Wednesday, April 29, 2009

Coklat pertama aku







Ha'! Jadi juga akhirnya coklat idaman hati. Sebenarnya aku dalam proses baru nak mula buat coklat sendiri. Kenapa tak beli saja? Kan mudah dan tak letih dibebani nak cuci barang lagi..



Sebabnya aku lebih yakin punca penghasilannya sebab aku yang buat sendiri. Bahan2 sudah pasti kita tahu dan tidak mencampuri bahan syubahah, insyallah..


Berbagai komen dari anak-anak aku termasuk suami.



- ma..manis la...


-bentuk dah ok cuma rasa je,manis sangat la na..

-ma, nak agi colat..



Ye la baru pertama kali buat ada la komen yang membina. Kena terima sebab lepas ni aku akan terus buat dan buat..banyak benda yang aku harus belajar. Untuk meningkatkan ekonomi negara disamping fisabillillah mengeluarkan produk yang halal dan suci..itulah antara tujuan aku bersusah payah melakukannya. Kalau kawan2 nak order coklat boleh la melaui aku ye...hehhe..itupun lepas aku sudah mampu memasarkannya. Sekarang aku dalam proses percubaan dan promosi.


Ada gak bawak masa BF ari tu dan kasi member rasa, belum dengar komen dia lagi...

AKU ADA KAMU


Saya terus terang tak berani nak baca novel ini waktu tengah malam. Novel yang ada cerita pasal saka dan ilmu hitam dari orang lain buat hati saya rasa gerun sebenarnya.Kegelapan dan kepekatan malam lebih dihurung rasa sepi dan mencengkam hati.


Cerita ini berkisar dari kisah seorang gadis yang lincah dan teramat amat peramah hingga tidak kisah berkawan dengan begitu ramai lelaki yang rata-rata menggilainya. Mereka sanggup buat apa saja untuk si genit ini, Sofi Aidura. Hingga akhirnya teman-teman lelakinya ada yang terus menghantar tanda ke rumahnya. Tapi kalau dah putar alam, apa saja berlaku ada saja alasan Sofi Aidura.


Hisham begitu pasti akan kata hatinya tentang rasa cinta pada Sofi Aidura namun cinta tidak pernah bersambut kerana Dura begitu banyak alasan untuk tidak mempercayai Hisham. Rasa curiga akan kesetiaan lelaki itu sentiasa menghasut nuraninya. Tapi dia boleh pula main kayu tiga, bukan tiga malah sepuluh!


Kalau dah jodoh tidak kemana. Namun perkahwinan atas dasar cinta ini menempuh mula alam perkahwinan dengan ujian yang tidak terduga. Rasa dendam dan cemburu Sheila mengatasi minda separa sedarnya. Dia sanggup menyekutukan Allah dengan menggunakan ilmu hitam pada pasangan ini.


Satu demi satu perkara pelik berlaku namun tidak pernah kurang cinta Hinsham pad isterinya. Hanya Dura yang kerap berprasangka kerana bukti-bukti yang ditemui membuat dia hilang kepercayaan pada Hisham. Tapi mungkin benar wanita kerap tersasar kerana lemahnya jiwa.


Itulah padah bersahabat dengan iblis. Walau perit mana dengan kekebalan dan kekuatan iman, segalanya tuntas. Allah bantu hambaNYA yang memohon dan meminta.


Lily Haslina membawa kita melayari kehidupan pasangan suami isteri yang diancam dendam dan sakit hati. Olahannya begitu baik hingga kita terasa amat geram dan bengang dengan Sheila. Saya percaya, seperti apa yang Lily cuba sampaikan, bersahabat dengan syaitan hanya mengundang padah. Saka tidak lebih hanya meniggalkan kesan buruk pada keturunan. Berubatlah segera supaya saka tidak mengganggu keluarga kita.
Jika anda ingin tahu kesudahan novel ini, jangan lupa membelinya ye..


Syabas untuk Lily. Dia mengetengahkan perkara benar yang berlaku pada alam nyata tentang taksubnya manusia pada yang lain selain ALLAH. Ada perbezaan pada novel ini berbanding yang lainnya. Moga lebih sukses dalam penghasilan lepas ini dengan cerita yang lebih umph!

