Alisha batuk teruk. Kesian sangat tengok dia. Tiap kali dia batuk aku urut belakang dia dan doa mintak ALLAH pulihkan dia dari batuknya. Aku sanggup ambil cuti berhari2 untuk jaga Alisha sebab bagi aku sentuhan ibu teramat istimewa bagi anak2 lebih2 lagi ALisHa masih menyusu badan. Dan tiap kali menyusukan dia, aku akan memohon biar susu yang dikurniakanNYA ini menjadi penawar pada sakit ALisha.
Aku mandikan dia dengan ais! Letak air dalam besin, kemudian masukan sedikit garam dan airbatu barang seketul dua. Pastu ambil seri wajah dengan selawat aku berdoa agar Alisha pulih dari batuk selsemanya. Amboi!!!!Alisha tak nak kuar dari besin!!! Punya menangis macam kena cubit! OK la...mama letak balik...seronok dia tendang2 air..abis dapur basah..tak pe...baby lagi, dah besar wat cam tu memang laaa...
Iman tetiba demam pagi tadi. Nasib baik abah dia cuti..aku kat office ni pun dah melayang je..tak cukup tidur dan tekanan darah rendah. Alisha diberi makan produk CVT-sinar, masukkan dalam air dan minum. Suka betul dia!!Alhamdulillah malam tadi dah nampak kesannya. Dia dah boleh bergurau senda dengan ceria sekali... Iman pun sekarang ambil Basic. Hajah Rahimah banyak membantu aku dengan memberi nasihat dan tips2 berguna. Kakak aku pun selalu gak jadi bahan rujukan aku..
Ain periksa pertengahan tahun Isnin ni. Dia tak pernah lupa telefon aku tiap ujiannya minta aku doakan dan minta ampun maaf dari aku dan abahnya. Dia sedang dalam persediaan SPMnya ujung tahun ni...aku harap dia kuat dan tenang selalu...
Nizam...demam tonsil.dah 4 hari tak masuk kolej. Semalam aku temankan dia ke klinik dan dia beli 2 bekas aiskerim, satu untuk dia dan satu untuk adik2nya. Biar lega sikit tekaknya. doktor dah pesan suruh buang tonsil tu...
Adilah, Ati, Aida...alhamdulillah mereka banyak membantu aku uruskan sedikit sebanyak hal rumah masa aku tengah sibuk layan anak2 yg tengah tak sihat ni. Terima kasih banyak kat anak2 aku semua...
Inilah ujian yang harus aku terima dengan tabah dan sabar...ada hikmah disebalik setiap kejadian. Dan aku mohon anak2 aku juga dikurniakan kesabaran dan iman yang kuat menghadapi tiap ujian.
senyum Alisha buat aku tak sabar nak balik..
akak...skrg ni memang musim demam,batuk sesema..mas ni pun tak baik2 lagi..hari isnin dengan selasa lepas mas kena tahan hospital sebab disuspect kena cingkuniya(betul ke ejaan ni).eheheh..tapi nasib baik negatif kalau tak abis lah mas...
ReplyDelete1.1.09 akk kena chikun,warded 3 hari.lebih parah suami dan anak sulung pun kena.alhmadulillah yg kecik2 ok. akk dah dehydrated.berbotol2 air masuk.pastu sampai la ni sesekali joints sakit.
ReplyDeletealhamdulillah mas tak kena.kesian dia ..demam sorang2 je ke
dah ok ke kak? dak whilea tu masih batuk lagi. tapi tak seteruk aritu lah.
ReplyDeletecumelnye alisha.....
ReplyDelete