Monday, April 27, 2009

TUHAN LEBIH TAHU


Memang Tuhan lebih tahu..segala yang tersembunyi,tersorok dan terselit di hati sanubari, DIA maha mengetahui dan jangan menyangkal segala yang berlaku ada hikmah yang kita tidak tahu. Macam pergi ke NB Kara, hajat nak beli satu novel je..upss.sampai 3 beb...insyallah..akan cari lagi ye..


Novel TLT menyeronokkan untuk dibaca. Walau tebal mana, aku mampu habiskan dengan Alisha disebelah.


Rina..bintang utama ..dia gadis yang lembut hati walau nampak saja keras. Mudah kasihan tanpa memikirkan natijah hasil perbuatannya. Padahnya dia mengandungkan anak Hazry dan di buang oleh ibu kandung sendiri. Hikmahnya, dia bertemu Azrafel dan keluarga mentua yang amat baik sekali. Sifatnya berubah menjadi lebih matang dan kuat selepas berkahwin.


Azrafel...aku amat menyenangi sifat Azfarel yang begitu baik dan mempunyai hati yang tulus. Walau Rina sudah ter'tebuk', demi cinta dia sanggup menikahi Rina. Dia sanggup menjadi galang untuk di keji dan seranah oleh ibu Rina sendiri. Silapnya dia terlalu mengikut kata hati yang cemburu dan memikirkan perkara yang tidak berasas. Sakit tumornya yang kian serius menjadikan fikirannya tidak menentu.


Hazry...pada dasarnya dia memiliki sifat yang baik hanya terlebih manja dan sebenarnya mempunyai sikap gelojoh. Dia suka memaksa tanpa peduli perasaan orang lain hingga akhirnya dia bertemu jodoh dengan Nafisa yang bagai buku bertemu ruas. Sama-sama degil, keras kepala dan ikut angin sendiri.


Mulanya aku ingatkan akhir nanti Hazry yang akan mengahwini Rina. Agak terkilan jugak sebab bagi aku Hazry bukan sebaik Azrafel yang sesungguh dan sepenuh hati mengasihi Rina dan menjadi penyinar hidup wanita itu. Tapi kalau dah takdir siapa yang boleh katakan...But finally..hehhe...nasib baik kan! Lega sungguh hati saya..


Novel ini santai dan menarik. Cuma ada beberapa part yang agak longgar seperti Elisha yang sedar dari kesilapan dan kejahatannya. Cara Elisha bertaubat terlalu mudah. Dia yang jadi punca kemelut segalanya, lebih cantik kalau musibah ke atas dia dibesarkan plotnya dan buat pembaca rasa real gitu. Begitu juga pada Nafisa, lebih menarik kalau plot dia ditangkap basah dipanjangkan pada Datin Faridah yang sombong biar dia pula melihat natijah kesombongannya membuat anak sendiri menconteng arang.


Walau pun ada part yang longgar ia tidak mengganggu jalan cerita yang baik dan menarik. Suka melihat telatah Ikhzal yang bijak nakal. Rasa geram dengan kejahatan Elisha,model yang cantik tapi berhati busuk. Nafisa yang mengada-ngada yang amat!


Apapun, tahniah untuk Nora kerana berjaya memikat hati aku untuk terus membaca. Moga lebih sukses di keluaran yang baru ye...

2 comments:

  1. Hebat juga, baru lepas pesta sudah habis sebuah buku.

    ReplyDelete
  2. baca dgn Alisha..laju la abg long sbb 4 mata baca...

    ReplyDelete