Monday, April 27, 2009

TUHAN LEBIH TAHU


Memang Tuhan lebih tahu..segala yang tersembunyi,tersorok dan terselit di hati sanubari, DIA maha mengetahui dan jangan menyangkal segala yang berlaku ada hikmah yang kita tidak tahu. Macam pergi ke NB Kara, hajat nak beli satu novel je..upss.sampai 3 beb...insyallah..akan cari lagi ye..


Novel TLT menyeronokkan untuk dibaca. Walau tebal mana, aku mampu habiskan dengan Alisha disebelah.


Rina..bintang utama ..dia gadis yang lembut hati walau nampak saja keras. Mudah kasihan tanpa memikirkan natijah hasil perbuatannya. Padahnya dia mengandungkan anak Hazry dan di buang oleh ibu kandung sendiri. Hikmahnya, dia bertemu Azrafel dan keluarga mentua yang amat baik sekali. Sifatnya berubah menjadi lebih matang dan kuat selepas berkahwin.


Azrafel...aku amat menyenangi sifat Azfarel yang begitu baik dan mempunyai hati yang tulus. Walau Rina sudah ter'tebuk', demi cinta dia sanggup menikahi Rina. Dia sanggup menjadi galang untuk di keji dan seranah oleh ibu Rina sendiri. Silapnya dia terlalu mengikut kata hati yang cemburu dan memikirkan perkara yang tidak berasas. Sakit tumornya yang kian serius menjadikan fikirannya tidak menentu.


Hazry...pada dasarnya dia memiliki sifat yang baik hanya terlebih manja dan sebenarnya mempunyai sikap gelojoh. Dia suka memaksa tanpa peduli perasaan orang lain hingga akhirnya dia bertemu jodoh dengan Nafisa yang bagai buku bertemu ruas. Sama-sama degil, keras kepala dan ikut angin sendiri.


Mulanya aku ingatkan akhir nanti Hazry yang akan mengahwini Rina. Agak terkilan jugak sebab bagi aku Hazry bukan sebaik Azrafel yang sesungguh dan sepenuh hati mengasihi Rina dan menjadi penyinar hidup wanita itu. Tapi kalau dah takdir siapa yang boleh katakan...But finally..hehhe...nasib baik kan! Lega sungguh hati saya..


Novel ini santai dan menarik. Cuma ada beberapa part yang agak longgar seperti Elisha yang sedar dari kesilapan dan kejahatannya. Cara Elisha bertaubat terlalu mudah. Dia yang jadi punca kemelut segalanya, lebih cantik kalau musibah ke atas dia dibesarkan plotnya dan buat pembaca rasa real gitu. Begitu juga pada Nafisa, lebih menarik kalau plot dia ditangkap basah dipanjangkan pada Datin Faridah yang sombong biar dia pula melihat natijah kesombongannya membuat anak sendiri menconteng arang.


Walau pun ada part yang longgar ia tidak mengganggu jalan cerita yang baik dan menarik. Suka melihat telatah Ikhzal yang bijak nakal. Rasa geram dengan kejahatan Elisha,model yang cantik tapi berhati busuk. Nafisa yang mengada-ngada yang amat!


Apapun, tahniah untuk Nora kerana berjaya memikat hati aku untuk terus membaca. Moga lebih sukses di keluaran yang baru ye...

Sunday, April 26, 2009

Berakhir sudah BF2009

Dengan Anis Ayuni

Semalam, berakhir sudah BF09. Meski aku hanya turun pada hari terakhir, kemeriahan tetap hebat dan mengujakan. Mungkin sbb hari terakhir masing2 berpusu2 untuk menikmati offer yang amat memikat.



Aku dengan anak dara aku, Ain, memulakan langkah mencari buku2 rujukannya untuk SPM. Sedari semalam kaki aku sakit, jadi aku banyak melihat saja dia ke sana kemari mencari dari membantu dia mencari sama. Biarlah..aku lihat dia bijak mencari sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Anak aku ni mmg pemalu, jadi bila lihat dia macam tu, aku faham, dia boleh berdikari. Ye la..semenjak masuk asrama, ketara perubahan dia. Yang amat pasti, dia kuat tidur bila balik rumah...hahahahhahha....dan makin rajin tolong aku dgn kerja rumah terutama layan Aida, Iman dan Alisha...




