Wednesday, April 1, 2009

Kawan




Bagaimana anda menerima seseorang sebagai kawan? Adakah cukup sekadar 'hai' saja dan berbual atau meneruskan hubungan untuk memanjangkan silaturahim. Bersedia menerima kelebihan dan kekurangan dia. Aku suka berkawan dan lebih seronok bila kita sekepala. Tapi kalau ada yang perangai ganas dan tunjuk dia bagus dari segala, aku biarkan saja, buat buang air liur layan kerenah orang macam ni. Lebih2 pun aku borak2 biasa je....



Kawan aku di Kelantan adalah satu2nya yang aku boleh anggap kawan baik. Bukan maksud aku yang lain bukan kawan. Semua kawan tapi dia seorang kawan istimewa. Kami dipertemukan berpuluh tahun dahulu, berpisah dan bertemu kembali saat aku amat memerlukan seseorang. Takdir Allah yang Maha Besar,tiada siapa terduga.


Perkahwinan kawan baik aku tu pada tahun 1988..betul tak na?

Kami bertekak, bergaduh,bertukar fikiran, menangis dan ketawa bersama. Malah adakala impian juga sama. Ada masanya saat aku teringatkan dia dan baru saja mahu press 'speed dial' dia dah telefon aku atas sebab yang sama. Pakkal lah kami berjauhan..kalau tidak mahu berjumpa tiap hujung minggu. Atau lebih menarik kami boleh buka bisnes bersama.



Aku ada seseorang yang aku hormati begitu juga teman2 yang lain. Aku suka mengusik dia tiap kali pulang kerja. Kerap aku perasan dia takkan tegur aku jika aku tak mulakan. Tak kisah lah..sebab dia lebih berusia dari aku. Tup tup, jadi cerita aku sekeluarga dipulaukan. Lebih menyedihkan bila anak aku yang berusia setahun pun dia boikot. Sadisnya, entah apa hantu yang rasuk dia, dia menghasut supaya anak2 jiran jangan bermain dengan anak2 aku.

Hiba hati bila anak2 aku sering mengadu mereka tidak diperdulikan bila bersama. Dan mereka mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Anak aku kecil lagi sudah menerima nasib di pulaukan oleh orang dewasa yang merasuk anak2 supaya ikut perangai mereka!



'Biarlah sayang...kalau dorang tak nak kawan dengan kita, ada ramai lagi di luar tu yang nak kawan dengan kita cuma belum bertemu je lagi. Biarkan dorang sebab kita tak rugi apa2 malah untung ada la. Korang tak payah nak berkecil hati dgn dorang kalau tak dipedulikan. Yang penting, kita sekeluarga bahagia, gembira dan makin kuat.Ma abah kan ada...main dengan ma la...kita main layang2 ke...' wajah murung mereka memamng meruntun hati aku.



Itulah kata yang sering aku ucapkan bila mereka 'down'.



Allah Maha Besar dan Maha Penyayang. Sekarang, anak2 aku kuat dan tak kisah bila tidak dipedulikan oleh teman mereka malah tak disangka mereka dicari balik untuk berkawan. Aku pesan,'berkawan boleh tapi berhati2. Ma tak nak korang terkena lagi.'


Dan aku pula, dah lali dengan perangai mereka yang tua tapi macam budak2 hingusan. Aku sentiasa mengingati diri aku supaya tidak berdendam atau marah dengan mereka malah doakan supaya mereka murah rezeki dan hubungan kami pulih tanpa ada sengketa atau ada udang sebalik batu bila nak mula berkawan.


Aku sentiasa harap keredaanNYA bahwa apa aku lakukan untuk mengelakkan diri aku dari dicemari dengan umpat keji dan terikut perangai mereka yang tak elok . Aku mohon DIA mengampuni aku yang lebih bersikap mendiamkan diri pada teman2 tersebut macam orang kata kera sumbang. Aku tak kisah sebab aku bahagia dengan keluarga aku. Aku berdoa Allah sentiasa merahmatai dan berkati kami sekeluarga dan dikurniakan kesabaran yang tinggi.


Kawan aku sekarang, ALAF21FC! Dan lebih seronok aku dah ada ramai kenalan novelis. Seronoknye!!!!!!!! Gambar di bawah adalah antara akitiviti yang telah kami lakukan. Seronok kan, rami kawan!!!!!!!!! Tak ada umpat keji tak ada boikot memboikot....


Bersama Salmah dan A.Samad Said semasa Pelancaran Novel Nostalgia

Bersama Ramlee Awang Murshid dan peserta yang menjayakan Pasino 1

Bersama Syarifah Abu Salem di rumahnya dalam Pasino 2



AJK Pasino

Aku bersama Norlina Alwi sewaktu dia dan anak2 Pusat Pernim bershopping di Tesco. Dia antara kawan yang cekal dan kuat semangat. Aku kagum dengan dia. Meluangkan sedikit masa di Pusat Pernim, hati aku tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak2 malang tersebut. Norlina berjuang sendirian bersama suami dan anak2 membesarkan bayi2 pesakit HIV/AIDS yang kini sudah meningkat ke alam persekolahan. Siapa insan yang mampu melakukan semua itu jika bukan Norlina. Allah bersama orang2 yang ikhlas dan sabar.

1 comment: