Tuesday, October 8, 2013

Nama saya Zarina. Kepakaran saya adalah membantu anda menyediakan akaun secara sistematik dan mudah untuk difahami. Perkidmatan ini merangkumi filing, susun atur dokumen2 yang anda tidak tau kepentingannya. 

Ada antara anda tidak menyimpan bil2, invois2 dengan bijak, di biar bersepah2 sahaja hingga ada yang hilang walhal semua itu sangat sangat sangat penting. Bila hujung tahun, ada yang termangu2 nak menutup akaun untuk tax maupun di audit. Tidak kurang juga ada yang tidak tau maupun ambil peduli berapa untung berapa rugi sebenar sebab main campur saja hingga duit peribadi pun dikira sekali. 

Akhirnya akaun anda tidak seperti yang anda harapkan. hingga akhirnya anda tidak tau berapa kos sebenar belian, jualan,  maintanence dan sebagainya. Bank statement pula sekadar nak tengok baki tapi sebenarnya bank statement banyak membantu anda memerhati keluar masuk duit. Mana tau anda tidak perasan duit terlebih masuk hahahaha..

Tengok tu...banyak kan perkara yang adan tidak tau. Pengalaman saya, saya berjumpa beberapa customer yang langsung tidak mengambil berat tentang dokumen2. Bila saya nak tutup akaun, kepala berpinar2 jadinya. Tapi kerja tetap kerja. Semangat ingin memebantu anda menjadi perkara utama.

Biar saya jelaskan seidkit sebanyak mengapa penyediaan akaun yang betul amat penting bagi syarikat anda. Ia memberi anda penjelasan secara terperinci kemana telah anda agihkan wang tunai anda setiap hari. Barangkali anda terlebih belanja kat makan je hingga menjejaskan aliran wang tunai yang sewajarnya diguna untuk kepentingan syarikat. Anda juga boleh mengetahui peningkatan jualan secara berterusan setiap bulan.

Kiraan kos jualan amat penting. Kalau silap kira untung kemana duit kemana. Budget amat penting untuk anda sediakan bagi penyediaan untuk tahun2 akan datang di mana anda boleh menyasarkan jualan yang perlu anda capai untuk tahun berikutnya. Tapi jangan terlebih budget nanti tak terkejar pulak.

Saya sedia membantu anda mengemaskini segala urusan akaun anda hingga ke tiitsan akhir!! Saya gembira melihat anda tersenyum melihat akaun anda 'update' setiap bulan. Melihat duit anda tersusun cantik dan rapi saya kerjakan kan kan kan..

Jiak anda bermiant untuk mengetahui lebih lanjut, sila pm saya atau hubungi saya. Terima kasih semua usahawan jutawan yang berjaya, bijak dan sangat sangat sangat saya sayangi!!!





Monday, October 7, 2013

Pengharapan

Dari hari ke hari, keinginan kian menggebu. Tak terasa bumi dipijak. Apa saja dilakukan pasti terbayang segala harapan bagai layar terpampang di depan mata, menganalisa segala apa bakal berlaku jika tindakan ini diteruskan.
 
Tapi biasalah.. ada ujian tiap keputusan. Samada kita bersedia menghadapinya atau biar ia berlalu sepi. Hati ini ingin sekali meneruskan tapi demi melihat 7 pasang mata berkelip2 menyorot tiap langkah kaki, terpancung segala impian. Bukan mereka penghalang tapi laluannya barangkali akan gawat sedikit. Apatah lagi segala keperluan kian meningkat dan mengikat kehendak diri.
 
Alisha si kecil, mendamba perhatian dan kasih sayang tak berbelah bagi. Kesian dia kalau tak dapat di sekolahkan tahun depan. Mata bulat dia bersinar bila disebut sekolah. Teruja sungguh dia. Merungut bila tidak diajar mengaji tapi sempat lagi bermain2. Lagak lucu, nakal terbayang2 di mata. Rindu tak pernah surut namun panggilan tugas mengatasi segalanya.
 
 
 
Yang lain2...Saya bukan mengatakan saya tidak mampu melakukannya. Bukan juga takut. Saya tau, memintalah, memohonlah, merayulah padaNYA... jangan sesekali kecundang mengharap. Samada cepat atau lambat, Allah pasti menunaikannya. Samada tertunai yang dipinta atau diganti dengan yang lebih baik. Segalanya dalam susunanNYA.
 
Riak air yang beralun perlahan, sekali2 akan timbul gelombang yang tak terduga.
 
Senang diputuskan, saya belum mampu melakukannya. Semangat saya belum seutuh mana. Saya masih menganyam harapan. Biasanya dalam keadaan begini, saya lebih suka berdiam. Mengalun zikir dan selawat. Ber Istigfar merentas lebuhraya Utara Selatan saban hari. Minta dikuat segala keazaman.
Mempertaruhkan segenap tenaga yang secubit ini. Airmata jadi murah saat2 ini. Tidak terkira dada ini bergetar menahan rasa.
 
Allah..aku kuat dengan kekuatanMu
Aku dicinta dengan kecintaanMu
Aku sabar dengan kesabaranMu
Aku rindu dalam kerinduanMu
 
aku mohon dari segenap rasa
izinkan aku menggapai impian
izinkan aku berlari mengejar pelangi
kerana kesulitan itu adalah nikmat anugerahMu
 
 
 
 

Tuesday, October 1, 2013

Assalamualaikum blog..knock knock!
 
Alamak!bersawangnyeeee!!.Mana puan rumah ni.tak reti2 ke nak bersihkan rumah ni! Taunya berangaaaaaan je!
 
Hehehe..bebel kat diri sendiri. Memang da lama sangat sangat sangat tinggalkan rumah ni kosong. Tapi sekarang nak move in balik. Dah angkut segala 'perabut' masuk. Segala dapur, laptop dah angkut! Tinggal nak susun atur sikit sebanyak.
 
Ada FB@ Ina Nazrina tu yang buat tak balik-balik rumah ni. Maaf rumah ku sayang.
 
Kenapa nak balik?? Ha'! tentu ada sebab yang bagus kan. Puncanya dari IJI la. IJI yang pujuk saya balik. IJI yang lembutkan hati saya balik rumah ni semula. Terima kasih DAO & IJI.
 
Kenapa guna blog lama? Kan Dao & IJI adalah kisah baru dalam hidup? Ala rumah ni merajuk ke.Tanya macam2 pulakkk. Ok saya jawab. Saya sayang hidup lama saya di sini. Walau kini ia kelam, saya akan sinarkan ia, gemerlapkan ia dengan isi2 yang indah2 belaka. Boleh kan?Cayang cayang jangan la merajuk lagi.(Ikut tuan dia...hihi)
 
Alhamdulillah...hidup kian bermakna. Bersama 7 orang anak meningkat dewasa, segala dugaan, ujian, cabaran, rintangan..saya hadapi dengan kasih sayang Allah. Ada masa terlalu stress membuatkan saya amat berjauh hati. Masjid jadi tempat saya berhenti melepas resah. Menangis menadah tangan memohon ehsan dariNYA. Merayu memohon cinta kasihNya. Kalau boleh nak tidur kat masjid tu..apa daya masjid tutup pukul 9 malam. Siap tok siak tunggu depan pintu.
 
Pernah terlintas hati nak keluar dari rumah, rehat diam2, di mana2. Tapi hati ini penuh kasih cinta pada anak2. Tak termampu nak lakukan semua. Wajah2 mereka silih berganti meraih perhatian minta jangan ditinggalkan. Jemari mereka bagai terganggam rapat tak ingin dilepas.
 
Tapi..itu cerita lama. Cerita masa tak tau apa2.  Cerita orang tengah 'mabuk' layan perasaan luka sendiri. Rasa kita je sedih, orang lain tidak. Hish! Teruk kan?
 
Sekarang langkah saya kian mantap. Saya paksa diri saya bangun dari lena. Keluar dari pasung. Pandang dunia dengan hati yang girang. Di mana2 ada orang sayang. Di mana2 ada kasih melimpah. Di mana2 ada rezeki melaut.
 
Rezeki? Semua orang pasti menanti dan mengejar terbaik, terkaya, terhebat..dan pastinya kehebatan ini dicantikkan dengan amal jariah. Meriahkan dengan selawat dan istigfar. Betul tak? Tak guna kaya raya tanpa syukur yang panjang. Tak berkat harta melimpah tanpa sedekah yang ikhlas. Tiap apa Allah bagi adalah pinjamanNya semata. Jangan takbur dan sombong bila nama di persada dunia.
 
Cerita pasal saya..saya suka menulis. Suka sangat sangat sangat menulis Sudah ada 5 cerita novel yang ralit saya karang. Malangnya thumb drive corrupted. Dah masuk ICU ..tak dapat diselamatkan juga. Maka sejak itu, semangat saya pudar. Passion saya hilang. Rawan yang panjang saya layan semaunya.Merajuk hati la tu ...hahaha..merajuk lagi?.
 
Bila masuk IJI, hati saya bagai di ketuk2 ..lembut dan perlahan. Membangkitkan tidur yang panjang. Mengingat azam yang terkubur. Alahai Ina ku sayang..peluang masih banyak untuk membina cerita. Bangunlah sebelum terpadam. Berdosa tak menulis tau. Berdosa tau, mati siksa, masuk neraka tau.
 
IT's my passion. My loveable. Saya sedang mengintai ilham yang malu2 untuk menunjuk diri. Segan kot sebab merajuk hari tu. Nantilah..saya pujuk dia. Merajuk lagi?
 
Sekarang, kepakaran?? Dah berpuluh tahun bergelumang dengannya dan ia amat sebati dalam diri. Sesusah mana, segetir mana, saya hadapi dan tekuni ia. Acap kali juga tersasar hingga rasa nak cabut kepala ni. hahaha..orang menggunakan skil minda mmg macam tu. Tak balance je, mulalah .. alamak...mana perginya niii!!!
 