Aku ke NB Kara masa Ain ke booth lain. Jumpa Norhayati Ebrahim,Lily Haslina dan Rose Harissa. Wah..novel mereka menarik sekali. Lukisan Rose Harissa mmg ada umph! Saya diprovok dengan novel CHINTA buah tangan Norhayati Ebrahim, ish...mana boleh tahan! Novel Aku Ada Kamu oleh Lily Haslina berjaya mengusik poket aku. Novel Nora berjudul Tuhan Lebih Tahu mengisi ruang waktu aku menyusukan Alisha.



Borak2 sekejap dengan mereka sebelum Ain cuit aku untuk turun bawah. Fazila dah tunggu aku di Alaf21 booth. Hemmpp..orang ramai bebeno hingga aku hilang arah nak cari tempatnya. Ain masih lagi cari buku rujukannya. Lalu aku turuti dia mencari di Sasbadi. Berdiri tegak macam statue buat lutut aku bagai nak pecah.hehe..padan muka sapa suruh berdiri.



Fazila menelefon utk memastikan aku di mana. Usai mencari buku, baru kami ke booth pertemuan Alaf21FC, di mana lagi kalau tak di booth ALAF21!. Seronoknya dapat jumpa abang long, Mersik dan Fazila. Wah! Li Hoon pun ada. Keserasian bersama mereka mencetuskan usik mengusik antara kami. Fazila tak lupa buahtangan untuk aku dari Sarawak. Alamak...aku mmg ada sesuatu untuk dia gak..tapi ter ter tertinggal kat umah. Mmg teruk betul aku ni. Malu sungguh dengan Fazila yg tak pernah lupa pada aku. Terima kasih Ila...



Wah..Ramlee Awang Mursyid diapit oleh 'bodyguard'nye yang berbaju hitam. Sudah pasti itu team RAMFC. Novel MIKHAIL memang meletup! MMg bestseller. Aku tercari2 gak Dayang, mungkin dia tak datang. Berbual seketika bersama Anis dengan novel terbarunya, SUNGGUH AKU CINTA. Tengok cover aje dah tau cerita dia best. Peminat2 Anis mmg ramai. Aku lihat tak putus2 orang meminta tandatangannya. Aku pasti novel terbarunya meletup sebab novel Anis mmg dinanti2 ramai.



Kak Wan sibuk betul melayan pembeli hingga tidak sempat kami berbual. Dia mohon maaf sebab tak dapat layan aku. Hehe..aku yang kacau kak Wan sebenarnye...aku mmg suka tengok kegigihan kak Wan beserta team ALAF21 yang tak menang tangan melayan pembeli.



Tapi paling sayang betul..aku tak tangkap gambar satu pun!!!Waaaaa......tak ada kenangan laaaa...waaaa....harap abang long sudi forward aku gambar2 yg sempat diabadikan bersama.



Last sekali..aku kena banned dengan pengarah...waaaaa...waaaaaaaaa.... encik pengarah tak kasi pegi lagi tahun depan sebab tahun lepas aku jatuh tangga masa mengandungkan Alisha kat luar PWTC. Tahun ni aku sakit kaki pulak hinggakan bila balik rumah aku dah tak leh jalan dah ...waaa......anak bujang aku pakat dengan abah dia tak kasi mama dia gi lagi BF....waaaa....

Friday, April 24, 2009

Wanita yang dianiaya

Aku terkesima membaca Harian Metro hari ini. Keganasan terhadap wanita makin meningkat. Surut? Rasa tak menyurut bertambah lagi ada. Apa yang berlaku?

Suami gantung isteri tak bertali

Kekejaman yang tak ketara tapi amat menyiksa isteri. Dah lah nafkah tak bayar, anak2 ditinggalkan tanpa dipedulikan..lepas tu biar isteri macam tu. Bila anak2 terbiar salahkan isteri/wanita sebab tak pandai jaga. Dah ada orang nak isteri tu, biarlah isteri hidup bahagia bersama orang lain. Kalau tak nak isteri tu, lepaskan saja. Dosa yang suami tanggung tak terperi azabnya. Kenapa?

a. nafkah zahir batin yang terabai pada isteri.

b.nafkah untuk anak2 yang terbayar.

c.merosakkan masa depan orang lain

d.tidak adil pada isteri dan anak2

etc..etc...

masa akad nikah, bukan main 'akujanji'. Sekarang mempermainkan perasaan insan yang melahirkan zuriat untuk suami. Aku amat2 memandang tinggi pada wanita2 yang kebal ini. Moga ALLAH menganugerahkan syurga pada mereka yang bersabar dan tabah. Jabatan Agama sewajarnye mempercepatkan tindakan bukan hanya menenyeh kertas hingga tidak tertuntas tugas yang digalas. Bukan aku marah jabatan agama cuma peningkatan penindasan pada wanita bagai tak berpenghujung.

1.Cepatkanlah segala proses yang tertangguh.

2.Tangkap suami yang ingkar hadir mahkamah.

3.Bantu isteri yang tidak pasti apa harus dilakukan jika teraniaya begini..

Anak2 kecil dirogol

Aku cukup marah dengan jantan kepala setan atas bawah ni. Agaknya kalau mak dorang kena rogol pun dorang tak kisah. Atau isteri mereka sendiri dirogol. Mereka ni bapak segala setan hingga sanggup pakat anak2 beranak rogol si kecil itu.

Apa hukuman sewajarnye untuk mereka ye....

1.rejam sampai mati

2.kasi

3.campak kat gurun tandus

mungkin bermacam2 lagi sumpah seranah untuk lelaki bertopeng iblis ini.

Apa jadi pada kanak2 yang dah rosak tu..tak ke itu menambah beban sosial yang mmg dah tahap kritikal melampau. Takkan kita nak biar anak2 tu terus disiksa oleh trauma dan pandangan serong masyarakat?

MASYARAKAT...sebenarnya dah lumpuh dari kasihsayang hingga pergaulan bebas di depan mata kita biarkan. Kenapa? Salah satu sebabnya, sekarang remaja dan pandai menghukum sapa2 yang menegur kesilapan mereka. Siap bawa maut lagi!!!! Jadi sapa ada brani tegur... Lagi satu..kubur sendiri2...pandai buat pandai tanggung..mungkin kita semua dah lupa ayat Al 'Ashr....

Mungkinkah...mereka2 ini akan dapat direct dariNYA hukuman di dunia...umpama...

1.sakratul maut yang menyiksakan

2.kesakitan yang tidak ada ubatnye, sakit yang keterlaluan

3.jauh dari rahmat Allah hingga nak makan pun tak mampu

Boleh ke jadi macam tu? Hanya Allah lebih tahu...moga mereka2 yang pernah jadi bapak atau datuk setan sempat bertaubat...mati tidak sapa tahu ..entah2 sedang minum air terus rebah..atau lebih teruk sedang minum arak/berjudi/mendera/durhaka etc etc, Allah cabut nyawa tu tanpa sempat memohon ampun. Sanggup ke menerima siksaan mati, kubur dan api neraka? Na'uzubillah...

Aku memohon dan berdoa, agar aku,suami dan anak2 aku serta kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat ....

terpelihara dari musibah yang besar, dilindungi dari bisikan2 syaitan, iblis, jin dan syaitan manusia yang menggoda ke arah kemaksiatan dan dosa2 besar maupun dosa2 kecil...aamin..

Mohon ampun selalu dan rajin buat solat sunat taubat...

ps..aku bukan anti lelaki..aku cuma marah pd lelaki yg menganiaya wanita..

Sunday, April 19, 2009

Kenapa manusia sanggup menyakiti anak kecil?

Terpejam mata Alisha kena peluk ..




Sepatutnya aku sudah pun menjejak kaki ke PWTC untuk Book fair 09. Seharusnya juga aku sudah pun memiliki beberapa novel di tangan. Dan sudah pasti juga aku seronok bertemu novelis2 di sana. Apapun....kita merancang DIA yang menentukan...

Sedih juga tak dapat sama2 utk menggeledah segala bahan bacaan di sana. Tapi tak apalah... Alisha ada untuk menenangkan aku. Manja dan aksi spontannya memang mengujakan. MeliHAt tiap haRI ada saja ilmu baru diperoleh, amat menyeronokkan. Iman, abangnya tak pernah siakan waktu untuk menghisap jari mulus Alisha. Sesekali dia ter'sasul' tergigit jari kecil itu. Menjerit sekejap Alisha tapi tak menangis. Hemp..apalagi...siap la kena 'toce' ngan mama dia. Iman sengih memanjang jeee....geram aku tengok..







Alisha dengan aksi akrobatnye...






