Macamana tu? Bukan ke masjid tempat untuk setiap umat yang mahu menunaikan ibadat solat maupun melepas lelah pada musafir barang seketika. Bukan ke masjid adalah tempat mesyuarah yang paling afdal selain menunaikan solat.
Kisah ini dah agak lama berlaku cuma aku saja yang tidak sempat untuk update di blog. Suami dan aku pergi ke Shah Alam kerana menghantar coklat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke masjid dulu untuk menunaikan solat Zuhur sebelum ke Puchong untuk membeli kotak coklat. Suami aku kata dia biasa ke masjid ini meski agak jauh dari tempat kerjanya. Mudah dan tenang....katanya.
Suami aku menunjukkan bilik air wanita sebelum dia sendiri ke bilik air lelaki. Selesai, aku mencari tempat mengambil wuduk. Melilau aku mencari namun tak juga bertemu hingga aku terpaksa tawaf masjid tersebut. Tiada siapa pula kelihatan untuk aku bertanya. Suami aku pula sedang mendirikan solat.
Nasib aku baik sebab ada seorang jemaah lelaki baru selesai solat. Malangnya dia sendiri tidak tau dimana tempat mengambil wuduk perempuan tapi dia sama2 membantu aku mencari. Pelik tak ada pulak. Jadi dia mengusul aku mengambil wuduk ditempat lelaki sementelah tiada siapa. Cepat2 aku mengambil wuduk.
Aku diduga sekali lagi bila tiada telekung!!Rupa2nya telekung dikunci.Pelik, tidak pernah aku jumpa mana2 masjid yg menidakkan keperluan jemaah wanita. Aku sengaja tidak membawa kerana sudah biasa kalau singgah mana2 masjid atau sarau pasti ada telekung. Kami berfikiran positif, mungkin ada pencuri sebab itu ia dikunci.
Suami aku mencadangkan agar aku guna kain pelekat dia untuk dijadikan telekung. Alhamdulillah aku ternampak satu lagi kain pelekat tersangkut di situ. Tanpa membuang masa aku menyarungkan kedua2 kain pelikat untuk menunaikan solat zohor sementara suami ku yang mulia hatinya guard aku di ruang yang sama dia solat.
Lantas jadilah seperti dibawah....
How am I look like? New fashion maaaaa....
ALLAH MEMUDAHKAN....ALHAMDULILLAH....
kreatifnye..ape2lah asal jangan tinggalkan suruhan tuhan.
ReplyDeleteHm, salam singgah tuan punya blog.
ReplyDeleteBaguslah.Kreatif. Janji tak tinggal solat. Boleh tahu masjid mana tu?
miszmama
ReplyDeleteikutkan nak carik je masjid lain tp Allah permudahkan walau nampak pelik.
fusarium
Masjid tu kat area Shah Alam sebelum sy ke Puchong. Terletak dlm tama perumahan yg ada sekolah berhampiran.Nanti sy tanya suami dan inform ye.
Sangat2 kreatif lah kak ina nie...demi utk menunaikan kewajiban :)
ReplyDeletepelik sungguh... ada ke telekung dikunci?
ReplyDeletetapi alhamdulillah kamu x putus asa....