sebab cemburu tengok ibu asyik layan Nadia. Amir jauh hati dengan ayah yang tidak pedulikan Amir. Amir keciwa sangat.’
Kesian anakku ini, tidak patut suami ku mengenepikan Amir yang sewaktu kecil dulu amat dimanjakan.
‘Tapi…sekarang Amir sedar. Selama ini sayang ibu tidak pernah surut pada Amir Cuma Amir yang tidak nampak. Amir yang buta kerana cemburu tak bertempat. Ampunkan Amir bu,AMmr janji Amir akan ubah sikap Amir. Amir akan layan Nadia sebaik-baik seorang abang. Amir berdosa dengan Nadia ibu,’ tangis Amir mengundang pilu di hati ini.
Kesian Amir….
‘Ibu…’ suara lembut dan halus mencuri perhatian kami. Segera kami memandang wajah comel yang terpisat-pisat sambil memeluk anak patungnya. Amir bangun dan segera mendukung Nadia. Si kecilku yang kehairanan segera ketawa riang bila abangnya mencium pipinya bertubi-tubi.
‘Maafkan abang ye sayang. Lepas ni abang tak akan tinggalkan Nadia lagi ye. Teruk abang kan.’
Nadia memeluk leher Amir seperti enggan melepaskan dia pergi. Ah..rindu anak kecil itu begitu kuat sekali. Alhamdulillah….lapang dadaku melihat anak-anakku itu.
‘sudah tu, mari sarapan. Ibu dah tak larat nak berlapar lagi ni,’gesa ku.
Amir tersenyum lantas segera dia menuang air milo sebelum ia sejuk. Kami bersarapan dengan senda gurau yang terlalu lama aku rindukan. Alhamdulillah….
Suamiku...ahh..biarlah..aku lelah mengejar cintanya...

1 comment: