Tuesday, May 12, 2009

Pertemuan yang menguntumkan senyum

Dah lama rasanya tak menulis. Sibuk apa yek?Ooo..Ujung minggu lepas ada aktiviti wat coklat dan jumpa Liza Zahira. Pastu ada lagi perjumpaan dengan member coklat..


Aku wat coklat dan cc moist coc untuk hari guru dan dibawa ke asrama.. Tengahari tu ada date dengan Liza Zahira di Bangunan SACC Shah Alam. Niat nak kasi teman2 yang hadir rasa coklat buatan tangan disamping gift pada Liza Zahira sebab sudi jemput saya. Mr Darling suruh g sendiri..alahai..sy buta jalan nih...last2 dia hantar juga sebab kesian tengok saya nak buat itu ini...Alisha banyak kali dah buat pengumuman nak mama dia tau. Sabar je la...


Bawa la askar 4 orang. Kecoh restoran Asiana (betul ke) dengan riuh anak2 aku terutama Iman. Bertemu Mersik, abang long, Fazila dan pemenang2 peraduan novel Liza Zahira. Salah sorangnya Akimsensei. Seronok tapi aku terlewat sampai ..sorry ye Liza.


Lepas tu, ke Matic jumpa Fatim nak bagi buku. Amboi! Dia masuk teater la. Fatim jemput aku menghadiri teater yg akan dipentaskan Julai ini. Seronok gak...aku mmg tak pernah tengok teater walau minat. Insyallah..sapa nak join???


Pastu balik dulu sbb nak antar Ain balik asrama. Kesian anak aku demam... Iman terjerit2 nak ikut. Ish ..tak payah la nanti macam2 dia nak, usik abah dia. Aku jumpa pulak Ku yah kat Cheras. Borak2 sekejap kat tengah jalan dengan anak dia yang chubby. Geram aku tengok.

Last sekali pukul 6.30 pm jumpa Zu ra kat Kg Pandan. Berbual senja2 tu kat tengah jalan mak orang nih... seronok jumpa Zu ra. Siap nak kirim beli mould kalau dia pergi Wilton.


Patut aku jumpa Norasiah dan Nurul gak tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi buku2
VARIASI DEKORASI COKLAT aku pegang dulu sementara mereka2 yg lain bagi feedback bila boleh ambil.


Malam..baruuuuuuuuuulah aku jumpa Alisha balik. Shian dia..diabaikan..sorry la sayang, lain kali ma tinggal2kan lagi..hehehe..aku tau Alisha faham dengan keadaan mama dia sekarang ni lebih2 lagi aku dah nak berenti keje.Mr darling ngan Nizam pakat kenakan aku yang balik sampai maghrib. Mana pernah mama dia balik lewat camtu..hehe...


Baru jual buku dah lambat balik tu. Lum lagi bukak kedai buku tu...


Antara kata2 manis dari mr darling dan anak aku...Aku? senyum je la...

3 comments:

  1. wah...
    punyalah banyak memember yg dijumpai sepanjang hari...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. satu ahri nanti sy nak jumpa ida lak. seronok tgk byk coklat tuh..nak nengok petiasi baru ..hehehehehe

    ReplyDelete