Terpejam mata Alisha kena peluk ..
Sepatutnya aku sudah pun menjejak kaki ke PWTC untuk Book fair 09. Seharusnya juga aku sudah pun memiliki beberapa novel di tangan. Dan sudah pasti juga aku seronok bertemu novelis2 di sana. Apapun....kita merancang DIA yang menentukan...
Sedih juga tak dapat sama2 utk menggeledah segala bahan bacaan di sana. Tapi tak apalah... Alisha ada untuk menenangkan aku. Manja dan aksi spontannya memang mengujakan. MeliHAt tiap haRI ada saja ilmu baru diperoleh, amat menyeronokkan. Iman, abangnya tak pernah siakan waktu untuk menghisap jari mulus Alisha. Sesekali dia ter'sasul' tergigit jari kecil itu. Menjerit sekejap Alisha tapi tak menangis. Hemp..apalagi...siap la kena 'toce' ngan mama dia. Iman sengih memanjang jeee....geram aku tengok..
Alisha dengan aksi akrobatnye...
Seronok kan kalau bergurau dengnan anak2? Tapi kenapa ada manusia tega mendera dan membuang bayi dan kanak2. Kenapa ada manusia berhati binatang sanggup mendera kanak2 kecil hingga mati. Aku masih tidak mampu lupa menonton video clips dari kak Senah,cousin aku kat Singapura, tentang seorang kanak2 dipijak dgn kejam oleh pembantu rumah.menjerit2 budak tu menangis kesakitan. Masih terbayang..masih teringat beb. Kesannya aku menangis dan sedih berpanjangan. Aku tak sanggup nak tengok habis..
Balik ke rumah aku terus peluk Alisha, Iman dan AIda. Dalam hati rasa kasih melimpah ruah, rasa kesian tak bertepi terhadap anak2 yang tak mengenal apa.
Kalau tak mampu jaga anak, beri pada mereka yang berhajat dan sanggup menjaga dengan baik. Jika tak nak beranak, jagalah supaya tidak mengandung. Ini tidak, bayi di buang seperti anak kucing. Tidak ada perasaan simpati ke melihat bayi tersebut menjerit kesakitan di gigit semut dan paling teruk di baham dek anjing. Astagfirullahal'azim...
Aku mohon belas dari Allah, agar manusia2 durjana tersebut dipusing hati mereka bertaubat dan menyesal perbuatan kejam mereka dan pada yang ada niat nak buang bayi dan mendera anak, dibalikkan hati mereka agar kanak2 dan bayi tersebut dikasihi dan disayangi sepenuh hati.
KASIHANILAH KANAK2 KERANA KITA PERNAH MERASAI ZAMAN ITU. JIKA KITA PERNAH DIDERA, JADIKAN SEMPADAN AGAR IA TIDAK BERULANG PADA MEREKA YANG COMEL DAN MANIS ITU... JANGAN BIAR DERITA BERPANJANGAN...
ehehhe..comelnya anak akak ni...geram tgknya...leh tak mas buat dia sbg anak angkat mas..
ReplyDeleteboleh..happy to hear that...mas nak alisha panggil apa?ibu ke bonda ke...akk letih dokong dia mas take over ek
ReplyDeletehehehehe...panggil bonda lah..baper berat dak alisha ni kak???sampai akak pun tak larat nak dukung dia..yahooo... ada baby baru...
ReplyDeletenti akk bawak g injek,akk timbang ek..lasak dia mas..nak menyusu pun sibuk pusing sana sini.pantang dengar suara..cepat2 dia kalih nak tengok sapa yg bercakap tu.pastu cepat2 pusing balik nak susu.kdg2 akk pedajal dia, tutup je..hehehhehe...
ReplyDelete