Sunday, February 28, 2010

Ke Tasik Titiwangsa

25.2 lepas aku ada interview kat Jalan Pahang area Titiwangsa. Aku ni buta jalan sikit. Lepas ambil anak2 dari sekolah, kerah dorang cepat siap sebab interview pukul 4pm. Masa tu dah  pukul 3pm. Dengan ke'buta'an ku ini aku khuatir tak sempat je.

Cepat2 Ain siapkan bekal (ntuk dibawa ke Tasik Titiwangsa lepas interview) makan tengahari. lauknya tumis kentang, goreng asteroid (betul ke ejaannya) dan bawa teh O.  siap je terus jalan. Hari panas kan, Aida dan Iman dah mula gaduh sebelum tayar bergolek. Sabar ma sabar...

Aku ikut jalan Pekeliling (Station bas Pekeliling)..alamak terlepas lak...kena pusing kat Chowkit lak. Dah tu sampai kat Bulatan Pahang(aku memang tak perasan itu bulatannya walau dah berkali lalu).jammed teruk walau baru pukul 3.45pm. Alahai...Nak sampai Hospital Tawakal bercinta betul! Baru je nak jadi ganas sebab nak masuk bulatan, terpandang kereta BMW (bukan sengaja!) pasangan sedang berkucup!!!

Tension betul!!! Aku ni memang transparent sikit..aku lepak kepala dan tangan aku atas steering...aku stare dorang!!Meradang wei..sebab anak2 aku semua ada..malu la tengok orang dewasa macam tu. Yang pompuannya dok bz belek benda kat bawah..aku rasa dia perasan aku pandang  dorang tapi yang lelaki wat bodoh. Tapi pastu dia pandang aku. Aku pandang dia gak..aku tak nak kalah tu! Kereta depan dah gerak aku terpaksa gerak gak....tapi sempat aku geleng kepala.

Korang rasa laki bini nak ke berkucup dalam kereta dengan manja melentok macam tu.Entah ye kalau pasangan zaman sekarang(aku tak guna istilah muda sebab lelaki tu nampak dah berusia macam lewat 30an yang pompuan tu nampak muda)..apapun aku tak redza..nau'zubillah..

Eh! Dah melalut lak. Aku tak jadi interview sebab tak jumpa tempat hahaha.. maka kami pergi je ke Tasik Titiwangsa.

Ni tengok gambar kat bawah ni..

 

Nampak tak kepelikkan nya??

Anak dara aku punya nak cepat leh tersauk selipar ni. Pergi tasik titwangsa lak tu!! Aku tukar kasi dia guna sandal aku. Kesian lak anak dara pakai selipar macam tu..aku dah tua ni tak pe la.... Ish ish.. aku tak peduli orang pandang ke tidak....kaki pun dah buruk..tak pe la....asal anak2 bahagia.

Ni anak2 aku dok main gelongsor yang paling besar (ada besar lagi tak sebab aku pun join hehehe).. sonok laa.. 

 


 


Luas tempat mainannya. Puas anak2 aku main siap bersenam lagi..Semua dok claim ajak pergi lagi... alahai.... bukan malas nak bawa tapi....alahai...


 

Alisha dah letih senam..nak minum air laaa

Tuesday, February 23, 2010

Cerita aku-final

'Maria...' Satu suara halus memangil ku. Suara lembut yang memang cukup ku kenal.

'Mak Sah tak kisah kena lap semua tu. Betul ..Mak Sah tak kisah. Jangan la keluar Maria. Mak Sah rindu nanti dengan Maria dan ...'

Aku berpaling memandang Mak Sah yang tersipu2 di pintu masuk ruang makan.

'Oh..Mak Sah pun sayang dia?'terkejut aku tapi memang tak dinafikan dia pandai mengambil hati semua orang.

Mak Sah mengangguk.

'Pit memang pandai ambil hati kan. Tapi kenapa mama dan abang tak suka dia?'

'Siapa kata abang tak suka Pit?'

'Dan siapa pula kata mama tak sayang Pit?'

Aku terdiam. Mereka sayang tapi menghalang aku. Apa semua ini? Sedari awal mereka memang berniat nak memisahkan kami tapi sekarang mereka mengaku sayang pula. Keliru, itu saja yang mampu aku fikir.

'Habis..kenapa tak suka Maria dengan Pit?'

Kesal aku dengan sikap mama ini. Masih tidak memahami perasaan aku.

'Maria,'mama memegang jemari ku dan mengusap lembut,'Bukan mama tak suka.Apa kata bila malam Maria letak Pit dalam bilik air atau kita sediakan tempat khas untuk dia. Jadi tak perlulah Mak Sah nak bersihkan satu rumah.'

'Maksud mama?'

'Maria sebenarnya kena train Pit taklah dia berak merata. Dari dulu abang dah cadangkan beli kandang dia Maria degil! Tak sampai hati konon tengok dia terkurung dalam sangkar. Sekarang Pit tak pandai nak buang isi perut dia ditempat sepatutnya,' leter abang Firdaus.

Aku tersenyum. Malu sih.

'Habis, Maria tak sanggup tinggalkan dia dalam sangkar tu. Mengiau je.Kesian tau bang.'

'Dengan Mak Sah tak kesian ye?'

'Err..tak pe ..Mak Sah tak kisah,'sampuk Mak Sah cepat.

Aku tersenyum dengan perihatin Mak Sah. Terima kasih Mak Sah, ucapku tanpa suara. Mak Sah tersenyum.

'Dan Maria tak payah la bawa ke pejabat ye. Takkan meeting pun nak bawa Pit. Tak pernah dibuat orang. Biar Mak Sah jaga Pit di rumah ye,' pujuk mama pula.

'Rindu la Maria dengan Pit nanti mama...' rengekku.

'Bawa sesekali tapi dengan sangkarnya,'saran abang Firdaus.

'Dan letak di bilik rehat Maria. Jangan  bawa ke bilik pejabat Maria pulak. Kerja tak siap asyik ulit Pit aje,' rungut abang Firdaus.

'Herm..cakap awal2 kan senang. Tak lah penat kita bergaduh dan tak lah Maria penat nak fikir cari rumah lain,' balas ku sambil menjelir lidah.

'Maria tu yang degil. Abang dan mama dah banyak kali cakap tapi Maria ikut kepala Maria je. Abang tak kisah Maria nak bela Pit tapi jangan sampai melampau sangat hingga menyusahkan orang lain. Ni, siap bawa masuk bilik meeting.Lepas tu bukan buat kerja, asyik main dengan Pit.  Dani dah banyak kali cakap dengan abang nak pinang Maria. Abang saja yang tak sanggup nak cakap kuatir mama malu dengan perangai Maria ni,'ujar abang.

'Dani? Dani yang selalu mama jumpa kat bilik Fir tu ke?'

'Ye mama. Dah lama dia berkenan dengan Maria. Fir tunggu Maria matang je ni,' usik abang Firdaus.

'Sapa kata Maria tak matang?' tiba-tiba saja aku jadi marah dengan ayat abang Firdaus.

Abang Firdaus ketawa besar.

'Tau marah pulak ye. Tu yang berkepit dengan Pit saja tu sampai bawa ke pejabat tu apa?' sindir abang.

Aku terdiam. Fikiran ku menerawang mengingati sikap aku yang ikut kepala kerana terlalu sayang pada Pit. Hish, malunya.


Pittt...

Sejurus Pit berlari2 kepada ku dan menggesel2 bulu lembutnya di kaki ku.

'Tengok..belum apa2 dah rindu. Mintak sini, abang pun nak gak peluk Pit. Lepas ni Maria boleh peluk Dani je'

Pantas dia mengangkat dan memeluk Pit yang gebu bulunya dan comel. Jariku cepat saja mengetip lengan abang Firdaus. Ada hati nak usik aku lagi.

'Eh,mama pun nak pegang jugak,' rungut mama.

Kami ketawa besar. Tak sangka mama rindu Pit jugak. Salah aku..layan Pit lebih dari Mama. Pit yang comel dan manja buat aku penasaran sementelah aku tiada siapa untuk disayangi.

Maafkan Maria ye mama....

 


Kita nyanyi untuk anak2

Aku suka gak menyanyi. Untuk pendengaran sendiri dan anak2 la. Kadang2 kami anak beranak sama2 menyanyi termasuk Alisha sekali.

Tapi lagu yang menjadi ingatan mereka hingga besar adalah

TOLA'ALBADRU 'ALAINA...

sebab dengar je lagu tu dari tak nak tidur leh pulak buat2 tidur...Ain kata itu lagu tidur. Pastu kami suka tukar senikata lagi macam lagu WINGS, Taman Rashidah Utama, lagu fav aku dan aku wat khas untuk anak2 aku.

Boleh kan? sebab ....

1. kat rumah dan aurat suara terjaga
2. enjoy dengan famili
3. tak yah dedah sana sini
4. tak perlu kena peluk2 dgn lelaki bukan muhrim
 
Laaaa....dah nyanyi untuk anak apa perlu dress dedah2 ye tak. Tak logik aku ni tapi nak pakai boleh tak? Tak yah la kang aku geli sendiri lak. Sebenarnya, pada anak2 aku cakap, jangan seronok sangat nak tengok rancangan hiburan tv yang kian banyak. Ada saja pertandingan nyanyian yang menonjolkan pelbagai kelainan. Kadang2 pakaiannya ...aduhai...apatah lagi lepas tu peluk2 depan orangramai. Malah aku tengok dorang rasa bangga dan tanpa ada perasaan malu dapat peluk cium berlainan jenis ni. Bila kita kerap tengok akhirnya macam dah lali dan jadi perkara biasa pulak perkara2 haram tu. Na'uzubillah.. aku doakakan kami tidak terlalai.

Aku memang kurang selesa melihat artis2 sekarang ni terlalu bebas  hingga ada beberapa perkara mereka anggap biasa dan tak perlu ada batasan. Berpeluk dalam majalah tak yah cakap la ni dalam tv lagi tontonan kanak2 kecil juga. Aku benar2 berharap artis2 yang konon dianggap mentor atau idola pada remaja mengubah sikap kerana merekalah antara pendokong watak yang akan mewarnakan corak remaja kita sebab remaja tak jadikan guru atau mak bapak sebagai idola. Kalau mereka negatif,negatifla jadinya.


Apa nak jadi ye. Agaknya kuatir orang kata tak ikut peredaran zaman jadi kena peluk laga2 pipi pompuan lelaki yang haram disentuh siap cium tangan lagi. Agaknya kan kalau Allah turunkan bala, pipi yang dilaga tu melekat terus atau keluar darah busuk..agaknya masa tu baru insaf kot. Emmm.....ataupun mereka akan kata ada orang bomohkan mereka hingga pipi melekat! Na'uzubillah

Aku doa seluruh umat Islam Malaysia khasnya dan seluruh umat Muhammad seluruh dunia terantuk sedikit biar tersedar dari angan2 yang panjang bahawa kita sekarang bagai berada di atas pedang tajam. Kuat iman,taqwa dan semangat, insyallah selamat lah kamu ...

Thursday, February 18, 2010

Cerita aku 3

Aku tertunduk. Salah sangat ke aku bawa dia masuk bilik.

'Tak salah ye. Tiap pagi siapa yang lap lantai dan basuh cadar Maria?'

Aku terkedu. Tidak pernah terlintas di kepala aku yang aku telah menyusahkan orang lain. Tapi bukan teruk mana pun kan kan..

'Kenapa diam?Tak betul abang cakap. Tiap hari Mak Sah terpaksa buat itu semua. Bukan dekat bilik Maria ada, kadang-kadang dekat ruang tamu jugak!'

Ya Allah! Malunya aku. Terbayang aku akan kelalaian aku selama ini. Malunya bila abang Firdaus sendiri yang tegur aku. Lalainya aku! Aku mengutuk diriku sendiri.

'Maria dah dewasa Maria. Lepaskan kisah lama Maria. Jangan jadikan dia sebagai sandaran untuk melepaskan dendam Maria pada mama.'

Bibirku ingin menyatakan sesuatu tapi lidah ini kelu untuk menzahirkanya. Mama memandangku sayu.

'Maafkan mama Maria. Mama tau mama salah. Niat mama hanya untuk melindungi Maria supaya tidak tertipu dengan lelaki. Mama tak tau Maria menderita selama ini hingga melepaskan dendam melalui dia.'

Aku mengeluh. Kenapa mereka masih tidak memahami lagi.

'Sudahlah mama. Lupakan semua tu. Maria dah tak ingat lagi. Bagi Maria yang penting sekarang adalah dia. Maria minta izin mama jangan pisahkan kami. Hanya itu saja. Maria dah tak kisah yang lain dah. Please mama,' rayu ku.

Mama berpaling pada abang Firdaus. Wajah abang cukup serius. Selama ini abang cukup memanjakan aku kerana dia faham apa yang sedang bergolak dalam keluarga kami. Namun kali ini abang Firdaus tegas sekali dengan aku. Agh! Sukarnya.

'Kalau macam tu, Maria akan keluar dari rumah ini. Maria tak nak berpisah dari dia. Kemana lagi dia nak pergi kalau Maria dah tak ada. Biarlah Maria keluar. Maria beralah,'tegasku seraya bangun untuk mengemas pakaianku.

Maria!

Serentak mama dan abang Firdaus menyeru namaku.

Wednesday, February 17, 2010

Orang yang disayangi berubah

Orang yang aku sayangi berubah...

Orang yang aku sentiasa ingati tidak seperti dulu...

Orang yang aku pandang selalu membuat aku berfikir...

Peralihan angin yang berlaku tidak dapat dielak. Bukan sengaja dia nak berubah tapi aku yakin ALLAH mendorong dia ke arah itu.

Tiada apa yang mampu aku zahirkan... melainkan hanya mengikuti perkembangannya dan sentiasa berdoa agar dia tetap di bawah kasih sayangNYA yang tidak bertepi..

agar dia sentiasa mengingati bahawa ada insan yang mengenanginya selalu...

 
dan mengenanginya.... 
dan mengenanginya....

Tuesday, February 16, 2010

Alisha main pasir yeee

Budak dah suka main luar. Tiap petang sekarang ni, kami anak beranak gotong royong kemas keliling rumah. Alisha ni selalunya dia akan main sediir macam main roda basikal ke, kejar anak ayam ke..tapi apa dia buat dalam kawalan kami semua. Maklumla budak tecik kan.

Tapi tang ni kami leh pulak terlepas pandang. Penuh kepala dia dengan pasir! terjerit aku sekejap tapi lepas tu aku tergelak. Nak marah pun tak jadi.

Tengoklah dia...finally dia buat muka kesian....takut ma dia marah kot..


Sebut pasal anak ayam, kami dok bela sekor anak ayam yang dah jadi macam pet..macam kucing manjanya. Nak makan atas tapak tangan. dari baby kami bela sebab mak dia tak jaga dia. Sian dia... maka bermula la kami ada pet bernama Yam ringkasan dari ayam hehehe...

Friday, February 12, 2010

Kempen 'no panties' sinis untuk rakyat Malaysia

Apa ada pada Valentine Day sebenarnya hingga menjadi igauan pasangan bercinta untuk meraikannya. Kalau dah nama pasangan bercinta sudah pasti belum bernikah bukan? Kalau belum nikah, sudah pasti ianya haram bukan..Kalau perkara yang haram apa jadinya ye...sudah pasti dosa...tapi yang pasti dosa itu tidak nampak dek mata..jika ALLAH perlihatkan dosa itu terang2 depan mata dan terus nampak siksaannya yang menakutkan di api neraka.. aku rasa setan angkat bendera putih terus!

Pasangan yang sudah bernikah aku pasti tidak ramai yang minat nak meraikannya sebab hari2 boleh mereka meraikannya sebab kasihsayang bukan hanya ujud pada hari tersebut saja. Kalau mereka raikan pun tak jadi hal sebab dah nikah pun!

Tapi apa cara mereka raikan ye..pergi kelab malam?dangdut?parti liar?disko?Atau candle lite dinner?

Jangan kata aku tak pernah dapat bunga masa hari tersebut. Ada..masa anak dara dulu la... tapi dari secret admirer je...malas aku layan benda2 macam ni.

Lepas tu, tahun ni timbul kempen tak pakai seluar dalam untuk hari tersebut (ish..bodoh sapa yang buat semua ni macam dah tak ada kerja berfaedah!)Iia agak pelik bagaimana kempen sebegini boleh berlaku di negara yang ramai penduduk Islam ini dan juga ramai para intelek dari berbilang kaum malah ia berlaku di institusi pengajian tinggi (lebih sesuai dipanggil institusi rendah maruah).

Apa dah jadi pada tamadun manusia.Kempen BODOH dan MENJIJIKKAN ini kalau tidak benar2 dibenteras akan menjadi perkara biasa akhirnya.

BAGAIMANA AKHIRNYA AKAN REMAJA YANG MEMANG KIAN TENGGELAM DAN SUKAR UNTUK TIMBUL INI.

BAGAIMANA CORAK REMAJA AKAN DATANG JIKA PERKARA YANG HARAM MENJADI HALAL. NA'UZUILLAH MINZALIK.

Pada aku dari ujud benda yang hanya akan menjadikan manusai kian hilang tamadun, lebih baik hapuskan terus sambutan valentine Day dari menjadikan ia budaya dan akhirnya kelak banyak berlaku perkara2 yang buruk. Banyak lagi perkara yang berfaedah boleh dilakukan.

Kita harus sama2 berJIHAD untuk membuang sindrom busuk yang menular kian cepat dan lebat.

Agaknya kalau ALLAH perlihatkan dengan nyata pahala yang dilakukan, aku rasa berebut2 manusia mengambilnya macam berebut manusia memborong barang jualan murah.

Pahala dan dosa boleh dirasa dari sanubari yang mengerti dan ingin menikmatinya. Kita sendiri tau bila kita nikmati pahala dan bila kita rasa 'tak best' di dalam masa buat dosa.Sure anda rasainya kan...

Awan gemawan

Awan ni dah lama aku simpan ..lupa lak nak publish and share. Aku snap masa hari raya tahun lepas balik dari rumah kakak aku, Rikha kat Temerloh.

Subhanallah...memang kagum. Kalau lihat sendiri lagi menarik dan ada yang agak menggerunkan.

Nampak tak macam ada lubang. Kalau tengok betul2 atau live, lubang tu macam dalammmm je


 
 
perasan tak ada bentuk seperti wajah kat situ...
  
ini juga..

 


  

 

Ini dari pandangan mata aku dan anak2...tak tau lah orang lain. Apa sekalipun ianya amat menakjubkan.
Pernah aku terpandang juga ada kalimah suci tapi tak sempat nak snap gambar, malah ada juga yang gambar haiwan seperti naga, arnab, kuda,kura-kura dll. Aku rasa ramai yang memang minat memerhati bentuk awan terutama yang unik.

Kita berbalik pada DIA yang Maha Pencipta. Alhamdulillah kita diberi peluang melihat keajaibanNya lagi. Moga hidup kita terus diberkati.

Wednesday, February 10, 2010

Makan-makan

Aku suka makan ikan bakar!

Tapi nak beli untuk makan sekeluarga tak berbaloi rasanya. Lebih mudah buat sendiri. Dapat banyak dan lebih seronok dapat berebut dengan anak2.

Sambalnye....Ana ajar thru sms..sampai sekarang aku masih simpan...

sedap!!!!

Aku suka ikan bakar yang arwah mak buat (semestinya apa mak buat itu yang tersedap sebab kita dibesarkan dengan air tangan mereka..betul tak??). Ikan pari bakar arwah buat dicampur dengan santan pekat dan sejenis daun yang bila aku dalam pantang pasti kami makan. Aku suka sangat dengan ulam tersebut.. tapis sayang ..aku  tak ingat namanya dan aku tak dalam pantang lagi sekarang ni. Agaknya aku hanya akan ingat kalau dalam pantang...hahahaha...nanti aku tanya kakak aku.Dia ingat rasanyalah.

 

Ini ikan cencaru bakarnya...


Ini lak sambalnya...


Ini lak dah campur dengan nasinya....


Ha'! yang ni lak untuk anak2 kecil ku tapi yang belasah adalah anak2 besar ku juga..sebab... dia ada..


sos lada hitamnya!! yang ni memang sedap. Aku beli kat Hanum Bakers

 

hehe..yang ni lak..Alisha tak nak dibantu..dia nak wat sendiri.. makan banyak lak tu...



JOM MAKAN!!

Friday, February 5, 2010

Goncangan setan

Kalau dah marah tu kan..macam api...meluap2 panasnya...menggeruh2 laharnya... meledak2 apinya..aku tahu marah tu dari semburan api syaitan tapi ada kala tak terlawan dek hebat goncangannya.

Lalu aku baring dan beristigfar banyak2...aku rasa kalau aku ikut hati yang marah dan geram melampau2 ni memang aku boleh gila meroyan nih!Mau ku takek ...pokok mangga yang tak berdosa tu...

Astagfirullah...

Ya Allah..terlalu banyaknye dosa aku ini hingga aku tak mampu mengawal kemarahan ini. Terlalu kerdilnya aku hingga aku dengan senang sekali membiar setan laknatullah ini mengambil alih kewarasan akal fikiran ku.

Ya Allah...jangan lah kau ambil nyawaku dalam keadaan aku yang sedemikian rupa. Aku kuatir aku akan terjunam ke dalam api neraka MU ya ALLAH..

Tenangkanlah jiwa kerdil ini...sabarkanlah dengan ujianMU ini...ikhlaskanlah hati aku menghadapi situasi yang tidak terkawal ini...

Allah.... aku tau Kau sayangkan aku sebab itu marah aku menggelagak dan melontar ke dinding2 hati hingga ke kepala yang terus membuat otak aku bagai di picit2...sakitnyaaaaa.....

Ya Allah...ampunkan aku...sesungguhnya aku mengaku setan itu mau menarik aku mengikutinya dan pastilah aku tersembam ke pintu neraka. Kalau ku turut bisikannya pasti jugalah aku kotakan apa yang bergaung di hati ini...

Tidak! Tidak! Tidak sesekali aku  lakukannya Allah...

Selamatkanlah aku dan ahli keluargaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dari api neraka MU ya RABB....

Tuesday, February 2, 2010

Cerita aku 2

'Maria dah korbankan terlalu banyak perasaan untuk mama. Tak bolehkah mama terima apa yang Maria suka sekarang ni. Maria tak minta banyak mama, izinkanlah Maria bersama dia,'rayuku.

Tiada apa lagi yang mampu mengubah keputusan mama agaknya. Mungkin ini  kesudahan kegembiraan ku. Mama memang suka melihat aku menderita! Mama tak pernah puas melihat aku jadi pembisu agaknya!

Mama mengeluh. Mama menghampiri aku perlahan dan mengusap pipi yang masih hangat akibat tamparannya.Ku renung wajah mama yang cantik dan berseri. Ya. Mama memang cantik. Dalam usia 50 an mama masih kelihatan anggun dan tidak dinafikan mama seperti gadis layaknya! Kerap orang terkeliru dengan status mama bila berjalan dengan aku.

'Maafkan mama Maria. Maafkan mama. Mama tak bermaksud menyakiti Maria. Mama...sayangkan Maria. Mama buat ni untuk Maria juga.'

Aku mendengar kata mama dengan perasaan yang berlibang libu. benarkan mama sayang aku?

'Maria..dengar ni ye. Takkan Maria nak berkepit saja dengan dia. Pergi kerja pun dengan dia. Gelak ketawa tak kira masa... Maria tak rasa ke orang pandang Maria semacam. Maria anak pengarah syarikat ... tolong jaga prestasi diri dan syarikat Maria,' nasihat mama menerobos ke lubang telinga ini.

'Mama, Maria tak lakukan dosa pun mama. Salah ke Maria nak bermanja dengan dia lebih-lebih lagi dia memang sayangkan Maria.'

'Tak salah Maria. Tak salah, celah abang Fir.

Mataku beralih ke arahnya. Ahh..abang Fir memang memahami.

'Yang tak eloknya siap bawa ke bilik tidur!'