Seronok kan kalau bergurau dengnan anak2? Tapi kenapa ada manusia tega mendera dan membuang bayi dan kanak2. Kenapa ada manusia berhati binatang sanggup mendera kanak2 kecil hingga mati. Aku masih tidak mampu lupa menonton video clips dari kak Senah,cousin aku kat Singapura, tentang seorang kanak2 dipijak dgn kejam oleh pembantu rumah.menjerit2 budak tu menangis kesakitan. Masih terbayang..masih teringat beb. Kesannya aku menangis dan sedih berpanjangan. Aku tak sanggup nak tengok habis..



Balik ke rumah aku terus peluk Alisha, Iman dan AIda. Dalam hati rasa kasih melimpah ruah, rasa kesian tak bertepi terhadap anak2 yang tak mengenal apa.




Kalau tak mampu jaga anak, beri pada mereka yang berhajat dan sanggup menjaga dengan baik. Jika tak nak beranak, jagalah supaya tidak mengandung. Ini tidak, bayi di buang seperti anak kucing. Tidak ada perasaan simpati ke melihat bayi tersebut menjerit kesakitan di gigit semut dan paling teruk di baham dek anjing. Astagfirullahal'azim...






Aku mohon belas dari Allah, agar manusia2 durjana tersebut dipusing hati mereka bertaubat dan menyesal perbuatan kejam mereka dan pada yang ada niat nak buang bayi dan mendera anak, dibalikkan hati mereka agar kanak2 dan bayi tersebut dikasihi dan disayangi sepenuh hati.




KASIHANILAH KANAK2 KERANA KITA PERNAH MERASAI ZAMAN ITU. JIKA KITA PERNAH DIDERA, JADIKAN SEMPADAN AGAR IA TIDAK BERULANG PADA MEREKA YANG COMEL DAN MANIS ITU... JANGAN BIAR DERITA BERPANJANGAN...

Wednesday, April 15, 2009

Alisha makin bijak dan nakal


Kalau mengadap Alisha memang tak jadi buat benda lain. Usia dia menjangkau 6 bulan...dah mula tak nak ditinggalkan di rumah babysitter..terbayang lak wajah sedih masa aku tinggalkan pagi tadi. Ish...mama berenti keje je jaga Alisha nak...



Jangan sesiapa ambil barang di tangannya..alamat....waaaaaaaaaaaaaaa.....sampai barang tu ada kat tangan dia balik baru diam..siap dengan ketawa lagi tu...gerammmmnyeee....



Hati2...

Dah lama aku tak posting. Agak bz dengan kira duit orang nih. Duti sendiri tak terkira sebab duit syiling je....
ada satu peristiwa yang buat aku fikir panjang dan nak memanjangkan pada org lain supaya jadi sempadan dan ingatan.
Sahabat aku diminta oleh bos untuk menandatangani surat perjanjian pinjaman untuk syarikat dari orang perseorangan. Dia mula2 nye ye ye je lah..sbb tak baca lagi clause surat tu. Bila dah dapat dia agak terkejut gak sebab dia kena sign atas authorise signatories!!!Terpana kejap. Tapi tak lama la..aku suruh dia segera contact seorang lawyer yang aku juga kenali untuk meminta nasihat dan pandangan.
Jawapannya..'don't u ever sign it!'
Dia tanya bank pulak...
Jawapannya..'don't u ever sign it!'
Tak perlu diperpanjangkan sbb dah ketara dia yang akan dipertanggungjawabkan walau ia untuk syarikat dan duit tu masuk syarikat. Dia minta bos tulis short notes or lagi simple emel yang boleh dijadikan bukti mengatakan kwn aku tu tidak akan dipertanggungjwbkan utk apa2 yg berlaku bla bla bla kalau dia sign surat perjanjian pinjaman syarikat itu.
Peliknya, bos mcm tak leh terima member aku tak nak sign. Dia push gak kawan aku sign sbb ada 3 minit je nak settlekan kes penting nih. Mmg aku tengok dia agak tertekan sbb aku ada kat sebelah dia. Tapi dia kuatkan semangat, dia kata, ' Please issue a a short notes for this.'
Finally....
Finally...
Dia suruh superior kat HQ sign.
Alhamdulillah...selamat ...terima kasih ALLAH. Tak boleh aku lupa suara bengang dia pada member aku tu sebab aku ada kat situ gak. Telinga ni panjang gak...hehhe.. Tak cukup itu, dia issue emel menunjukkan sikap tidak puashati dan terkilannya kerana tidak mempercayai syarikat yang meletak kepercayaan pada kawan aku untuk sign surat tu. Hemp..ye ke....
Nak cakap apa...better becareful than be sorry.. kawan aku sedang cari kerja lain...