Nanti saya sambung cerita apa kepakaran saya ye. Nak sambung kerja semula.
Have a very nice day ahead!
Syukran syukran
 
 
 
 

Thursday, January 26, 2012

upss...berabuknyeeee

Lama sudah ta kunjung teratak hamba..berabuknyeee.. sawang merata..nampak suram rumah hamba... nak kemas balik la rumah ni..so all are welcome!!!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Aku sayang kamu

Dah lamaaaaaaaaaaaa sangat rasanya tak online...sayang sungguh..
bila kita merasa baru tau pentingnya ia..
bila kita kehilangan..baru tau erti perpisahan..

ehh..apa aku torak ni..

Selama setahu setengah tak kerja..berbagai perkara yang berlaku...sedih dan susah..senang dan gembira .. kami anak beranak melalui bersama ..dengan yang terdekat..tiada yang terdekat.. kami dan keluarga kami .. nak cerita tak semestinya orang akan faham malah akan lebih medatangkan fitnah barangkali...jadi biarlah kami melalui denga tenang dan tabah.. aku tak mahu orang menganggap kami membebankan atau kami ni sajaaaa je..

eh.. melalut lagi..

Dalam banyak2 perkara anak2 paling utama. Hati ini akan gundah melihat anak entah bagaimana. Cuba sebaik mungkin..cari cara seelok mungkin..tak mampu juga...airmata pengganti kesedihan... marah kerap menguasai diri ..istigfar bergema di hati...apa jua ujian haya DIA Maha Mengetahui...

laa...melalut lagi...

Alisha dah 2 tahun.
Iman nak masuk 5 tahun..tahun depan tadika
Aida nak masuk darjah 2
Adilah nak naik tingkatan 1...kat mana ye...
Izzati nak naik tingkatan 4... kat mana ye...
Ain semester 2 UITM....
Nizam nak masuk kerja dah...


waaaaaa.....besar dah anak aku....
Alhamdulillah..segala pengalaman dan kepahitan adalah ubat yang mujarobah
yakin kasih sayang antara kami anak beranak adalah penawar kesedihan

AKU SAYANG KAMU SEMUA...

Aku merinduinya..vol 5


‘Amir, kalau Amir dah tak sayang ibu, ibu faham. Ibu terima sebab melahirkan dan membesarkan Amir adalah sesuatu yang amat berharga bagi ibu. Tak apa,cukuplah apa yang telah ibu miliki setakat ini.Tapi tolong sayangi Nadia. Kalau ibu dah tak ada. siapa lagi yang Nadia ada untuk dikasihi. Tolong la ibu…’rayuku. Simpati yang meruah pada Nadia membuat aku sebak.
Segera Amir berlutu dan menggenggam jemariku.
‘Ampunkan Amir bu. Ampunkan Amir. Amir yang salah sebab cemburu tengok ibu asyik layan Nadia. Amir jauh hati dengan ayah yang tidak pedulikan Amir. Amir keciwa sangat.’
Kesian anakku ini, tidak patut suami ku mengenepikan Amir yang sewaktu kecil dulu amat dimanjakan.
‘Tapi…sekarang Amir sedar. Selama ini sayang ibu tidak pernah surut pada Amir Cuma Amir yang tidak nampak. Amir yang buta kerana cemburu tak bertempat. Ampunkan Amir bu,AMmr janji Amir akan ubah sikap Amir. Amir akan layan Nadia sebaik-baik seorang abang. Amir berdosa dengan Nadia ibu,’ tangis Amir mengundang pilu di hati ini.
Kesian Amir….
‘Ibu…’ suara lembut dan halus mencuri perhatian kami. Segera kami memandang wajah comel yang terpisat-pisat sambil memeluk anak patungnya. Amir bangun dan segera mendukung Nadia. Si kecilku yang kehairanan segera ketawa riang bila abangnya mencium pipinya bertubi-tubi.
‘Maafkan abang ye sayang. Lepas ni abang tak akan tinggalkan Nadia lagi ye. Teruk abang kan.’
Nadia memeluk leher Amir seperti enggan melepaskan dia pergi. Ah..rindu anak kecil itu begitu kuat sekali. Alhamdulillah….lapang dadaku melihat anak-anakku itu.
‘sudah tu, mari sarapan. Ibu dah tak larat nak berlapar lagi ni,’gesa ku.
Amir tersenyum lantas segera dia menuang air milo sebelum ia sejuk. Kami bersarapan dengan senda gurau yang terlalu lama aku rindukan. Alhamdulillah….
Suamiku...ahh..biarlah..aku lelah mengejar cintanya...

Monday, December 13, 2010

Resepi biskut ala ala famous amos




Resepi ini saya ambil dari blog orang lain iaitu blog. sedap...
Selamat mencuba



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


 Kalau rasa nak makan biskut Famous Amos ni, buka blog ini, amik resepi, pastu try cuba sendiri.