adakah hari ibu membawa kesedaran pada anak2 tentang pengorbanan ibu yang sanggup lakukan apa saja untuk anak tersayang?
Adakah hari ibu membawa pengertian yang mendalam untuk lebih mengasihi dan mengasihani ibu yang letih dan penat meladeni anak dari bayi lagi.
Adakah benar2 ada perasaan sayang dan perihatin terhadap ibu?
Biarlah dorang nak buat apa Na, akak dah tak kisah dah. Dorang nak lupa akak pun tak apa. Yang penting akak dah jalankan tanggungjawab akak menjaga dan mendidik mereka.
Puas akak nasihat, jenuh akak marah, tak sedikit akak pujuk...tapi ...entah la...biar la. Akak serah pada Dia. Akak pasrah jika anak akak tak ingat dan tak ambil tau pasal akak.
Kak Tun diam. mungkin teringat anak2 yang amat dirindui.
Macamana marah sekalipun akak dengan dorang, akak tetap ampunkan mereka walau sebesar zarah. Akak tak nak dorang masuk neraka Na.
Titis airmata melusuri pipi tua kak Tun. Aku ikut sedih melihat keadaannya. Kak Tun yang aku kenal dari muda hingga tua mengabdi diri pada keluarga. Hidupnya kerja dan pulang ke rumah mengadap suami dan anak2. Puas melayan mereka, dia mulakan tugas di dapur. Ketang ketung periuk belanga di dapur saban malam bagi mengisi perut anak dan suami. Letih dan penat dihalau ketepi. Suami membantu mana yang patut namun kak Tun adalah tunjang keluarga. Kasihnya tidak berbelah bagi. Dia tidak pernah ambil peduli keperluan dan keinginan untuk diri sendiri. Tidak ada dan tidak pernah.
Hingga tuanya menjelang, tulangnya kiah rapuh dan tenaganya kian berkurang. Kiranya anak2 akan menjadi sandaran membantu mengurangkan lelah, malang sekali, puas di kerah baru jalan itupun lepas Kak Nab mula naik angin. Saban waktu itulah yang berlaku hingga dia naik bosan. Akhirnya dibiarkan saja.
Dia tidak termampu nak lakukan semua dalam satu waktu. Sedih tapi terpendam di dalam. anak yang sudah diasuh dididik kini mencari ruang sendiri meninggalkan kak Nab terkapai2. Suaminya meninggal 5 tahun lalu maka apalagi yang tinggal pada Kak Nab...
Anak Kak Nab seramai 5 orang namun tiada satu pun yang tinggal dengan kak Nab. Mereka hanya datang menjenguknya sesekali atau mahu makan saja. Rumah yang dulu berseri dibiar sepi dan tanpa ada rasa tanggungjawab untuk dibaiki. Malah dibiar bersepah tidak dikemasi. Kak Nab sudah tidak mampu melakukan sendiri sementelah sakit belakang yang kian kerap dihadapinya. Tidak adakah sedikit kenangan yang mampu menyedarkan mereka akan segala kasih sayang orang tua mereka?
Na, jaga anak Na elok2. Sabar dan selalu doa untuk mereka supaya mereka jadi anak soleh dan solehah ye. Kak Nab sentiasa doa untuk mereka.Belum terjawap doa akak barangkali. Tak apa, akak tak putus asa Na.
Sampai ke situ doanya. Aku terkedu.
Kasih ibu tanpa sempadan.Biar punah tubuh tapi ingatan pada anak tetap berkekalan. Aku doakan anak2 Kak Nab kembali pada ibunya yang amat merinduinya dan aku pohon agar mereka insaf dan sedar akan segala pengorbanan ibu tua mereka.
Jangan jadikan hari ibu hanya kenangan, lakukan ia setiap hari demi ibu yang berkorban darah untuk sedikit cahaya pada anak. Riang seorang ibu adalah doa untuk anak2.