Wednesday, April 1, 2009

Kawan




Bagaimana anda menerima seseorang sebagai kawan? Adakah cukup sekadar 'hai' saja dan berbual atau meneruskan hubungan untuk memanjangkan silaturahim. Bersedia menerima kelebihan dan kekurangan dia. Aku suka berkawan dan lebih seronok bila kita sekepala. Tapi kalau ada yang perangai ganas dan tunjuk dia bagus dari segala, aku biarkan saja, buat buang air liur layan kerenah orang macam ni. Lebih2 pun aku borak2 biasa je....



Kawan aku di Kelantan adalah satu2nya yang aku boleh anggap kawan baik. Bukan maksud aku yang lain bukan kawan. Semua kawan tapi dia seorang kawan istimewa. Kami dipertemukan berpuluh tahun dahulu, berpisah dan bertemu kembali saat aku amat memerlukan seseorang. Takdir Allah yang Maha Besar,tiada siapa terduga.


Perkahwinan kawan baik aku tu pada tahun 1988..betul tak na?

Kami bertekak, bergaduh,bertukar fikiran, menangis dan ketawa bersama. Malah adakala impian juga sama. Ada masanya saat aku teringatkan dia dan baru saja mahu press 'speed dial' dia dah telefon aku atas sebab yang sama. Pakkal lah kami berjauhan..kalau tidak mahu berjumpa tiap hujung minggu. Atau lebih menarik kami boleh buka bisnes bersama.



Aku ada seseorang yang aku hormati begitu juga teman2 yang lain. Aku suka mengusik dia tiap kali pulang kerja. Kerap aku perasan dia takkan tegur aku jika aku tak mulakan. Tak kisah lah..sebab dia lebih berusia dari aku. Tup tup, jadi cerita aku sekeluarga dipulaukan. Lebih menyedihkan bila anak aku yang berusia setahun pun dia boikot. Sadisnya, entah apa hantu yang rasuk dia, dia menghasut supaya anak2 jiran jangan bermain dengan anak2 aku.

Hiba hati bila anak2 aku sering mengadu mereka tidak diperdulikan bila bersama. Dan mereka mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Anak aku kecil lagi sudah menerima nasib di pulaukan oleh orang dewasa yang merasuk anak2 supaya ikut perangai mereka!



'Biarlah sayang...kalau dorang tak nak kawan dengan kita, ada ramai lagi di luar tu yang nak kawan dengan kita cuma belum bertemu je lagi. Biarkan dorang sebab kita tak rugi apa2 malah untung ada la. Korang tak payah nak berkecil hati dgn dorang kalau tak dipedulikan. Yang penting, kita sekeluarga bahagia, gembira dan makin kuat.Ma abah kan ada...main dengan ma la...kita main layang2 ke...' wajah murung mereka memamng meruntun hati aku.



Itulah kata yang sering aku ucapkan bila mereka 'down'.



Allah Maha Besar dan Maha Penyayang. Sekarang, anak2 aku kuat dan tak kisah bila tidak dipedulikan oleh teman mereka malah tak disangka mereka dicari balik untuk berkawan. Aku pesan,'berkawan boleh tapi berhati2. Ma tak nak korang terkena lagi.'


Dan aku pula, dah lali dengan perangai mereka yang tua tapi macam budak2 hingusan. Aku sentiasa mengingati diri aku supaya tidak berdendam atau marah dengan mereka malah doakan supaya mereka murah rezeki dan hubungan kami pulih tanpa ada sengketa atau ada udang sebalik batu bila nak mula berkawan.


Aku sentiasa harap keredaanNYA bahwa apa aku lakukan untuk mengelakkan diri aku dari dicemari dengan umpat keji dan terikut perangai mereka yang tak elok . Aku mohon DIA mengampuni aku yang lebih bersikap mendiamkan diri pada teman2 tersebut macam orang kata kera sumbang. Aku tak kisah sebab aku bahagia dengan keluarga aku. Aku berdoa Allah sentiasa merahmatai dan berkati kami sekeluarga dan dikurniakan kesabaran yang tinggi.


Kawan aku sekarang, ALAF21FC! Dan lebih seronok aku dah ada ramai kenalan novelis. Seronoknye!!!!!!!! Gambar di bawah adalah antara akitiviti yang telah kami lakukan. Seronok kan, rami kawan!!!!!!!!! Tak ada umpat keji tak ada boikot memboikot....


Bersama Salmah dan A.Samad Said semasa Pelancaran Novel Nostalgia

Bersama Ramlee Awang Murshid dan peserta yang menjayakan Pasino 1

Bersama Syarifah Abu Salem di rumahnya dalam Pasino 2



AJK Pasino

Aku bersama Norlina Alwi sewaktu dia dan anak2 Pusat Pernim bershopping di Tesco. Dia antara kawan yang cekal dan kuat semangat. Aku kagum dengan dia. Meluangkan sedikit masa di Pusat Pernim, hati aku tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak2 malang tersebut. Norlina berjuang sendirian bersama suami dan anak2 membesarkan bayi2 pesakit HIV/AIDS yang kini sudah meningkat ke alam persekolahan. Siapa insan yang mampu melakukan semua itu jika bukan Norlina. Allah bersama orang2 yang ikhlas dan sabar.

Novel Mulanya Satu Cinta


Membaca memang hobi aku..dah berderet anak pun memang aku sentiasa mencuri waktu membaca. Anak-anak aku dah faham sangat dengan mama dia ni. Ada masa kalau novel tu mampu membuat aku 'tak selesa', pasti sampai 4 pagi aku tekuni ia hingga selesai baru aku tidur!

Aku dah lama baca novel ni tapi tak sempat nak komen. Hari ni, badan aku tak berapa selesa, satu badan macam kena belasah jadi aku baca novel ni semula sekadar untuk mengisi masa rehat sebentar.


MULANYA SATU CINTA satu novel yang berjaya menutup hati aku dari mengatakan novel cinta melayu hanyalah novel murahan. Aku suka cara Rose Harissa menggarap cerita ini. Ia nampak macam cerita biasa tapi Rose Harissa mencipta ia hingga menjadi satu cerita yang luar biasa menarik. Kenapa aku cakap macam tu ek? Bahasanya bersahaja dan memang 'menangkap'. Dia bijak mengadun ayat dan kata hingga menjadikan ia satu cerita yang lengkap dengan asam garamnya. Ada pengisian ilmu yang boleh dikongsi. Perbalahan antara Ezli dan Iryanie buat aku tersenyum. Aku suka adegan gaduh-gaduh sayang macam tu, main letak nota kat peti sejuk. Manja bukan main. Rose Harissa mampu membuat aku duduk diam-diam sambil mengulum senyum bila membaca novelnya.


Ezli mempamerkan sikap matang seorang lelaki selepas dia kecundang buat pertama kali dalam rumahtangga. Faridah adalah ibu yang peka akan perasaan dan lengguk anaknya. Iryanie bagai penyelamat dalam kemelut hidup Ezli yang tidak boleh berenggang dari Afizan,anaknya kerana Faridah berkeras mahu pulang ke kampung. Faridah mengambil inisiatif dengan mengiklan kerja sebagai pengasuh cucunya. Kemunculan Iryanie dalam keluarga kecil itu umpama terbit matahari pagi. Nyaman dan menyegarkan.

Sayang tidak boleh dipaksa, cinta hadir bukan disuruh. Ezli mengalah kepada ego lelakinya yang prejudis kepada wanita. Iryanie berjaya membuka hatinya yang ditutup kejap dari kehadiran cinta. Keciwa yang panjang membuat dia begitu fobia untuk berdamping semula dengan insan cantik bergelar wanita.

Afizan,anak lelakinya begitu menyayangi Iryanie. Dalam diam Iryanie berjaya meraih sayang dari keduanya malah bonus untuknya kerana ibu Ezli juga menyenanginya. Ezli mula terpikat dengan Iryanie bila melihat hubungan mesra Afizan dan Iryanie. Nak pikat lelaki pikat hati anaknya dulu..wahh..peribahasa baru ni.

Namun ia bagai igauan ngeri bila bekas isterinya menuntut haknya sebagai ibu kepada Afizan. Bertambah sakit bila Iryanie berkawin dengan bekas abang iparnya sendiri, Zamri.

Apa kesudahannye ye.....cari dan beli novel ni..baru puas hati membacanya.
chaiyook..
APAPUN..JGN TINGGALKAN MENGHAYATI AL QURAN...